Setiap masa perhatikan dari CCTV, kini Iqbal tampil puji pembantu rumahnya sampai ada yang kaitkan dengan DSV

Viral

Pengsohor dan penyanyi Iqbal Zulkefli mendedahkan yang dia menunjukkan sifat tegas pada pembantu rumah baharunya, Indah ketika wanita itu baru bermula bekerja di kediamannya. Menurut Iqbal, sifat tegas dan berhemah melayan pembantu rumah bagaimanapun memberikan impak yang sedikit berbeza terhadap hubungan mereka berdua sebagai kakitangan dan majikan.

“Pada awal Indah hadir ke rumah, saya tunjukkan sikap tegas. Tegas saya masih berhemah. Akan tetapi saya perhati, dia jadi tidak seronok. Senyum pun tidak. Mahu lalu depan saya ketakutan. Setelah saya cuba mendalami cara dia membesar, seharian saya tidak dapat tidur, menangis sendiri kasihankan dia. Semakin hari semakin ceria, kerjanya sangat bagus luar biasa. Saya cuba cari sesuatu untuk marah tapi tiada apa alasan untuk marah. Setiap waktu saya perhatikan dari 30 unit CCTV yang ada di rumah, sekecil-kecil tugas dilakukan sempurna,” kata Iqbal. Dalam masa yang sama, Iqbal turut memberitahu yang dia sering memuji tugas-tugas kecil yang dilakukan oleh Indah.

“Saya puji sentiasa tugas tugas kecil dia lakukan. Saya biarkan dia berasa diri dia cantik. Perlahan lahan ajar dia jadi yakin, berlemah lembut dan berpakaian cantik. Ketepikan dulu cerita orang lain. Selagi dia berbuat baik, kita hargai kebaikan dia dulu. Dia tetap wanita yang perlu dilindungi, dihargai. Mungkin ada hari susah saya perlu kan bantuan dia nanti. Saya sedaya upaya lindungi orang yang ada di kala susah senang,” katanya.

Melihat pada gambar gambar yang dimuat naik, warganet memberikan respons yang pelbagai kepada Iqbal. Ada juga yang bertanya, adakah Datuk Seri Vida, usahawan kosmetik yang sering dikaitkan dengan dirinya tidak berasa cemburu. “Ini pembantu ke PA? DSV tak jealous ke?” tanya seorang pengikut. Iqbal kemudian menjawab: “Beliau tak ada hak untuk cemburu,” katanya.

Selain itu, terdapat segelintir warganet yang ingin melihat Iqbal dan Indah disatukan. Namun, ada yang berpendapat, hal peribadi Iqbal tidak sepatutnya menjadi bahan bualan. “Asal mak cik bawang ni sibuk sangat tolong jodohkan? Mak cik bawang jaga baik anak korang je la sibuk hal orang dah kenapa? Dah kata ‘pembantu rumah’ gatal sangat ke mak cik mak cik ni? Iqbal tak sibuk korang pulak sibuk. Yang gatal tu korang.” Terdahulu, Iqbal pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Datuk Seri Vida. Namun, baik Vida mahu pun Iqbal, masing masing tidak mengesahkan apakah status hubungan mereka sehingga ke hari ini. Sumber, Gempak

Ini Antara Keputusan Muktamad Untuk Hidupnya, Iqbal Tampil Dedah Sesuatu Tentang Hubungannya Dengan DSV

Sentiasa dihujani dengan pelbagai persoalan mengenai status terkini hubungannya bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida. Penyanyi dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli akhirnya tampil bersuara memberikan penjelasan menerusi Instagram Stories miliknya.

“Ini Adalah Keputusan Muktamad..”

Menurut Iqbal, dia sudah tidak mempunyai apa-apa lagi hubungan dengan DSV dan menegaskan ia adalah keputusan muktamad untuk hidupnya. “Tidak putus orang bertanya hubungan saya dengan Dato Seri Vida. Di sini saya jelaskan, tiada apa-apa hubungan lagi antara saya dengan beliau. Tidak bergaduh tetapi saya tidak boleh teruskan lagi. Ini keputusan muktamad untuk hidup saya.”- Jelas Iqbal.

Harap Hentikan ‘Kontroversi’ Hubungannya Bersama DSV

Dalam pada itu, Iqbal turut berharap agar kontroversi hubungannya bersama DSV dapat dihentikan. “Berharap kontroversi ‘hubungan’ saya dengannya dihentikan. Ini janji saya kepada semua, tidak akan ada lagi hubungan yang lebih selain kawan biasa. Saya tidak mahu bazirkan masa.”-Tulis Iqbal. Terdahulu, nama Iqbal dan Vida menjadi perhatian selepas hubungan mereka ditentang oleh anak DSV, Cik B yang mendedahkan bahawa beliau dan Iqbal tidak sehaluan dan sering bergaduh. Sumber, Murai.my

Ramai Yang Cakap Iqbal Terlalu Yakin, Iqbal Dedah Nak Ganti Justin Bieber Menyanyi Di Konsert

Baru-baru ini, kecoh di laman sosial mengenai perkhabaran sedih yang disampaikan oleh penyanyi antarabangsa, Justin Bieber yang mengakui kini sedang menghidap s1ndrom Ramsay Hunt. Merupakan sindrom yang mengakibatkan lvmpuh sebelah wajah, Justin kemudian mengambil keputusan untuk menunda konsert jelajahnya di beberapa buah bandar dan hal itu sekaligus mengejutkan ramai peminat di Malaysia.

Begitupun, lain pula ceritanya selebriti media sosial dan penyanyi kontroversi, Iqbal Zulkefli. Menerusi ruangan komen di akaun Facebook sebuah portal hiburan, Iqbal secara sukarela memberitahu yang dia sedia untuk menggantikan Justin Bieber menyanyi untuk rakyat Malaysia.

“Tak apa, saya ada boleh ganti. Nak dengar lagu apa? Tulis siap-siap jangan last minutes baru nak bagi list ya,” tulis Iqbal. Hal tersebut bagaimanapun menimbulkan cemvhan dalam kalangan warganet yang rata-rata tidak bersetuju dengan kenyataan ‘berani m.ti’ itu. “Konfiden itu penting, tapi kesedaran dalam diri pun penting.” “Saya nak booking awak untuk upacara panggil hujan. Tempat saya kemarau, tanaman semua tak menjadi. Kot-kot dengan nyanyian merdu awak boleh menyebabkan ribvt p3tir kat sini.” “Takut takda orang hadir ke konsert Iqbal.” “Sebenarnya Iqbal ni ada bakat yang sangat terpend4m, saya syorkan Iqbal pendam je bakat yang sangat terpendam tu.”

Untuk makluman, Sindr0m R4msay Hunt (herpes zoster oticus) berlaku apabila wabak kayap menjejaskan saraf muka berhampiran salah satu telinga anda. Selain ruam kayap yang menyakitkan, sindrom Ramsay Hunt boleh menyebabkan lumpuh muka dan kehilangan pendengaran pada telinga yang terjejas. Sindrom Ramsay Hunt disebabkan oleh virvs yang sama yang menyebabkan cac4r air. Selepas cacar air hilang, virvs itu masih hidup dalam sar4f anda. Beberapa tahun kemudian, ia mungkin diaktifkan semula dan apabila ia berlaku, ia boleh menjejaskan saraf muka anda. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.