Zarina Zainuddin kecewa lepas tonton satu rakaman remaja ni, rupanya perbuatan remaja ni seperti persendakan Azil

Viral

Pelakon Zarina Zainuddin meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan tindakan seorang remaja melakukan aksi seolah olah mempersendakan anak aut.1sme di media sosial. Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak aut.1sme, Zarina berkata perkongsian individu berkenaan memberikan kesan terhadapnya sehingga dia mengalami kemvrungan selepas menonton video tersebut.

“Saya dapat video tersebut apabila ada seseorang yang mengirimnya kepada saya dan kemudian saya lihat akaun remaja tersebut di TkT0k. Saya rasa amat sedih sekali. Sebelum itu, menerusi laman Inst.gram Zarina memuat naik video remaja melakukan aksi di luar kawalan seorang anak aut.1sme sama seperti yang sering terjadi kepada anaknya iaitu Azil.

Dalam pada itu, aktres ini turut menjelaskan tindakannya membawa Azil ke sesebuah acara kerana tiada orang yang boleh menjaga di rumah. ” Remaja yang menge.jek kelakuan Azil ini bagi saya sungguh tidak rasa sensitif pada nasib seseorang. Saya bawa Azil ke sebuah majlis, masa pelancaran berlangsung dia okay sahaja sehinggalah dihidangkan minuman bergas. Dia jadi hip.er dan terus mengamvk. Saya minta maaf kepada semua,” tulisnya. Azil yang kini berusia 26 tahun merupakan penghidap autism dan turut memiliki se0rang kembar iaitu Azal. Sumber, Mstar

Dedah Rakaman Azal Melamar Seseorang, Kini Tak Pasal Pasal Zarina Zainuddin Dikritik Ramai

Pelakon Zarina Zainuddin menerima kritikan daripada pengikut media sosial dan warganet selepas membiarkan anaknya, Azal, ‘berlakon’ melamar seorang pelakon bernama Neera Azizi. Menerusi video pertama yang dimuat naik, Azal dilihat seperti menyarungkan cincin pada Neera sambil berkata: “Sudikah awak menjadi isteri saya?” Kenyataan Azal itu kemudian disambut dengan sorak oleh beberapa individu lain yang turut berada di lokasi kejadian sambil mengucapkan tahniah.

Menerusi ruangan kapsyen, Zarina menulis: “Azal melamar si putih melepak katanya @neeraazizi. Sudikah awak menjadi isteri saya. Siapa setuju angkat tangan,” tulis Zarina. Namun, kejadian berkenaan mendapat respons yang negatif dalam kalangan orang ramai. Menerusi ruangan komen, ramai menyifatkan hal tersebut sebagai tidak lucu kerana melibatkan perasaan dan hati insan istimewa.

“Saya ada anak aut.1sm juga. Dan saya tidak bersetuju dengan ini. Anak aut.sm pun ada hati dan perasaan. Jangan berikan dia harapan palsu. Kamu mungkin rasa benda ni macam takda apa. Tapi itu bagi kamu. Tapi besar maknanya bagi anak aut.sm,” tulis seorang warganet.

Begitupun, menerusi sebuah lagi hantaran, Zarina dilihat membidas komen-komen negatif yang ditinggalkan oleh warganet kepadanya. “Apalah korang dia practice berlakon jer. Macam-macam andaian korang buat. Korang ni memang senang terhibur ke atau senang mengkritik? Suka hati korang lah saya lebih kenal anak saya, hari-hari dia berkepit dengan saya. Memang dia ada hati dengan perempuan cantik tapi dia tahu dia sapa. Sebab saya selalu ingatkan dia jodoh azal bidadari dari Syurga, bukan di alam nyata,” kata Zarina. Namun, kenyataan Zarina itu tidak diterima baik oleh warganet. Menurut mereka, Zarina sepatutnya peka sebelum berkongsi sesuatu dan tidak menyalahkan warganet kerana memberikan kritikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.