Neelofa tampil hadir di gelanggang futsal berpakaian sukan, Sekali ini komen lucu dari peminat

artis

Siapa tak kenal dengan wanita ini. Selebriti dan usahawan popular Noor Neelofa mencuri perhatian ramai apabila tampil di sebuah gelanggang futsal bagi menemani suaminya, pendakwah bebas Haris Ismail bermain sukan tersebut. Malah, ramai komen wargamaya tertumpu pada penampilan Neelofa yang mengenakan pakaian sukan berlengan panjang dengan tudung sarung lengkap memakai pelitup muka, comel seperti seorang cikgu pendidikan jasmani (PJ).

Menerusi platform TikTok, seorang pengguna @Nur NLFH berkongsi momen tersebut untuk tatapan umum. Menerusi perkongsian tersebut, Neelofa bergurau apabila dia menyebut ‘dibayar’ untuk hadir ke gelanggang tersebut bagi menemani suaminya. “Hahaha mahal pak ustad bayar untuk kehadiran penyokong ni, comey je Lofa,” tulis di kapsyen video tersebut.

Dalam pada itu, perkongsian video seterusnya menunjukkan Neelofa bersama rakan wanita yang lain setiap menjadi penyokong ketika suami-suami mereka berlawan. Selain mengatakan bekas pengacara MeleTOP itu seakan cikgu PJ, ruangan komen dipenuhi dengan komen memuji penampilan Neelofa yang kelihatan bersahaja, ringkas dan seperti isteri yang biasa menemani suaminya bermain futsal.

Komen warganet lagi “@girl:kalau orang yang record ni tak mention nama lofaaa, serius tak cam pun tu lofa, nampak lain pulaaaa but still cantikkkkk.” “@dianaaaaaaaa:First time tengok Lofa pakai macam ni.. Nampak macam cikgu PJ.” “@F’:Firsr time aku tengok dia pakai tudung sarung. Ingat makcik mana laa tadu alahai comelll.” “@Iphsywni:Nomell ja ikot pak ustad pegi main futsal supportive betul laa HAHAA.” “@Murni Zainul:mak mak dah sekarang. bahagia tengok depa.” Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir setengah juta tontonan oleh warga TikTok. Sumber, gempak

Tampil Kongsi Momen Bahagia Bersama Suami Dan Anak, Sekali Ada Yang Perasan Muka Bilal Seiras Dengan Sepupunya. Apa sahaja perkongsian berkenaan dengan anak kepada pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz atau Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal pasti menjadi perhatian warganet. Terbaru Neelofa berkongsi video di TikTok memperlihatkan suaminya sedang bermain dengan anak mereka. Menerusi perkongsian tersebut, bekas pengacara program MeleTOP berkata meluangkan masa bersama suami dan anak merupakan salah satu penyebab dirinya bahagia.

“Yang buat hati ini bahagia bila dapat luang masa bersama suami dan anak, berkumpul dengan keluarga, bercuti dan sudah tentu berniaga. Love you both,” tulis Neelofa. Bagaimanapun, kali ini Neelofa mengambil keputusan untuk menutup ruang komen tanpa memberi sebarang penjelasan. Biarpun tidak dapat tinggalkan komen, peminat tetap mahu berkongsi keterujaan dengan memuat naik semula video itu di akaun laman sosial mereka. Menurut peminat, wajah Bilal sama seperti sepupunya, Jebat Jayden yang juga anak kepada kakak Neelofa iaitu Noor Nabila. “Ikut cousin dia la muka tu. “Muka dia dari tepi macam Jebat!” komen peminat. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.