Tengah sebak kehilangan adik, sekali kawan selamba minta surat kehilangan arwh adik gara gara nak mengelak dari sesuatu ni

Viral

Gambar sekadar hiasan

Bagaikan sudah hilang rasa simpati dalam diri, seorang rakan sanggup meminta salinan sijil kem.4tian ahli keluarga orang lain demi kepentingan diri sendiri.

Tak hormat sensitiviti keluarga

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Asyraff berkongsi tangkap layar perbualan rakan arwh adiknya yang meminta salinan sijil kem.tian. Salinan sijil kem.tian itu dipercayai ingin diberikan kepada pihak pusat pengajian sebagai ‘alasan’ untuk tidak menghadiri kelas. Kalau kau emergency, kenapa nak pakai surat m.ti orang lain. Otak letak mana? Kau tak reti hormat orang baru pergi ke? Kau ingat ni klinik ambil MC ke? Asyraff yang baru saja kehilangan adik lelakinya memuat naik tangkap layar perbualan mereka kerana menganggap tindakannya sebagai tidak menghormati sensitiviti dan perasaan keluarganya yang masih belum mengetahui keputusan akhir dari pihak hospital.

Akui salah guna ‘tone’

Selepas mendapat perhatian dari warganet, salah seorang pengguna Twitter membuat balasan dengan mengatakan bahawa tujuan wanita itu meminta surat kem.tian adalah kerana adiknya merupakan kawan kepada arwh dan ingin berjumpa sebelum diuruskan. Dia minta surat kem.tian tu sebagai bukti kepada pihak kolej sebab sepatutnya dia daftar masuk kolej hari yang sama tapi dia nak jumpa arw.h buat kali terakhir. Ujarnya lagi, wanita itu juga telah memohon maaf kepada kakak arw.h dan mengakui salahnya kerana tidak menghormati perasaan keluarga mereka. Difahamkan ahli keluarga sudah pun memaafkannya dan mengharapkan agar perkara itu tidak berulang lagi. Sumber, Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.