Ada yang tertanya sama ada tak risau ke dedah wajah anak, tapi ini pula jawapan Elisya Sandha buat ramai tampil puji

Viral

Cahaya mata perempuan Nur Elisya Sandha dan Uzair Haqimy ini cukup bertuah kerana dijaga dengan penuh kasih sayang. Bukan saja daripada kedua-dua ibu bapanya malah datuk dan nenek serta orang sekeliling. Alhamdulillah, rezeki Bunga Elhaq binti Uzair Haqimy! Selamat dilahirkan pada 18 Jun 2022 jam 8.40 pagi dengan berat 3.25 kilogram, proses kelahiran bayi comel ini berjalan lancar dan sangat dinanti-nantikan keluarga tersayang. Istimewanya, nama Bunga itu sendiri dipilih oleh nendanya iaitu Sheila Rusly. Sementara nama Elhaq pula diambil daripada gabungan nama ibu bapa, Elisya dan Haq.

Ibu mentua Elisya, Sheila turut meluahkan rasa syukur dan teruja menimang cucu pertama sekali gus menerima kehadiran ahli baharu dalam keluarganya itu. Sebelum itu dia mend.edahkan bermimpi cucunya lahir dan terus memberikan nama, namun menyatakan perkara itu hanya akan dikongsikan Elisya sendiri bersama suaminya selepas kelahiran si kecil. Semoga Bunga Elhaq membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah buat kedua-dua ibu bapa.

Tunjuk Wajah Bunga El Haq

Pelakon Elisya Sandha berkata dia dan suami tiada masalah untuk menunjukkan wajah anak mereka di media sosial. Kata Elisya atau nama sebenar Nur Elisya Sandha Hassan, 23, dia percaya warganet akan doa yang baik-baik sahaja buat puteri sulungnya itu. Bagi Elisya masing-masing ada hak sendiri, kalau saya tak nak tunjuk gambar Bunga pun boleh je tak nak tunjuk! Tapi bagi saya, mungkin ada orang di luar sana menghadapi hari yang sangat sukar tiba-tiba tengok gambar Bunga mereka rasa senang dan sekurangnya buat mereka tersenyum.

“Saya percaya mereka di luar sana yang melihat Bunga mereka akan doa yang baik-baik sahaja untuk Bunga,” katanya. Untuk rekod, Elisya berkahwin dengan Uzair Haqimy Azman pada 21 Ogos tahun lalu. Mereka dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Bunga Elhaq pada 18 Jun lalu. Sumber, Online Malaya

Elisya Sandha Dikatakan Over Sebab Puji Suami, Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Respon Tuan Badan

Semenjak hadirnya cahaya mata sulung pasangan Elisya Sandha dan Uzair Haqimy yang diberi nama Bunga Elhaq, aktres itu dilihat begitu gembira malah seringkali memberi ucapan penghargaan buat suaminya menerusi beberapa hantaran di Instagram. Namun, tindakan Elisya itu nampaknya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang mengatakan dirinya ‘over’. Malah, warganet menyifatkan pengorbanan waktu tidur dan cara penjagaan anak itu sememangnya perkara normal yang dilakukan oleh pasangan yang baru sahaja menerima kehadiran cahaya mata. Enggan mengambil pusing perkara remeh yang dibangkitkan warganet, Elisya lebih senang mengambil langkah berdiam diri dari mengendahkan kritikan tersebut.

Menurutnya, selagi mana perkongsiannya itu tidak bersifat negatif maka, ia bukanlah satu hal yang besar yang harus difikirkan oleh beliau dan keluarga. “Jadi, saya bukan mahu mendabik dada dan memeningkan kepala memikirkan kata sinis warganet atau yang berbaur negatif. Saya tak memerlukan justikasi mereka dalam hal ini. “Saya juga percaya ruang menulis dan berkongsi apa saja bentuk perkongsian di media sosial tidak memerlukan pandangan mereka.“Saya anggap luahan itu adalah bentuk dedikasi jujur. Mereka juga boleh melakukan perkara sama. Tapi ia terpulang kepada terjemahan org lain yang mungkin fikir ia seperti poyo atau apa saja tafsiran negatif,” katanya. Terdahulu, Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Hassan, 23, bersama suami dan pihak keluarga telah mengadakan majlis aqiqah anak perempuannya pada Hari Raya Aidiladha yang lalu.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Elisya menyifatkan 2022 adalah tahun pengorbanan paling besar kerana dia telah berjuang melahirkan Bunga Elhaq pada 18 Jun lalu. Kata Elisya, penghargaan untuk suami tercinta juga harus diberikan kerana rajin membantu menjaga anak mereka terutama pada shif malam. Melahirkan anda adalah pengorbanan yang paling besar untuk mummy. Pengorbanan daddy anda bangun setiap malam untuk tukar lampin dan susukan anda serta pengorbanan ramai orang untuk jayakan majlis aqiqah anda hari ini. Masya-Allah anak mummy ini sangat bertuah. Ramai orang sayang. Dalam pada itu, adik kepada aktres Fasha Sandha berharap anaknya akan menjaga hati orang ramai serta menghargai pengorbanan apabila sudah besar nanti.

Apabila kamu sudah semakin membesar dan pandai membaca saya mahu anda membaca mesej dan ingat pesan mummy. Jagalah hati orang yang sayangkan anda. Hargai pengorbanannya, terimalah kekurangannya. Jangan sia-siakan keikhlasannya sebab anda tak tahu Bunga betapa untungnya anda di mata orang lain kerana anda memilikinya. Perkongsian itu turut memaparkan wajah Bunga Elhaq buat kali pertama kepada umum. Rata-rata wargamaya teruja dan memuji kecomelan cucu kepada penerbit dan pelakon terkenal Sheila Rusly. Masha-Allah. Comeynya Bunga Elhaq. Semoga menjadi anak yang solehah, berbakti kepada kedua orang tua kelak. Indahnya ciptaan Allah. Semoga Bunga Elhaq membesar dengan sihat… Berjaya dunia akhirat menjadi penyejuk hati ibu ayah. Amin. Sumber, Twitter, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.