Peminat Lee Min Ho sanggup bersengkang mata menunggu ketibaan Min Ho di KLIA, Ini sebab Lee Min Ho ke Malaysia

artis

Pelakon terkenal dari Korea Selatan, Lee Min-ho diserbu ratusan peminat fanatik sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tengah malam Jumaat. Menerusi video yang dikongsikan peminatnya di laman Twitter, mereka sanggup berasak dan bersengkang mata untuk menemui pelakon kacak itu dari jarak dekat. Min-ho, 35, yang kelihatan tenang diawasi petugas keselamatan sempat melambai dan menghulurkan senyuman terhadap peminat yang setia menunggu kedatangannya.

Menerusi sebuah video yang tular, peminatnya terjatuh gara-gara berasak dan menolak antara satu lain sambil menjerit memanggil namanya. Pelakon siri The Heirs itu hadir ke Malaysia demi menghiburkan peminatnya di Konsert Ulang Tahun Cuckoo Appreci8th di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, yang berlangsung malam ini. Selain Min-ho, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga duta kepada barangan perkakas rumah Cuckoo turut diundang sebagai penyeri utama dalam konsert berkenaan.

Selain dua bintang terkenal itu, konsert ini turut mengundang penyanyi popular tanah air seperti Datuk Jamal Abdillah, Hael Husaini, kumpulan Dolla, Aina Abdul, Khai Bahar dan band Floor88. Insiden peminat berasak-asak demi bintang Kpop bukanlah satu fenomena luar biasa, sebaliknya minggu lalu, perkara sama berlaku terhadap ahli kumpulan GoT7 yang diserbu peminat di KLIA sempena kedatangannya ke sini bagi memeriahkan persembahan Good Vibes Weekender yang berlangsung pada pada 24 September lalu. Sumber, media hiburan

‘Lee Min Ho’ jual nasi kuning di Indonesia. Samarinda: Seorang pemuda di Kalimantan Timur, Indonesia menjadi bualan ramai kerana didakwa memiliki wajah persis penyanyi dan pelakon popular Korea Selatan, Lee Min Ho. Malah, tuah berpihak kepadanya apabila sejak fotonya tular, perniagaan nasi kuning diusahakan bersama keluarga menjadi semakin laris. Doddy Angga Andrianto, 27, berkata, sejak kebelakangan ini, ramai orang datang ke warung ibunya.

Tidak dinafikan katanya, ada juga wanita yang mengajaknya keluar bersama, namun dia menolaknya dengan cara baik. Lelaki itu juga tetap meneruskan hidupnya dengan berniaga nasi kuning seperti biasa. Menurut Doddy, sebelum ini, dia sudah terbiasa apabila ramai orang menganggap rupanya mirip seorang lagi artis Korea Selatan iaitu Siwon. Selain itu, ada yang mengatakan wajahnya seperti artis popular Hong Kong, Andy Lau, manakala ada juga mendakwa rupanya persis artis Indonesia, Boy William. “Ada juga yang kata saya ini orang Thailand, Cina dan macam-macam lah,” katanya kepada portal Kompas.

Jurulatih kecergasan yang turut menyertai pertandingan bina badan itu berkata, kesukaran mendapatkan pekerjaan sesuai membuatkan dia nekad membantu ibunya berniaga. “Sudah banyak tempat saya pergi, namun masih belum ada rezeki. “Kasihan melihat ibu seorang diri berniaga, saya menawarkan diri membantunya sampai sekarang,” katanya. Sumber, harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *