Ramai yang teruja bila tengok Hawa Rizwana dalam mv Khai Bahar, sekali ini komen warganet

artis

Penyampai berita terkenal, Hawa Rizwana cukup dikenali kerana kecantikannya yang dikatakan ada iras-iras Neelofa. Malah kemunculan Hawa Rizwana dalam muzik video Khai Bahar dengan lagu berjudul Oh Wanita baru-baru ini telah menarik perhatian ramai. Muzik video tersebut baru sahaja dimuat naik tidak sampai 24 jam dan telah meraih lebih 36 ribu tontonan setakat ini. Siapa sangka rezeki Hawa Rizwana untuk menjadi model dan pelakon di dalam muzik video Khai Bahar ini disambut baik oleh peminat penyanyi lelaki bersuara lunak tersebut. Malah sebelum itu, Hawa Rizwana turut berkongsikan serba sedikit video ringkas lakonannya bersama Khai Bahar dalam muzik video berkenaan. Dalam perkongsian tersebut kelihatan Hawa yang bijak mema1nkan peranannya dalam muzik video Oh Wanita tersebut.

Berikut adalah teaser yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Hawa Rizwana sendiri baru-baru ini. Nampak sepadan dan sesuai pula Hawa Rizwana berlakon bersama Khai Bahar. Malah ramai juga akui Hawa Rizwana dan Khai Bahar nampak sweet dalam muzik video ini! Klik sini untuk lihat video. Berikut antara reaksi ramai yang rata-ratanya memuji lakonan Hawa Rizwana muncul dalam muzik video tersebut. “Congrats Hawa rezeki makin mencurah2..Bakat makin terserlah..Good job Khai dan Hawa” “Bersemut screen tengok MV dia. Terbaik” “Tak sangka Hawa pandai berlakon best MV ni..Macam drama Korea” “Ahhh love sangat MV nih. U guys memang superb sangat dala MV Oh Wanita..Why la so comels both of you..” Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, Hawa Rizwana. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *