Minta doakan, kini Tokti dan anak kedua sakit dan ini keadaan terkininya

Viral

Akibat dis.rang batuk-batuk sejak beberapa hari lalu, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini berdepan masalah b.ronkitis atau fludada. Ujar Siti atau nama lengkapnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 42, beliau terpaksa menyerah diri melakukan rawatan imbasan Xray akibat kerap mengalami batuk pada waktu tengah malam. Sekadar info, bronkitis adalah suatu sakit apabila tiub b.ronkial yang membawa udara ke paru-paru anda, dijangkiti dan b.ngkak.

B.ronkitis akut biasa berlaku dalam jangka masa pendek yang sering terjadi selepas j.ngkitan selsema atau v.irus. Gejala ini berlarutan selama beberapa minggu, tetapi biasanya tidak menimbulkan m.asalah sebelum itu. Bronkitis k.r0nik pula sakit ini adalah lebih serius dan berjangka panjang. P.enyakit ini boleh disebabkan oleh faktor persekitaran atau sakit yang sedia ada.

Semoga Cepat Sembuh

“Baik kita buat Xray ya. Tak tahan dah batuk-batuk tengah malam,” kongsinya dalam hantaran InstaStory. Selepas selesai menjalani imbasan Xray sebentar tadi, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu memaklumkan, beliau disahkan mengalami b.ronkitis tahap sederhana akibat kesan jngkitan C.vd19. Disebabkan itu, Siti terpaksa menggunakan inh.aler selain dibekalkan beberapa ubat-ubatan lain.

“Mildbronchitis kesan C.vd19. Kena guna in.haler ya. Semoga cepat sembuh, amin,” tulisnya dalam hantaran berbeza. Sejak beberapa hari lalu, Siti berkongsi keadaannya yang tidak berapa sihat menerusi sebuah video ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun jenamanya, BeauSiti yang ketiga. Siti memaklumkan, suaranya hilang dan kedengaran garau gara-gara batuk berterusan. Pada masa sama, anak keduanya Afwa juga mengalami d.emam dan tidak dapat tidur sehingga turut mengganggu tidurnya kerana berjaga malam.

“Jadi ibu kadang-kadang masa tak cukup, jaga anak. Afwa demam tak tidur, saya pun ikut tak dapat tidur. Hilang suara saya, lagipun memang ada batuk sikit,” katanya dalam video tersebut yang dimuat naik baru-baru ini. Malah keadaan suara penyanyi itu yang tampil membuat siaran langsung dalam Instagramnya empat hari lalu dilihat semakin teruk sehingga menyukarkannya bercakap. Sebelum ini pada Ogos lalu, Siti mendedahkan beliau baru sahaja sembuh daripada dijangkiti C.vd19 selepas pulang bercuti dari London. Sumber, Online Malaya

Anak Tokti Dikatakan Telah Dapat Layanan Istimewa Di Sekolahnya, Kini Tokti Tampil Jawab Dan Dedahkan Perkara Sebenar

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza didkwa mendapat layanan ‘istimewa’ selepas tular sebuah foto uniform sekolah bersulam nama anaknya, Siti Aafiyah. Berdasarkan ciapan yang dimuat naik oleh pemilik akaun @iniAlalalann, dia berkongsi tangkap layar yang diambil daripada Instagram rasmi sekolah terbabit yang memuat naik aksi Aafiyah memakai baju sekolah.

“Haters gonna hate. Pasal uniform ada sulam nama pun nak twist kata dapat special treatment. Padahal, orang tu gigihlah hantar pergi kedai untuk letak nama dekat baju sebab excited anak first nak masuk sekolah. Tiba-tiba kena tuduh tak ada integriti bagai. Podia hang?” ciapnya.

Ciapan terbabit bertujuan untuk membidas tdvhan warganet mendkwa Aafiyah mendapat layanan ‘istimewa’ kerana namanya bersulam di uniform sekolah. “Kat baju tu memang ada print nama ya. Anak saya sekolah di sana sejak 2017, tak ada pula baju print nama,” komen seorang warganet. Menyedari isu tersebut berbangkit, pelantun Aku Bidadari Syurgamu tampil menjawab komen warganet itu dengan menjelaskan Siti menempah jahitan nama di baju anaknya.

“Saya print sendiri… Hantar ke kedai,” ujar Siti.

Nama Siti turut terpalit selepas kontroversi yang membabitkan pempengaruh Azfar Heri didkwa mendapat layanan istimewa setelah menerima banyak pek kacang daripada sebuah syarikat penerbangan, baru-baru ini. Sumber, XTRA

Antara Pemain Piano Paling Muda, Siti Nurhaliza Tampil Kongsi Berita Gembira Sampai Akui Sebak Lihat Anaknya

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui gementar walaupun dalam masa yang sama bangga melihat anak sulungnya, Siti Aafiyah mengadakan persembahan pertama dalam sebuah konsert piano. Kata Siti Nurhaliza Aafiyah antara pemain piano termuda iaitu hanya berusia empat tahun di dalam konsert berkenaan. Berkongsi cerita membahagiakannya itu Siti memberitahu dia sebak melihat anaknya sewaktu bermain piano di hadapan penonton dan tetamu yang hadir semalam.

“Hari ini (semalam) Aafiyah menyertai konsert piano pertamanya. Ibu bila teacher kata Aafiyah ada konsert, ibu yang nervous sebab Aafiyah antara yang paling muda iaitu 4 tahun dan takut dia panic (ibu je over thinking sebenarnya ) Bila makin dekat ibu lagi nervous bercampur excited. Hari ini ibu rasa sebak ketika mula tengok Aafiyah perform, Ayah pun bangga je bila tengok anak dara dia perform sambil lentik-lentik jari tuuu..(Ada gayaa kata Ayah). Semoga Aafiyah dapat menimba segala ilmu dengan baik anakku.. Ibu dan Ayah selalu doakan ye.. Terima kasih teacher yang sentiasa sabar mendidik anak ibu ye..Tahniah untuk majlis hari ini,” katanya.

Pelantun lagu Aku Cinta Pada Mu itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya. Dia yang hadir bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K telah merakam momen indah itu dan dikongsikan di laman sosial. Kemas kini itu mendapat perhatian rakan selebriti serta pengikutnya yang rata-rata memuji bakat yang ada pada Aafiyah. “Bravo Aafiyah ke mana pulak kuahnya tumpah kan,” komen pelakon Tiara Jacquelina. “Paling muda, bijaknya,” pui penyampai radio Sharifah Shahirah. “Kejapnya masa berlalu, sebak tengok,” komen salah seorang peminatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.