Tak puas hati dengan tindakan individu ni, Kak KM bakal ambil tindakan saman dan ini punca Kak KM marah

Viral

Usahawan sensasi Kak KM bakal mengambil tindakan saman terhadap seorang peniaga atas talian yang menggunakan gambarnya sebagai bahan promosi tanpa kebenaran. Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, individu terbabit dikatakan menjual produk bengkung sama seperti produk.

Kak KM tak akan berdiam apabila ada orang cuba ambil kesempatan.

“Pagi ini (Khamis) saya nampak individu tersebut semakin banyak guna gambar dan video saya untuk tujuan promosi sedangkan dia bukannya jual produk saya. Saya tidak kenal dia siapa, dia juga bukan menjual produk milik saya. Tak tahulah produk dari mana yang dijual namun mudah-mudah guna gambar saya. Memang saya tidak akan berdiam apabila perkara begini berlaku. Saya akan buat laporan dan tunggu surat saman,” katanya.

Terdahulu, anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini berkongsi satu video memberi amaran kepada individu berkenaan di laman Instagram miliknya pada Khamis. Sementara itu, Kak KM memberitahu dia mula menyedari tindakan tidak bertanggungjawab individu berkenaan sejak sebulan lalu, namun masih mengambil langkah berdiam diri kerana memikirkan ia bukanlah satu perkara serius. Bagaimanapun, dia mula bertindak selepas perniagaannya terkesan sehingga ramai pelanggan mula bertanya kesahihan produk tersebut.

“Sebenarnya sudah sebulan juga saya perasan tentang perkara ini. Selama ini hanya berdiam sahaja. Tidaklah fikir mahu ambil sebarang tindakan saman. Semakin lama saya nampak orang itu semakin menjadi-jadi. Dia ambil jalan mudah guna gambar dan video saya. Ramai juga yang bertanya adakah itu benar produk saya sebab itu rasanya saya tidak boleh terus berdiam,” ujarnya.

Mengakui bengang dengan individu berkenaan, Kak KM berkata dia bersedia untuk berdepan bagi menyelesaikan isu berkenaan. Tambahnya, ini bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini juga ada pihak lain yang melakukan tindakan sama.

“Saya memang rasa marah sekarang ini. Kalau jumpa nak tumbuk muka orang tu sebab ambil jalan mudah macam ini. Saya penat berniaga, ada pula orang lain yang ambil kesempatan dengan cara begini. Bukan sekali terjadi. Sudah banyak gambar dan video saya digunakan tanpa kebenaran. Kalau terus berdiam takut nanti perkara begini akan terus berleluasa,” jelasnya. Sumber, Mstar Online

Dedah Telahpun Menang Kes Sman Ftnah, Kini Kak Km Tampil Ucap Syukur Dengan Kemenangannya

Baru-baru ini, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM ada berkongsikan kepada warganet mengenai satu kes kemenangannya di mahkamah.

Kes Sman Bekas Suami Kakak

Selepas hampir setahun berlarutan, usahawan kosmetik Kak KM mendedahkan kepada peminatnya mengenai kes sman ftnah yang dibuat oleh bekas abang iparnya sendiri. Sebelum ini, bekas suami kakaknya itu memfailkan sman selepas dia mengambil tindakan mempertahankan diri menerusi siaran langsung di Instagram tahun lalu.

Berkongsi Kepada Peminat

Melihat di Instagram storynya, dia menyatakan rasa syukur setelah memenangi kes sman tersebut. Kemengan Kak KM dalam kes saman tersebut dimaklumkan oleh peguam Kak KM iaitu Fakhrul Azman Hassan dari Azainie & Fakhrul pada Jumaat yang lepas.

Kak KM Jelaskan Perkara Sebenar

Kak KM menyatakan bahawa kes ini terjadi apabila bekas abang iparnya terasa dengan apa yang diperkatakan oleh Kak KM. Malah Kak KM juga menerangkan sebenarnya dia tidak ada sebut nama individu tersebut ketika sesi LIVE, tetapi individu itu yang terasa dan mengambil tindakan. Sumber, Murai.my

Baru Je Tular Pasal Rumah, Kini Kak KM Dedah Belikan Kereta Buat Ibu Secara Cash Buat Ramai Terharu

Usahawan yang juga anak dramatis terkenal Normah Damanhuri, Liana Rosli menarik perhatian ramai apabila membeli sebiji kereta untuk ibunya yang dibayar secara tunai. Menerusi platform Tiktok, momen bahagia berdurasi lebih dua minit itu dikongsi untuk tatapan umum.

“Kereta mak ni, saya dah niat nak beli cash untuk mak. Alahh apalah sangat, ini pun tak terbalas jasa mak,” kata liana atau lebih mesra disapa sebagai Kak KM. Dalam perkongsian itu lagi, Kak KM dilihat membayar jumlah tertera RM102,000 untuk sebiji kereta berjenama Honda. Dalam pada itu juga, Normah dilihat menangis sebak sewaktu Kak KM menawarkan untuk membayar kereta tersebut lalu mereka saling berpelukan. Sementara itu di ruangan komen, ia dihujani dengan kata-kata pujian di mana rata-rata wargamaya kagum dan respek dengan sikap Kak KM yang sering mengutamakan kehendak ibunya. Tidak kurang juga ramai yang mahu mencontohi sifat baik Kak KM yang suka bersedekah dan memuliakan ibu.

@Hzleen Shalihin:Jangan pandang benda yang buruk kak KM buat, pandang apa yang baik dia buat: tahniah kak.” “@Mama Ziela:walaupun dia macam ni…aku sangat yakin pengakhiran mereka sekeluarga pasti baik-baik..insyaAllah aminn.” “@Mazira:dia selalu bahagiakan mak dia… itulah rezekinya murah selalu.” “@Official.dhiafarehan:Patutlah rezeki Kak KM melimpah ruah sebab dia bahagiakan mak dia MasyaAllah. Semoga suatu hari nanti aku pon dapat bahagiakan mak aku sama macam ni.”

@Fifymakngah:macam mana orang kritik Allah beri juga, sebab demi mak segalanya. Allah maha pemurah.” “@aisyaomar:Satu jela aku respect gile Kak KM ni sebab dia kalau dengan mak dia memang tiptop layan dia. Lepastu hubungan adik-beradik and cara dia layan anak-anak dia.” Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 1.6 juta tontonan kurang dari tempoh 24 jam video tersebut dimuat naik. Terdahulu, nama Kak KM sekali lagi menjadi perhatian apabila membeli sebuah banglo ala villa dengan nilai RM5 juta. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.