Lisa Surihani akui tidak semua perkara dia boleh mengawalnya, Lisa hanya mampu berdoa filem tidak sopannya tidak ditayangkan

artis

Siapa tak kenal dengan pelakon jelita ini. Lisa terima beberapa tawaran lakonan yang masih dipertimbangkan. Penampilan pelakon Datin Lisa Surihani sering menerima pujian ramai lebih-lebih lagi selepas dia memilih jalan penghijrahan sebagai seorang muslimah. Meskipun sudah berhijrah, Lisa, 36, mengakui bahawa dia tidak mampu mengawal tayangan filem-filem lama lakonannya sebelum menutup aurat yang masih dipertontonkan kepada masyarakat. Dalam hal ini, Lisa berkata dia hanya mampu berdoa agar penghijrahannya menjadi insan lebih baik dipermudahkan.

Lisa harap penghijrahan dipermudahkan

Luahnya lagi “Saya hanya mampu berdoa sebab sesetengah benda bukan dalam kawalan saya. Ada benda yang saya sendiri tak boleh buat apa-apa. “Saya sendiri belum arif tentang itu dan belum lagi bertanya ustaz atau pakar agama tentang perkara itu. “Saya berdoa agar jalan saya dipermudahkan dan berharap perkara itu (filem) akan hilang sendiri nanti,” katanya.

Lisa berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media program Next To Neelofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa. Dalam pada itu, Lisa juga menafikan dakwaan yang menyatakan bahawa dirinya sudah berhenti berlakon selepas berhijrah. Berkongsi perkembangan terkini, Lisa memberitahu dia kini sedang menjalani penggambaran sebuah projek lakonan dan turut mempertimbangkan beberapa tawaran lain.

Saya hanya mampu berdoa sebab setengah benda bukan dalam kawalan saya

Katanya lagi “Nak kata saya sudah berhenti berlakon tidak juga sebab saya sedang menjayakan sebuah penggambaran melakonkan watak cameo (pelakon undangan). “Ada juga beberapa tawaran masih dalam pertimbangan. InsyaAllah jika ada watak yang bersesuaian saya terima,” katanya. Lisa turut meluahkan rasa syukur apabila suaminya iaitu Datuk Yusry Abdul Halim tidak meletakkan syarat untuknya berlakon.

Sebaliknya pengarah terkenal itu meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya untuk meneruskan karier seni. “Alhamdulillah, suami hormat dan percaya saya boleh buat keputusan bersama dengan pihak pengurusan. “Tapi apa-apa pun saya akan berbincang juga dengan dia sebagai suami dan isteri,” ujarnya. Sumber, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *