Akhirnya teka teki wajah anak Neelofa terjawab, Peminat muat naik video wajah Bilal di klinik

artis

Warganet berseloroh Bilal lupa pakai pelitup muka ketika keluar rumah. Nampaknya warganet semakin teruja menanti pendedahan wajah anak sulung pasangan selebriti Neelofa dan Muhammad Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz iaitu Muhammad Bilal. Terbaharu, tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang bayi lelaki yang dikatakan ia ialah anak pasangan selebriti berkenaan. Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ismah Syahirah itu menarik perhatian ramai kerana didakwa merupakan Bilal.

Warganet teruja dapat dilihat wajah Bilal

Luah warganet lagi “Akhirnya boleh tengok juga Bilal, betul ke ni? Kena sam4n ke dok ni?” tulisnya pada ruangan kapsyen. Difahamkan, foto itu diambil ketika bayi berkenaan hadir mendapatkan rawatan di sebuah klinik bersama ibu bapanya. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah itu sememangnya Bilal atau bayi orang lain kerana sehingga kini pasangan berkenaan belum mendedahkan wajah anak mereka kepada umum. Video yang memaparkan foto bayi berkenaan menerima hampir 50,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.

Sementara itu, meninjau ruangan komen rata-rata warganet bersetuju bahawa bayi berkenaan merupakan Bilal. Namun ada juga yang meminta agar individu yang berkongsi foto tersebut menghormati privasi selebriti berkenaan yang mahu merahsiakan wajah anaknya. “Bilal lupa pakai mask keluar rumah ke ni? Tapi rambut Bilal macam lain. “Hormat la sikit privasi orang lain, warganet tak sabar sangat nak tengok Bilal ke?, kata sesetengah wargamaya lagi.

Neelofa dan suami bimbang anak terkena penyakit Ain jika didedahkan terlalu awal kepada umum.

kata warganet lagi “Mesti Lofa cakap ini bukan Bilal, ini sepupu Bilal. Tahun depan jelah dapat tengok muka Bilal tu. “Dia sorok muka anak dekat media sosial je, dekat luar dia open je. Biarlah anak dia,” antara komen warganet. Sebelum ini, Neelofa dan PU Riz memilih untuk tidak mendedahkan wajah Bilal kepada umum kerana ingin melindungi anaknya daripada penyakit Ain. Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 dan mereka dikurniakan Muhammad Bilal yang kini berusia lapan bulan. Sumber, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *