Zamarul Hisham tampil beri teguran pada pelakon BBNU, Zamarul kongsi cara buat nama kekal laku

artis

Siapa tak kenal dengan pelakon lelaki popular ini. Zamarul digandingkan bersama Bella Astillah dalam Aku Tanpa Cintamu. Masih ditawarkan peluang membawa watak hero dalam drama, pelakon Zamarul Hisham berkongsi tips kepada bakat baharu yang mahu kekal relevan dalam industri lakonan. Kata Zamarul atau nama sebenarnya Zamarul Hisham Mohamed, 51, pelakon baharu ini haruslah mempunyai kesungguhan menjayakan watak diberi dan melakukan pekerjaan itu sebaik mungkin. “Kalau boleh saya kongsikan kepada pelakon muda, setiap tanggungjawab yang diberi saya akan galas dengan penuh ketekunan dan kesungguhan.

Katanya “Mungkin itu yang saya amalkan daripada dulu, buat sebaik mungkin. “Saya bukan orang yang bekerja sambil lewa. Bila dapat skrip, saya akan cuba jadikan skrip itu lebih baik,” katanya kepada mStar. Zamarul ditemui dalam sidang media secara virtual drama Aku Tanpa Cintamu (TV3) yang diadakan baru-baru ini.

Sikap tekun dan bersungguh membuatkan Zamarul masih diberi peluang membawa watak hero.

Dalam pada itu, pelakon ini juga turut menjelaskan tiada beza antara pelakon baharu dan pelakon lama melainkan pengalaman. “Kehadiran pelakon baharu ini sangat dialu-alukan kerana ia dapat memajukan industri hiburan tanah air. “Mungkin kalau nak bezakan pelakon lama dan baharu, kami dilatih supaya menghargai tanggungjawab daripada bidang yang kita pilih,” katanya.

Nasihatnya kepada pelakon baharu, bila dah popular jangan lupa asal usul kita.

Dalam pada itu, Zamarul juga menasihati pendatang baharu agar tidak hanya sekadar mengejar populariti dan nama serta jangan sesekali melupakan asal usul. “Sebagai anak seni kita kena bekerja dengan ikhlas dan bukannya hanya untuk mengejar nama dan popular. “Nasihat saya ringkas sahaja, ingat niat kita berlakon untuk apa… andai kata kita berjaya masuk bidang ini, itu satu peluang untuk tunjukkan bakat. “Bila orang suka lakonan kita, jangan lupa asal usul kita,” ujarnya.

Drama lakonan Zamarul berjudul Aku Tanpa Cintamu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam. Selain Zamarul, ia turut dibintangi oleh Bella Astillah, Jihaa Sham, Malek Mccrone, Mas Anizan dan Dato’ Sri Eizlan Yusof. Sumber, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.