Keluarga terbang ke Jakarta sempena ulang tahun kelahiran Ashraf, sekali ini pula luahan ibu buat ramai yang sebak

artis

Ibu kepada pelakon Ashraf Sinclair, Dida Sinclair meluahkan rasa rindu apabila berkesempatan melawat psra anak lelakinya itu di Jakarta pada hari ulang tahun kelahiran Ashraf. Menerusi laman sosial Instagram, Dida atau nama sebenarnya Khadijah Abdul Rahman memuat naik foto ketika berada di psra anaknya itu bersama seluruh ahli keluarga untuk tatapan umum. “Al-fatihah untuk almarhum Ashraf. Umi dan daddy berada di sini bersempena hari ulang tahun kelahiran Ashraf. Noah memimpin bacaan surah Yassin, bersama seluruh keluarga tercinta di Jakarta. “Umi tidak pernah terlepas membacakan doa untuk Ashraf ditempatkan ke dalam syurga. Amin,” tulisnya. Di samping itu, isteri kepada Ashraf yang juga penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari turut berkongsi momen sedih tersebut di laman Instagram miliknya.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan doa buat Ashraf. Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada November 2008. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Sinclair yang kini berusia 12 tahun. Pada 18 Februari tahun lalu, Ashraf, 41, menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia kira-kira pukul 4 pagi kerana srngn jantung. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.