Sarimah Ibrahim luah rasa teruja menanti persembahan Nabil dan Elly yang menyanyikan lagunya di GV9

artis

Siapatak kenal dengan wanita popular suatu ketika dulu ni. Penyanyi, Che Puan Sarimah Ibrahim melahirkan rasa teruja apabila hos Gegar Vaganza 9 (GV9), Nabil Ahmad dan Elly Mazlein bakal menyampaikan lagunya yang berjudul Kini Kau Tiada. Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Sarimah menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat persembahan mereka di konsert kedua GV9 Ahad ini. “Next week! Minggu kedua Gegar Vaganza, Elly dan Nabil, OMG tak sabar nak tengok. Minggu malar segar mekar membara,” tulisnya Hantaran itu juga turut dimuat naik bersama sedutan pendek segmen Ada Lagu Ada Lagi.

Dalam pada itu ruangan komen hantaran itu juga dihujani dengan pendapat yang sama oleh pengikut Instagramnya. “Lagu ini masa zaman sekolah lagi, masih hafal ya. Haha fav song,” tulis @qylsdean “Lagu legend, love sangat!” komen @hana_nasaruddin Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan dia akan ditemankan oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000. Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.

Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini. Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.

GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104). Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro. Sumber, gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.