Ifa Raziah berhabis sampai RM100k untuk beli emas, sekali ramai yang tampil tanya sesuatu

Viral

Artis serba boleh Ifa Raziah menjadi bualan ramai apabila aksinya berbelanja lebih RM100,000 untuk membeli emas baru-baru ini tular di media sosial. Dalam video yang dikongsikan pengguna di TikTok, pelantun lagu Panas itu berkunjung ke sebuah kedai emas sambil menyuai padan beberapa utas rantai leher, gelang dan pelbagai bentuk cincin. Tiada rasa cembvru, malah ramai dalam kalangan warganet meluahkan rasa gembira dan syukur dengan rezeki yang dimiliki Ifa.

“Banyak duit dia, bestnya. “Syukur.. Semoga rakyat Malaysia jadi kaya semua amin. “Rezeki dia. Rezeki kami dapat lihat dan jadikan ini inspirasi. “Wow! Nak seketul boleh? Alhamdulillah rezeki dia,” tulis beberapa pengguna. @kedaiemasrozitaipoh@MissDivaifaraziah. Namun, ada juga yang turut tinggalkan komen-komen nakal mempertikaikan citarasa Ifa memilih barangan kemas yang bersaiz besar.

“Pakai masa bila ye kalau rantai leher macam tu? “Boleh tahu tak apa yang best pakai yang besar ya? Tengok orang pakai macam tak ada apa, rilek je. Kalau aku pakai besar sikit dah takut, macam tak sesuai pun ada,” komen beberapa warganet.

Tampil menjawab semula pertanyaan terbabit, ada yang menyifatkan ia sebagai salah satu pelaburan dan kepuasan sendiri. “Mereka (artis) ada banyak event bang. Dia pakai hari-hari. “Pakai depan cermin je, saya kalau barang kemas besar-besar ni takut. “Selalu bising kat mak suka beli besar-besar ni. Entah nak pakai bila. Alih-alih simpan macam tu je, cukup tahun bayar zakat,” tulis beberapa pengguna. Sumber, Gempak

Ifa Raziah Luah Akur Dengan Keputusan Yang Juri Tetapkan, Ifa Percaya Ada Rezeki Lain Yang Allah Akan Bagi

Memang tak asing lagi kita dengan penyanyi ini. Meskipun sudah menunjukkan perubahan menerusi persembahan sehingga meraih komen positif pihak juri, namun ia masih belum cukup untuk menyelamatkan Ifa Raziah daripada menjadi peserta pertama tersingkir di program realiti, Terpaling Juara. Menurut Ifa, dia akur dengan keputusan tersebut kerana merasakan dirinya sudah memberikan yang terbaik sepanjang menyertai program terbabit. “Saya akur tersingkir pada minggu ini. Tadi Datuk Hattan ada berjumpa dengan saya dan dia mengatakan, undian online saya rendah tetapi markah daripada pihak juri adalah tinggi.

Katanya “Mungkin para peminat saya semua hadir ke sini malam ini dan mereka tak sempat nak mengundi. Bagaimanapun, saya dah buat yang terbaik. Saya dah kata sejak awal, sama ada tersingkir atau mara ke pusingan akhir, saya tetap Ifa Raziah. “Rezeki Allah itu luas dan bukan di sini sahaja. Dekat luar sana ada banyak lagi rezeki lain. Mungkin Allah nak tunjuk yang perjalanan saya hanya sampai di sini sahaja tapi dia nak bagi lebih lagi daripada apa yang saya dapat di sini,” katanya kepada MH.

Ifa yang membawakan lagu Purnama dendangan asal kapten pasukannya, Naim Daniel berkata sedemikian selepas tamat saingan Terpaling Juara, malam tadi. Katanya lagi, dia akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa walaupun ada pihak yang bergembira dengan penyingkirannya itu. “Semua ini bukan pengakhiran tetapi satu permulaan yang baru dan baik untuk saya. Mungkin ada yang ketawa, bertepuk tangan atau bersorak kerana saya tersingkir tatapi ia tidak mematahkan semangat saya.

Selanjutnya kata Ifa“Saya tetap di sini, berdiri teguh dan masih relavan di dalam industri. Orang masih lagi memanggil saya untuk buat persembahan, berlakon dan mengacara. Yang ketawakan saya itu, hidup mereka masih sama sahaja. “Saya okay sahaja bila ada orang yang tak suka atau membenci saya. Saya berterima kasih kerana mereka ini yang memberikan promosi percuma kepada saya. “Terima kasih kerana kini saya makin dikenali, diperkatakan dan dipertikaikan. Reda itu penting. Kalau tak reda, hati kita tak akan tenang,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ifa turut menyifatkan minggu ini sebagai minggu yang penuh hikmah di dalam hidupnya. “Saya sifatkan minggu ini sabagai minggu yang penuh hikmah. Pertama, saya dapat mengenali guru vokal, Shaffiq Erwin secara lebih dekat. Saya juga minta dia sendiri untuk betulkan kelemahan nyanyian saya. “Yang kedua, pendakwah, Ustazah Asma Harun datang sendiri berjumpa dengan saya setelah menyelar diri saya sebagai seorang yang istijraj. Seorang pendakwah datang memohon maaf kepada saya. “Mungkin pada mata orang saya ini hina tapi mungkin tidak dipandangan Allah SWT,” akhirinya.

Terdahulu, pada konsert minggu keempat ini, penyanyi, Hazami seakan bangkit daripada tidur apabila persembahan mantapnya menerusi lagu Mewangi dipilih sebagai persembahan terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000. Terpaling Juara dihoskan oleh gandingan pengacara Shiha Zikir dan Haziq Hussni manakal posisi juri tetap pula disandang oleh dua penyanyi lagenda tanah air iaitu Datuk Hattan dan Fauziah Latif. Sumber, media hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published.