Zul Ariffin dedah dirinya bakal berpindah ke Makkah, Rupanya ini yang bakal Zul lakukan

artis

Siapa tak kenal dengan selebriti popular dan hangat ini. Tuntutan kerja memerlukan Zul untuk terus menetap di Makkah. Pelakon Zul Ariffin mendedahkan dia bakal berhijrah dan menetap di Makkah hujung tahun ini bagi memulakan perniagaan di sana. Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 36, perniagaan tersebut telah lama dirancang dan sekarang adalah masa terbaik untuk dia meneruskan impiannya itu. “Sekarang ini dalam proses untuk pindah. Saya akan ke sana bermula Januari untuk urusan perniagaan. Memang menetap di sana, tapi pastinya akan akan sering kembali ke Malaysia.

Zul teruja untuk memulakan hidup di kota Makkah.

Kata Zul lagi “Sebenarnya sudah lama rancang perniagaan ini dan akhirnya ia terjadi. Justeru itu ia memerlukan saya untuk tinggal di sana. Bukan hanya di Makkah, saya juga akan travel ke banyak negara selepas ini,” katanya kepada mStar. Zul ditemui ketika sidang media pelancaran filem terbaharu lakonannya berjudul Talbis Iblis yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis. Meskipun memulakan kehidupan baharu di negara orang, Zul berkata itu tidak bermakna dia akan memperlahankan kerjaya seni di Malaysia.

Mengakui teruja untuk menjalani satu fasa baharu dalam kerjaya, Zul berkata dia sudah bersedia dengan segala cabaran sebagai seorang anak seni bergelar ahli perniagaan. “Saya kenalah imbangkan antara kerja di sana dan kerjaya seni di Malaysia. Saya tidak akan perlahankan kerjaya sebagai pelakon. Malah sudah ada banyak perancangan yang telah dibuat bersama pihak pengurusan. “Sekarang ini industri seni semakin rancak selepas tempoh pandemik. Sambutan terhadap filem di pawagam, juga semakin bertambah baik. Rugilah kalau saya perlahan kerjaya seni.

Saya kenalah imbangkan antara kerja di sana dan kerjaya seni di Malaysia. Saya tidak akan perlahankan kerjaya sebagai pelakon

Selanjutnya “Saya amat teruja walau tahu akan jadi penat. Bagi saya ia adalah sesuatu yang bagus kerana masih lagi produktif walaupun penat,” jelasnya. Sementara itu bercakap tentang filem Talbis Iblis, Zul memberitahu watak yang ditawarkan pada awalnya hanya sampingan, namun dikembangkan menjadi sebuah karakter yang boleh memberi impak kepada keseluruhan jalan cerita. Melihat kepada tenaga produksi yang hebat, Zul menawarkan diri untuk berlakon dalam filem arahan Khabir Bhatia kali ini.

Zul tampil berbeza dalam filem terbaharu Talbis Iblis

Katanya “Rugi rasanya kalau saya tidak terlibat dengan filem sebegini. Pasukan produksi sangat hebat dan disebabkan itu saya sendiri yang tawarkan diri untuk berlakon. “Awalnya karakter saya hanya sedikit sahaja, namun kemudian ia dikembangkan menjadi lebih banyak. Saya sendiri memberi idea kepada pengarah bagaimana untuk membawa imej dalam filem ini.

Filem terbitan bersama Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures, A Next Star Production dan MM2 Entertainment ini akan mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 20 Oktober depan. Selain Zul, pelakon lain yang terlibat adalah Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis dan Daniella Sya. Sumber, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.