Ibu mana je tak sedih bila anak sendiri jadi bahan jenaka siap ada yang edit lagi rupa Bilal, tak boleh berdiam sekali ini pula tindakan Neelofa

artis

Hati ibu mana yang tidak terguris apabila anak yang dikandung selama 9 bulan menjadi bahan ejekan dan dikutuk dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Gambar anak kepada selebriti terkenal, Neelofa yang ‘bocor’ di media sosial kelmarin sememangnya membuat heboh apabila ramai yang berpendapat bahawa tindakan menyebarkan wajah Muhammad Bilal tanpa kebenaran adalah sangat tidak patut. Walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan bekas pengacara Meletop itu menutup wajah anaknya, namun mereka tetap merasakan apa yang dilakukan oleh warganet terbabit sangat keterlaluan. Neelofa juga dalam satu temu bual mengakui kecewa dengan apa yang terjadi kerana sepatutnya dia sebagai ibulah yang harus mendedahkan anaknya kepada media dan bukan dengan cara sebegitu.

Enggan lagi mengulas isu tersebut, Neelofa akui yang tindakan individu terbabit memang sudah melampau kerana cuba menjadi orang pertama yang mendedahkan wajah Bilal. Akan tetapi, pemilik nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 33 telah menulis di Insta Story miliknya dengan berasa begitu sedih apabila ada pula warganet yang mengedit wajah Bilal menjadi orang lain dan pastinya ia benar-benar membuatkannya berasa terluka. “Edit muka anak saya sampai jadi bukan rupa dia, lepas tu sebar gambar yang edit fake tu… dan macam-macam orang komen jahat pada anak saya. Dah puas hati? “tak tahu nak rasa apa, Allahuakbar,” tulisnya Dalam pada itu, Neelofa turut meminta orang ramai supaya tidak melampau dalam melakukan sesuatu perkara seperti mengubah wajah bayi semata-mata untuk kepuasan hati sendiri sehingga muncul pelbagai fitnah.

Dia juga berharap warganet menjaga hati dan perasaan para ibu yang melalui kesusahan sewaktu mengandung serta melahirkan anak. Luahan tersebut berkemungkinan dibuat susulan tularnya beberapa gambar Bilal yang telah diedit dan dijadikan bahan jenaka di media sosial selepas  wajah kanak-kanak tersebut diambil tanpa kebenaran ketika berada di klinik. Selain daripada gambar yang telah diedit, ada juga komen yang dilihat ‘jahat’ kerana tinggalkan pelbagai kata-kata negatif kepada anak kecil yang masih tidak tahu apa-apa itu. Sumber, Instagram Neelofa. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *