Baru beberapa hari pergi menghadap illahi, kali ni anak kandung Aman Shah tampil buat pendedahan ini

artis

Dunia hiburan dikejutkan dengan khabar duka pelakon dan penyanyi era 80-an, Aman Shah, 68 tahun, menghembuskan nafas terakhir selepas melakukan operasi di Institut Jantung negara (IJN). Khabar duka itu disahkan anak saudaranya, Muhammad Naufal Abdul Latif kepada BH Online. Difahamkan arwh sudah lebih setahun menghidap sakit kencng mans dan jntung malah pernah berdepan beberapa srngn jantung termasuk dirumahnya dua minggu lalu. Untuk info, pada era 1980 dan 1990-an bakat nyanyian dan lakonan Aman Shah atau nama sebenarnya Aman Shah Abdul Kassim cukup disanjungi. Lagu popular yang menjadi siulan ialah Adikku Pandai Menari, manakala setiap kali menjelang Syawal, lagu Kepulangan Yang Dinanti pasti menjadi pilihan utama corong-corong radio.

Memiliki personaliti menarik, tinggi lampai dan berwajah tampan menjadikan jejaka kelahiran Johor Bharu itu laris di layar lebar. Filem Drh Satria lakonannya pasti membangkitkan semangat anak muda menyertai kerjaya sebagai prajurit bagi sesiapa yang menonton. Selain itu, Aman Shah juga membintangi filem Cikgu Sayang, Sayang Ibu dan Bas Konduktor. Ketika menyertai program hiburan, Pusparama di Singapura, arwh bertndak sebagai hos dan jatuh cinta pandang pertama kepada Farah Diba yang turut membuat persembahan. Setahun berkenalan, Farah Diba berasal dari Bedok, Singapura ditunangkan bersama arwh pada usia 14 tahun. Mereka bercinta selama enam tahun dan akhirnya, Aman Shah dan Farah Diba bersanding di Bedok Tampines, Singapura selepas bernikah gantung di Jelebu, Negeri Sembilan pada 1980-an. Namun, perkahwinan keduanya tidak kekal lama dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Penyanyi dan komposer dari Singapura, Afrah Athasha, 24, bersyukur dapat bertemu bapanya, Allahyarham Aman Shah pada majlis pertunangannya di Singapura pada 3 September lalu selepas hampir 20 tahun terpisah. Biarpun, ia menjadi pertemuan terakhir, Afrah atau nama pentasnya, Zalelo tetap berpuas hati dapat memperkenalkan tunangnya, selain mempertemukan semula ibu dan arwh bapanya. “Alhamdulillah, saya dapat membawa arw4h yang ditemani adiknya, Datuk Abdul Nasser Abu Kassim ke Singapura. Arwh pun sudah lama tidak datang ke sini. “Saya dan arwh dapat meluangkan masa selama tiga hari. Arwh sempat menemui bakal suami dan ibu selepas sekian lama mereka tidak berjumpa. “Hubungan arwh dan ibu, Alhamdulillah baik-baik sahaja. Sehingga saat ini, ibu tidak pernah berkahwin lain.

“Apa yang saya tahu, arwh adalah cinta pertama dan hanya satu-satunya lelaki dicintai ibu.“Banyak hikmah di sebalik pertemuan ini, segala-galanya sudah Allah atur. Hubungan kami semakin akrab,” katanya. Afrah berkata, dia dan arwh dipertemukan semula, tiga tahun lalu. “Hubungan saya dan arwh kembali rapat sejak 2019. Namun, kami tidak sempat bertemu selepas penularan pandemik COV1D-19, tidak lama kemudian. “Selalunya, kami hanya berbual menerusi panggilan video, tetapi saya tak puas. Alhamdulillah, arwh hadir pada majlis pertunangan saya di Into The Woods@213 Lavender Street, Singapura,” katanya yang ditemui pada majlis pengebumian arwah Aman Shah. Katanya, dia dan arwh banyak berkongsi cerita, apatah lagi, mengejar impian sama bergelar anak seni. “Mulanya, arwh agak bimbang sekiranya saya tidak boleh menempuh hidup sebagai anak seni. Ini disebabkan arwh sendiri melalui banyak kisah baik dan buruk sepanjang bergelar artis.

“Bagaimanapun, saya dapat membuktikan boleh menjaga diri dan tidak terkesan dengan dunia glamor yang menguasai diri,” katanya. Afrah menambah, arwh juga menitipkan banyak nasihat buatnya. “Arwh menyokong kerjaya seni, malah, kami merancang berkolaborasi menerusi lagu Kepulangan Yang Di Nanti apabila saya memasuki pasaran di Malaysia. “Namun, nampaknya tidak sempat. Saya akan selalu ingat pesanan arwh agar pandai menjaga diri, jangan memalukan keluarga dan sentiasa menjadi manusia baik. “Saya tahu dunia glamor boleh mengubah manusia, tetapi pesanan ar.wah menjadi panduan hidup saya,” katanya.

Sempat Bergurau, Terkejut Dapat Panggilan. Katanya, dia datang ke Kuala Lumpur disebabkan menerima tawaran persembahan dan rakaman, semalam. “Saya tahu arwh dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani operasi memasang kateter belon atau sten, semalam (kelmarin). “Namun, saya tak sangka keadaan arwh tiba-tiba menjadi teruk. Ini kerana kami sempat bergurau, arwh beritahu nak balik cepat dan makan sedap-sedap. “Namun, saya terkejut mendapat panggilan meminta saya dan adik-beradik datang segera. Tetapi, arwh pejam mata ketika saya masih dalam penerbangan. Apabila tiba di Kuala Lumpur, telefon saya berdering tidak henti. “Walaupun tidak berada di sisi arwh sebelum menghembus nafas terakhir, tetapi saya dan abang tetap bersyukur dapat menatap wajah arwh buat kali terakhir,” katanya.

Terdahulu, jnzh pelakon filem Darah Satria itu dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai, Cheras untuk penghormatan terakhir, sebelum diuruskan di Tanah Islam Alam Damai, jam 10 malam tadi. Dilahirkan di Johor Bahru, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Adikku Pandai Menari itu tinggalkan enam cahaya mata menerusi tiga perkahwinannya. Sumber, http://www.mediakita.dnq.news/. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.