Bob Lokman pergi menghadap ilahi di usia 58 tahun

artis

Umum lagi kita kenali dengan pelakon ini. Pelakon dan penulis lirik Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman disahkan pergi menghadap ilahi di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan pada Jumaat. Berita sedih mengenai pemergian bintang berusia 58 tahun itu dikongsi oleh beberapa rakan artis dan pendakwah menerusi laman Facebook. Untuk rekod, pada Jun lalu kesihatan Bob dilaporkan kurang baik di mana tahap penggunaan jantungnya kini hanya tinggal 10 peratus.

Arwah ketika itu bergantung pada alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC). Sejak beberapa tahun lalu, Bob pernah menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah akibat masalah jantung. Arwah juga pernah dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@lIUM) di Kuantan, Pahang ekoran kesihatannya kembali menyusut akibat masalah buah pinggang. Sumber, mstar

Penggunaan Jantung Hanya Tinggal 10 Peratus Sahaja, Sekali Rupanya Ini Keadaan Terkini Bob Lokman. Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman memaklumkan bahawa penggunaan jantungnya kini hanya tinggal 10 peratus sahaja. Menurut pemilik nama sebenar Mohd. Hakim Lokman, kesihatan dirinya berada dalam keadaan tidak baik dan hanya bergantung kepada alat bantuan jantung iaitu Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC). Saya kini berada di rumah dan tidak berapa sihat. Keadaan jantung saya juga kini tinggal 10 peratus sahaja lagi. Selagi bateri ini tidak m.ti, selagi itu saya bernafas.

Apabila sudah sampai ajal, habislah. Tunggu waktu sampai sahajalah. Selagi sempat, selagi itulah kita mencari kesempatan untuk menjadi lebih baik. Dalam pada itu, pelakon berusia 58 tahun ini turut mengatakan bahawa dia perlu menjalani rawatan susulan setiap tiga bulan bagi memantau tahap kesihatannya dan perlu bergantung kepada ubat-ubatan yang diberikan oleh pihak hospital.

Rawatan susulan di hospital untuk berjumpa doktor memang ada iaitu tiga bulan sekali. Jantung ini seperti bateri, walau setiap hari cas pun, makin lama makin kurang juga. Walau bagaimanapun, dia tetap berasa bersyukur dan hanya berserah kepada keajaiban kuasa Allah SWT terhadap dirinya. Itulah, kita boleh jangka apa, ia sentiasa berjalan dan bergerak. Badan pula gemuk, banyak yang tidak sihat. Jantung tidak kuat, namun perlu banyak juga menggunakan jantung.

Tidur pakai jantung, makan dan buang air pun pakai jantung. Jadi, semakin teruk jantung itu. Tidak boleh nak jangka apa, cuma bersyukur sahaja. Selagi ada umur, saya bersyukur sahaja. Difahamkan, Bob Lokman menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah sejak Oktober pada tahun lalu kerana jantung pada bahagian atasnya sudah tidak berfungsi dengan baik. Sumber, OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.