Nasihatkan kaum wanita lebih berani ambil tindakan pada orang ketiga, sekali ini penjelasan Puteri Sarah

Viral

Pelakon Puteri Sarah menasihatkan kaum wanita di luar sana agar berani mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka. Ujar pelakon itu, sebagai wanita dan juga isteri, mereka tidak seharusnya membiarkan kepala dipijak oleh orang ketiga yang mengganggu keharmonian sesebuah rumah tangga.. Puteri Sarah, 37, berkata demikian sebagai responsnya terhadap satu kiriman mesej dalam Instagram daripada seorang wanita yang bertanya tentang prosedur undang-undang terhadap orang ketiga.

“Bertabahlah wanita-wanita di luar sana. Ramai mesej saya. Tolong ambil tindakan untuk diri sendiri. Jangan bagi kena pijak kepala dengan orang ketiga,” tegasnya. Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu menghantar mesej tersebut dengan mendedahkan, rumah tangga abang dan kakak iparnya goyah dek gangguan orang ketiga. Dia yang mewakili kakak iparnya bertanya kepada pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu jika ada mana-mana prosedur undang-undang sivil yang boleh dikenakan terhadap orang ketiga.

“Ada tindakan s.vil. Kalau awak ikut kes saya, saya ambil dua tindakan undang-undang. S.vil dan syariah. Untuk s.vil, saya dapat perintah injuksi sebab dia kacau tanpa henti,” jawab Puteri Sarah. Pada 30 Jun lalu, ibu kepada dua cahaya mata itu memfailkan saman terhadap seorang wanita yang didkwa mengganggu rumah tangganya sejak empat tahun lepas.

Malah, dia juga mendapatkan perntah interim injuksi kepada pihak defendan agar berhenti meluah atau menyebarkan sebarang gangguan dalam media sosial. Pergolakan rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof berlarutan sejak empat tahun lalu selepas wanita itu mengganggunya bermula 2019. Susulan itu, Puteri Sarah mengakui tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul yang dikahwininya sejak 2014. Sumber, K!Online

Tampil Dedahkan Apa Yang Bapa Mertua Cakap Padanya Tiap Minggu, Dan Ini Pendedahan Dari Puteri Sarah

Kemelut rumah tangga yang dihadapi pelakon, Puteri Sarah Liyana dengan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof bukan lagi satu rahsia. Terbaharu, Puteri Sarah mendedahkan bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam tidak pernah lupa untuk menghantar mesej dukungan dan semangat pada setiap minggu.

Kata Puteri Sarah, 36, itu adalah salah satu kekuatan buat dirinya untuk tidak cepat mengalah dalam meneruskan kehidupan. Setiap minggu mesti dapat WhatsApp semangat daripada bapa mentua saya. Ini adalah salah satu perkara yang menjadi pembakar semangat Sarah untuk tidak pernah berputus asa dalam kehidupan.

Sentiasa berdiri teguh

Dalam hantaran di Instagram Stories, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik tangkapan skrin (screenshot) perbualan bersama Yusof Haslam. Pelakon drama Sabarlah Duhai Hati juga memberitahu yang dia menerima tawaran berlakon daripada sebuah stesen televisyen dan perlu ‘outstastion’ ke New Zealand selama sebulan pada November ini.

Yusof Haslam yang juga merupakan pengarah dan penerbit tersohor menegaskan dia dan isteri, Datin Fatimah Ismail serta keluarga akan sentiasa berada di sisi Puteri Sarah dan anak-anak. Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran Ira Kazar. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul. Sumber, Oh Bulan

Suri Rumah Mengadu Baru Habis Pantang Tapi Ada Orang Ketiga Yang Ganggu, Sekali Puteri Sarah Tampil Dedahkan Sesuatu Buat Ramai Setuju

Kontroversi yang melibatkan rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana masih belum selesai. Baru baru ini, Puteri Sarah mengesahkan Ira Kazar yang didkwa mempunyai hubungan dengan suaminya sudah dipanggil bagi memberi keterangan kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) minggu lalu.

Suami dah cvrang empat bulan

Terbaharu, Puteri Sarah, 37, mendedahkan menerima kiriman mesej (DM) di Instagram daripada seorang wanita yang sedang di uji masalah rumah tangga. Menurut wanita yang tidak diketahui identitinya, dia mendapat tahu suaminya berlaku cvrang sejak empat bulan lalu selepas membaca perbualan di aplikasi WhatsApp. Dkwa wanita yang baru habis pantang, dia telah dihna luaran dan dalaman dengan penynd.ol.

Kesian dan g3ram

Bersimpati dengan nasib wanita terbabit, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menggesa untuk melakukan laporan polis. Kata pelakon drama Melastik Ke Hatimu, negara ada undang undang jadi tak perlu takut dengan orang ketiga. Apa yang dia hna awak tu pergi buat laporan polis. Kita ada undang undang. Gunakan! Jangan takut dengan orang ketiga!

Terdahulu, pada 18 Ogos lalu, media melaporkan Ira Kazar ditahan JAWI. Sebelum itu, pada 20 Ogos lalu media turut melaporkan Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga. Ira disiasat ber.dasarkan S3ksyen.38 Akta Kesalahan J3n4yah Syariah (Wilayah.Wilayah Persekutuan) 1997. Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof did4kwa dilanda masalah di sebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul. Sumber, Awattsyeikh.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.