Rita Rudaini dedah pernah nampak kelibat di rumah , Individu tersebut sampai berusaha cari rumahnya di kampung

artis

Umum kita kenali dengan wanita ini. Selepas sekian lama menyepi, pelakon Rita Rudaini mendedahkan dia dihantui individu yang mempunyai hasad dengki dengan dirinya dan keluarga. Memetik laporan Melodi, Rita berkata ada seorang individu yang tidak dikenali cuba mencari lokasi rumah keluarganya yang terletak di Kangar, Perlis. Hairan kenapa perlu ‘berhati hitam’, aktres berumur 46 tahun menyatakan ibunya juga menjumpai seekor katak hitam yang sudah mat1 di depan rumah.

Masih lagi ada orang yang dengki sedangkan saya tak bersuami, tiada ‘job’, masih lagi orang dengki, kenapa ya. Saya tidak tahu, tetapi baru-baru ini ada orang yang tak dikenali cuba mencari rumah saya di kampung, dua kali datang siap tanya orang kampung. Malam-malam dia merayau, orang kampung tanya cari rumah siapa, individu itu cakap ‘rumah Rita Rudaini’ dan berkata ‘saya kawan Rita.’

Keesokannya, ibu saya tengah menyapu sampah tiba-tiba ternampak katak hitam dah mti depan rumah. Katak itu macam baru. Seminggu selepas itu pula, individu itu datang lagi ke rumah dengan mengetuk pintu hampir setengah jam, kemudian dia merayau di depan rumah sambil tengok sekeliling, ibu saya cakap rupa paras individu tersebut dalam keadaan elok.

Pernah nampak kelibat

Tambah pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar, dia juga pernah beberapa kali didatangi mimpi aneh malah pernah ternampak kelibat di dalam rumah. Sebelum kejadian tersebut, saya juga ada bermimpi tentang kejadian yang tidak elok, kerap sangat tetapi saya hanya fikir mainan tidur tapi macam pelik. Saya juga nampak sesuatu kat rumah. Alhamdulillah hari-hari kami amalkan baca Al-Quran, kalau tuhan itu nak izin, jadi juga. Kalau tak izin, maka tak jadi lah. Kami cuma serah pada Allah, kalau Allah dah izinkan, mungkin itu adalah ujian untuk kami.

Ditanya sama ada dia mengenali individu terbabit, pelakon filem Mami Jarum menidakkan. Namun, dia beranggapan bukan perihal kerjaya yang dicemburui tetapi sebaliknya. Saya tak kenal tapi kami terfikir mungkin orang ini ada tak puas hati bukan daripada segi kerjaya, mungkin ada ‘personal’ lain yang sakitnya hati tengok Rita Rudaini. Selagi saya ada, dia rasa tak senang. Dia tak puas hati secara dalaman dengan saya, kalau boleh dia nak Rita Rudaini lenyap, jadi dia rasa lega.

Saya kecewa sangat sebab saya tak pernah cari fasal dengan orang, saya tak kacau hidup orang. Nak kata saya takut, tidak. Tuhan nak izinkan, maka jadilah. Saya cuma risau sekarang kalau orang nak buat jahat dekat saya, takut terkena dekat orang sekeliling. Dalam pada itu, ibu tunggal ini turut menegaskan dia enggan memaafkan individu yang telah melukai hatinya serta dua putera kesayangan. Sumber, oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *