Nabil Ahmad tampil luah rasa sebak atas permergian ayahnya, Nabil bersyukur ayah kembali ke rahmatullah di hari yang baik

Uncategorized

Siapa tak kenal dengan individu popular ini. Pengacara MeleTOP, Haji Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil Ahmad berkongsi saat terakhir bersama arwah bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu. Perkongsian tersebut mengundang sebak buat dirinya kerana ia merupakan kali pertama orang terdekat dalam hidupnya pergi menghadap Ilahi.

Sempat Jumpa Arwah

Menurut Nabil, ketika dia sedang bertugas di radio, dia menerima panggilan daripada adiknya yang mengatakan pihak hospital meminta waris pesakit segera ke hospital. Sejurus panggilan itu, Nabil bergegas ke hospital untuk melihat keadaan ayahnya. “Saya dekat radio, adik saya call, dia cakap hospital suruh tengok abah, tapi pihak hospital tak nak bagitahu kenapa. saya bergegas keluar tinggalkan radio,” – kata Nabil ketika MeleTOP bersiaran.

Katanya juga, dia sempat berjumpa arwah ayahnya namun keadaan Allahyarham ketika itu sudah tidak boleh bercakap disebabkan paras oksigen sudah jatuh. Nabil juga akui bahawa dia tidak terfikir bahawa itu adalah kali terakhir dia melihat arwah ayahnya. “Saya jumpa dia dalam keadaan dah oksigen level drop. kita dah tak boleh borak. “Bila diorang kata nak ditidurkan dia, saya cakap dengan diri saya, kalau ditidurkan sekejap lagi dapat jumpa balik dan saya tak terfikir that was the last time saya jumpa dia,” katanya.

Pengakhiran Dia Sangat Baik

Nabil mengungkapkan rasa syukur kerana pengakhiran arwah ayahnya cukup baik. Dia mendoakan semoga perjalanan arwah di alam baru dipermudahkan. “Saya rasa sukur sangat, pengakhiran dia sangat- sangat baik Lisa. Dia pergi hari Jumaat, dekat dengan bulan Nabi, lepastu dia dapat mengucap dengan baik. saya dan adik beradik mandikan dia dalam keadaan dia tersenyum. ramai orang hebat yang datang menziarahi dan solatkan jenazah. saya doa Allah mudahkan perjalanan dia dekat alam yang baru,” katanya sebak. Murai MY berharap Nabil akan terus tabah dalam menghadapi ujian ini dan sentiasa istiqamah dalam berjuang ke jalan Allah. Sumber, murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *