Anak lelaki pengasas Dnars dah selamat bernikah, tapi adik bongsu tak dapat datang undang sebak untuk keluarga

selebriti

Anak lelaki kepada pengasas produk kecantikan D’Nars Faziani Rohban, Iqbar Hakim Jasman telah selamat diijab kabulkan dengan suri hati pilihannya. Namun, di sebalik kegembiraan, terselit kesedihan apabila adik bongsu Iqbar tidak hadir sama ke majlis perkahwinannya itu baru-baru ini.Menerusi video TikTok perkongsian bapa saudaranya, Faizul Rohban, ia memperlihatkan kerusi yang bertanda nama Qaseh ditinggal kosong manakala kerusi lain telah dipenuhi dengan tetamu. Perkongsian tersebut telah membuatkan warganet turut berasa sebak dengan nasib yang menimpa keluarga itu. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sedih dengan keadaan tersebut dan tidak lupa untuk mengucapkan tahniah atas perkahwinannya itu. Klik sini untuk lihat video.

Untuk makluman, adik bongsu Iqbar kini tinggal bersama bekas bapa tirinya, Shah Rizal yang telah berumah tangga dengan seorang wanita yang dikenali Aen Syahera selepas pemergian ibunya, Faziani Rohban. Sebelum ini, timbul beberapa isu mengenaik kejadian ibu mereka yang dikatakan mempunyai unsur yang diragui. Tambah, anak perempuan Faziani, Irdina Hakim Jasman turut mendakwa dirinya dan adik beradik lain dihalau oleh bapa tiri mereka. Kredit, https://www.xtra.com.my/

Didkwa Rancang Kejadian Yang Melibatkan Isteri, Kini Suami Dnars Tampil Jawab.Selepas tiga tahun berdiam diri, suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad yang pergi buat selamanya pada 18 Mei 2019, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa memfitnahnya di media sosial. Datuk Ahmad Shah Rizal Ibrahim dalam sidang media hari ini berkata keputusan itu diambil selepas berbincang dengan keluarganya kerana berasakan ftnh berkenaan terlampau berat dan ia sebagai cara terbaik menyelesaikan kemelut itu. “Kata-kata tidak berasas serta tdhan keras, kononnya saya telah merancang kejadian tersebut yang membabitkan isteri saya (sehingga terkrbn), memang tidak wajar sama sekali. Tdvhan bahawa kehilangan isteri saya dirancang adalah ftnah besar dan amat jelek sekali,” katanya. Menurut Ahmad Shah Rizal, selama ini beliau memilih untuk mendiamkan diri kerana berharap perkara ini dapat diselesaikan menerusi musyawarah keluarga dan menganggap perselisihan faham sebelum ini hanyalah bersifat sementara.

“Namun, kemelut itu berlanjutan dan menjadi semakin teruk, hari berganti hari dan keadaan ini memang tidak disangka dan saya amat terkilan dengan sikap sesetengah pihak seperti adanya udang di sebalik batu,” katanya. Menurutnya, pelbagai tdhan dilemparkan itu tidak benar dan tidak berasas berikutan disimpulkan warganet selepas membaca artikel portal berkenaan pada 16 dan 17 Jun lalu. “Antara komen-komen warganet yang berunsur ftnh adalah tdvhan kehilangan isteri saya adalah satu kejadian yang dirancang, rumah tangga saya sudah bermasalah ketika arwh masih hidup sehingga saya merancang pembnhn arwh melalui kejadian tersebut. Tdhan saya menjalinkan hubungan di luar perkahwinan semasa isteri masih hidup sehingga saya merancang kejadian itu serta proses membawa balik isteri dari Thailand ke Kelantan tidak dijalankan mengikut lunas undang-undang kerana saya seolah olah berusaha menyembunyikan sesuatu.

“Selain itu, pelbagai tdhan berkenaan wang tunai, barang-barang milik arwh isteri, pertukaran saham syarikat dan sebagainya,” katanya. Katanya, dia hanya mengetahui pihak keluarga isterinya membuat laporan polis menerusi laporan media, namun hingga kini dia belum dipanggil pihak berkuasa untuk memberi apa-apa kenyataan. Jadi, saya mengambil tindakan ini bagi mempertahankan maruah, imej serta nama baik saya dan keluarga serta menjaga kepentingan dan keselamatan lima anak termasuk seorang daripadanya anak hasil perkongsian hidup bersama Allah yarham Faziani yang terkesan dari segi emosi dan mental selain memberi amaran kepada pihak berkaitan menghentikan ftnah mereka,” katanya. Sementara itu, peguamnya, Nik Zarith Nik Moustpha berkata setakat ini mereka sudah mengenal pasti beberapa individu termasuk warganet yang menggunakan akaun sebenar yang membuat tdvhan terbabit. “Kita akan menghantar notis tuntutan termasuk menuntut permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh terdekat dan jika tidak kita akan teruskan saman malu dan ftnah,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan keluarga Faziani yang pergi buat selamanya pada 18 Mei 2019 membuat laporan polis menuntut siasatan lanjut dilakukan terhadap kehilangan Faziani yang disyaki terdapat unsur lain selain laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 21 Jun lalu, keluarga Allahyarham sekali lagi membuat laporan polis bagi memohon siasatan berhubung isu resolusi pertukaran pemilikan saham syarikat pengasas produk kecantikan itu. Sumber, bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *