Tular dikatakan terima bayaran setengah juta untuk filem baru, kali ni ramai dedah terkejut dengan perubahan terkini Shaheizy Sam

Viral

Kredibiliti pelakon terkenal, Shaheizy Sam dalam melakonkan sesuatu watak tidak perlu dipertikaikan. Deretan filem yang dibintangi membawa namanya di puncak kegemilangan. Lebih membanggakan apabila kebanyakan naskhah itu menjadi filem pecah panggung selain turut melayakkannya dinobatkan dengan pelbagai anugerah. Kerja keras dan komitmen yang diberikan Shaheizy Sam, 40, atau mesra disapa Sam dalam sesebuah filem antara resipi kejayaan hingga menjadikan dia pelakon yang berada dalam kelas tersendiri. Terbaharu, Sam bakal muncul dalam filem MalbattMisi Bakara yang dijangka ditayangkan pada Ogos tahun depan.

Pemakanan Kena Jaga

Pelakon, Shaheizy Sam merasakan bayaran yang diterima untuk berlakon di dalam filem aksi ket.enteraan, Malbatt Misi Bakara adalah tidak keterlaluan dan bersesuaian dengan usaha k.erasnya bagi menjayakan naskah tersebut. Menurut Sam, bayaran berkenaan bukan hanya tertumpu kepada kualiti lakonannya semata-mata tetapi turut melibatkan persediaan daripada aspek fizikal dan m.ntal.

“Saya tidak merasakan bayaran saya ini mahal cuma berdasarkan pengalaman berlakon sejak sekian lama dan usaha 110 peratus saya yang pihak produksi pun dah tahu, rasanya berbaloi dengan harga. Nak kata saya demand, tidaklah saya nak minta sampai RM 500,000 untuk sebuah filem. Bagi saya, ia kena berbaloi dengan hasil kerja saya. Bila pihak produksi perlukan saya untuk membina badan yang segak, ada kosnya untuk saya dapatkan bentuk badan sebegitu. Badan segak ini bukan hanya sekadar latihan di gim sahaja tetapi pemakanan juga kena jaga. Banyak aspek yang harus diambil kira. Wang tersebut bukan hanya untuk kerja kreatif sahaja tetapi turut merangkumi persediaan saya secara keseluruhan,” katanya.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Syatilla Melvin ini turut mend.edahkan dirinya juga berdepan cabaran yang agak berat untuk menurunkan berat badannya kali ini. Bila dua tahun berehat, asyik duduk rumah dan makan pun tak ingat dunia, saya terpaksa latih diri secara allout sebaik sahaja saya tanda tangani kontrak dan diberikan skrip. Sejujurnya, bila hampir menjangkau usia 40an ini, saya rasa usaha untuk mendapatkan badan segak ini dan jadi dua kali ganda. Masa buat filem Polis Evo dulu, bagi saya masa 20 hari atau sebulan, semuanya akan selesai. Tapi kali ini agak sukar kerana mungkin metabolisme saya dah berubah. Kali ini nak turunkan berat badan tu, rasanya lambat sangat.

“Jadi, saya putuskan untuk kekalkan berat badan seperti ini kerana kalau naik lagi, saya tak tahu sama ada saya mampu turun lagi atau tidak,” ujarnya lagi. Pada masa sama, Sam akui watak Kopral Ramlee sedikit sebanyak telah memberikan kesan yang mendalam buat dirinya lebih-lebih lagi bila mengenangkan perjuangan t.ntera Malaysia yang bert.rung n.yawa demi menjaga keamanan dunia.

“Sebelum ini, mungkin kita tak pernah tahu kisah sebenar yang terjadi kepada askar kita di Somaliapada tahun 1993. Kita hanya nampak kisahnya daripada filem BlackHawk Down. Orang Hollywood sudah tentu mahu menggambarkan mereka ini seperti hero sebenar. Bila saya letakkan diri saya dalam watak ini, saya sendiri tak dapat bayangkan macam mana kalau benar-benar saya berada disituasi itu.

“Watak Kopral Ramlee ini merupakan watak sebenar yang difiksyenkan. Apa yang dilalui oleh Kopral Ramlee ini amat meng.erikan. Beliau adalah antara perjuang yang hebat dalam misi ini,” akhirinya. Terdahulu, filem arahan Adrian Teh ini dijangka bakal ditayangkan pada Bulan Kemerdekaan tahun hadapan. Selain Sam, filem aksi tersebut turut dibintangi Hairul Azreen, Adlin Aman Ramlie, Bront Palare, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Gambit Saifullah, Dafi Ismail Sabri, Safwan Nazri, Nafiez Zaidi, Taufiq Hanafi dan Theebaan G. Sumber, Online Malaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.