Kaka Azraff luah rasa syukur dengan pencapaian sekarang, Kini wajah Kaka menghiasi billboard terkenal New York

artis

Siapa tak kenal dengan rapper popular ini. Penyanyi berbakat besar, Kaka Azraff menitipkan rasa bersyukur selepas wajahnya kini terpampang di papan iklan (billboard) tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat. Menerusi hantaran di Instagram, Kaka yang bersyukur dengan kejayaannya itu mengakui dia tidak dapat melakukannya jika tanpa peminat dan semua pihak yang sentiasa menyokong kariernya. “Look Ma! Made it to @spotify EQUAL New York Times Square billboard of the month. Terima kasih @spotifyasia dan @warnermusicmy kerana menjayakannya! Bersyukur kerana telah sampai sejauh ini, tidak mungkin dapat lakukannya tanpa kalian, 🇲🇾 represents! .”-Tulis Kaka

Rakan Selebriti & Peminat Luah Rasa Bangga

Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti seperti Yuna, Aisha Retno, Azira Shafinaz serta peminat meluahkan rasa bangga dan menitipkan ucapan tahniah di atas kejayaan penyanyi yang pernah muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu 35 itu. “Lookin great mama !!!.”-Yuna. “She megaaa .”-Radin Era. “GO SISTER EQUAL QUEEN.”-Aisha Retno. “proud of you kaaa.”-Azira Shafinaz. “So proud of you. Congrats idolaku .” “Wowww! Congratulations Kaka!!.” Kami di Murai MY turut mahu mengucapkan tahniah di atas kejayaan Kaka Azraff!. Sumber Murai

Penyanyi, Kaka Azraff mengakui sengaja membuatkan suaminya cemburu untuk memujuk insan tersayangnya itu supaya turut sama muncul dalam video muzik single terbaru nyanyiannya, Janjiku. Kaka ketika ditemui berkata suaminya, Adam Azriff pada awalnya tidak mahu berlakon dalam video muzik lagu Janjiku ciptaan komposer MFMF dan Tysha Tiar itu. “Pada awalnya, dia (suami) tak mahu berlakon bila saya ajak. Jadi, pihak pengurusan dan pasukan produksi pun mencari model sebagai pelakon. “Bila dibentangkan mengenai jalan cerita dan babak-babak romantis yang akan saya lakonkan dengan model itu, Adam akhirnya mengalah dan bersetuju untuk berlakon juga,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Kaka, dia juga sebenarnya lebih selesa untuk berlakon dengan suami sendiri. “Bila berlakon dengan suami sendiri, saya tak rasa kekok untuk bersentuhan dan sebagainya. Jadi, bila dapat peluang begini dan jalan cerita video muzik juga sesuai, saya memang nak sangat suami terbabit sama,” katanya. Selain Kaka dan Adam, anak mereka, Aslan Adam juga turut muncul dalam beberapa babak. Single Janjikan mengisahkan mengenai hubungan dalam rumah tangga dan Kaka cuba menonjolkan realiti kehidupan dalam sesuatu perhubungan. Sumber, harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.