Mawar Rashid kongsi berita gembira buat peminat, Kini Mawar disahkan hamil anak ketiga

artis

Siapa tak kenal dengan pelakon comel molek ini. Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid berkongsi khabar gembira di media sosial apabila dia kini sedang hamil anak ketiga. Menerusi hantaran di Instagram, Mawar turut menjawab persoalan peminatnya yang dikatakan menghilang dari media sosial, dengan menceritakan bahawa keadaan dirinya yang tidak sihat selama tiga bulan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital disebabkan severe dehydration. “3 bulan Mawar tak sihat. Sampai terpaksa pergi ke hospital sebab severe dehydration. Tak boleh makan & minum. Sakit kepala, mampu terbaring je atas katil. Sampai terpaksa tolak job.”-Kongsi Mawar

Beri Kejutan Ketika Bercuti Di Eropah

Dalam pada seronok bercuti Mawar akui dalam kepahitan ada kemanisannya, Mawar yang mengetahui dia kini sedang ‘berbadan dua’ itu turut membuat kejutan kepada suaminya ketika sedang bercuti di Eropah. “Plan nak suprise kan Raf kat Europe. I pulak termenangis.”-Kongsi Mawar

Dibanjiri Ucapan Tahniah Rakan Selebriti & Peminat

Video yang dimuatnaik oleh Mawar telah dibanjiri dengan ucapan tahniah oleh rakan selebriti serta peminat yang turut teruja dengan berita kehamilan pelakon filem Villa Kristal itu, malah ramai yang menitipkan doa agar dipermudahkan urusan sehingga bersalin kelak. Antara komen warganet “Congratulations mekwa sayang. Alhamdulillah. 😍😍😍😍. I love youuu.”-Emma Maembong. “Ya allah alhamdulillah!! Congratulations Mawar & Raf! So happy for you guys!!.”-Uyaina Arshad “Congratulations!!!-Catriona Ross. “Tahniah Mawar take care. Patut lama tak nampak any stories.” “Alhamdulillah tahniah masterose semoga dalam lindungan rahmat Allah dipermudahkan urusan dan sihat InsyaAllah.”

Sekadar info, Mawar Rashid dan Raden Ahmad Faizal Yaakob telah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Pasangan ini turut dikurniakan dua orang anak iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta. Sumber, murai

Tak Pasal Pasal Dikatakan Guna Google Translate Bercakap Bahasa Thai, Sekali Ini Respon Padu Dari Mawar Rashid. Siapa tak kenal dengan Mawar Rashid artis Malaysia berdarah Thailand, Baru baru tular di aplikasi tiktok tentang perkongsia satu video Mawar berbahasa Thai, kata Mawar tak kisah dengan kritikan warganet mengenai cara pertuturannya dalam bahasa Thailand. Mawar kerap berkongsi video bertutur dalam bahasa Thailand, pelakon Mawar Rashid ditegur warganet kononnya loghat digunakan tidak betul dan bukan cara orang Thailand bercakap. Namun begitu artis comel molek ini enggan melatah dengan komen warganet itu, Mawar, 26, mengakui masih belum fasih bertutur dalam bahasa Thailand dan sedang belajar memperbaiki cara percakapannya itu. Kata Mawar lagi “Ibu saya memang orang Thailand dan bapa saya orang Kelantan jadi di rumah kami jarang bertutur bahasa Thai, tapi nenek belah ibu saya tak boleh berbahasa Melayu dan hanya bertutur dalam bahasa Thai, daripada situlah saya belajar. Saya juga pernah tinggal di Thailand selepas habis belajar. Antara komen warganet lagi “Yang kelakarnya apabila ada yang kata saya Google dahulu sebelum bercakap bahasa Thailand. Saya akui mungkin cara percakapan saya tidaklah selancar orang Thai tapi saya masih mampu bertutur dan memahami apa yang mereka sampaikan.

Mawar jawab persoalan warganet di TikTok.

Selain itu, “Kadang-kadang kalau ada ayat atau perkataan saya tak faham, saya akan tanya mummy (ibu) terlebih dahulu… tanya betul tak apa saya cakap ni,” katanya kepada mStar. Sebelum itu, menerusi aplikasi TikTok, Mawar berkongsi komen ditulis seorang warganet yang mempersoalkan mengenai loghat bahasa Thailand yang digunakan olehnya. Saya ni jarang kecil hati dengan warganet, tapi sebagai manusia mestilah terkesan kalau ada tulis kata-kata pedas “Siam Chiangmai pun tak cakap loghat macam ni sis! Ini bukan orang Thailand asli, saya orang Thai ori saya tahu,” komen warganet. Meskipun video dikongsi olehnya itu menerima komen negatif, isteri kepada Raf Yaakob ini berkata dia tidak berkecil hati dengan pandangan warganet itu.

Mawar berdarah kacukan Melayu dan Thailand.

Mawar juga katakan, “Saya ni jarang kecil hati dengan warganet, tapi sebagai manusia biasa mestilah saya terkesan kalau ada tulis kata-kata pedas, cumanya kalau komen dekat TikTok saya tak ambil serius sangat sebab niat saya hanya nak hiburkan orang. “Biasalah budak 10 tahun pun main TikTok dan mereka pun masih belum matang lagi. Saya anggap mereka bergurau atau nak main-main sahaja, jadi saya tak ambil serius sangat. “Video tu pun saya buat sekadar suka-suka sahaja, kadang-kadang apabila saya pergi ke mana-mana dan bercakap bahasa Thai orang macam kagum, malah kawan-kawan baik pun dulu minta saya buat banyak-banyak video cakap bahasa Thailand,” ujarnya. Sumber, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.