Tunjuk rumah baru 4 tingkatnya kini, ini yang Janna Nick dedah

Viral

Selebriti popular, Janna Nick, menjadi tumpuan warganet apabila berjaya mengumpul aset hartanah pada usia muda dengan memiliki kediaman kedua. Ketika dihubungi, Janna, 27, bersyukur apabila berjaya membeli rumah sekali lagi biarpun memakan masa selama dua tahun. Pemilik nama Nurul Jannah Muner berkata rumah kedua ini sangat berbaloi pelaburannya kerana lebih mewah untuk keselesaan keluarga.

Dua tahun proses saya nak mencari rumah yang sesuai. Alhamdulillah, jumpa juga yang bersesuaian dan bagi saya paling berbaloi. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur tapi tetap nak kena kerja keras lagi. Sebab semakin banyak komitmen, makin bertambah la kerja.

Untuk keselesaan keluarga

Dalam pada itu, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 memberitahu rumah mewah itu merupakan persediaannya untuk membesarkan keluarga. Teman wanita kepada aktor Dini Schatzmann ini menjangkakan akan pindah masuk pada penghujung tahun hadapan. Mungkin persediaan untuk membesarkan keluarga. Saya pilih pun untuk keselesaan keluarga saya yang ramai. Adik-adik lagi, mak semua nanti tinggal sekali.

Sekarang rumah itu belum lagi diubah suai… kena tunggu siap ubah suai sepenuhnya barulah pindah masuk. Mungkin hujung tahun hadapan. Terdahulu, pelantun lagu Gatal itu berkongsi video ruang dalam rumah empat tingkat miliknya yang juga mempunyai lift di Instagram (IG) miliknya. Untuk info, Janna Nick telah membeli rumah pertamanya yang bernilai kira-kira RM1 juta pada 2017. Sumber, Awattsyeikh.com

Janna Nick Teruk Kena Kritik Dengan Warganet Sebab Kantoi Miming Di Persembahan Aim, Tak Boleh Berdiam Sekali Tuan Badan Tampil Jelaskan Situasi Sebenar

Kemunculan penyanyi Janna Nick mendendangkan lagu popularnya, Gatal di pentas Anugerah Industri Muzik ke 23 (AIM23) menerima kritikan hebat penonton. Janna dikatakan menyanyi secara miming pada persembahan sulungnya di pentas berprestij itu kerana nyanyiannya dikatakan sempurna tanpa kecacatan. Rata-rata berpendapat Janna tidak sepatutnya miming terutamanya pada acara muzik besar seperti AIM sehingga membuatkan acara itu kelihatan murah. “Janna Nick miming ke? Asal sedap sangat? Mengapa dia tak menyanyi live dalam acara muzik? “Kalau Janna boleh lip sync di AIM, saya bimbang tahun depan Aliff.Syukri turut mengadakan persembahan. “Saya tidak tahu pula AIM kelihatan murah selepas membenarkan Janna Nick menyanyi pada acara itu,” komen warganet di Twtter.

Sementara itu, ada pula berpendapat Janna memang sepatutnya miming menerusi persembahan itu kerana sekiranya dia menyanyi secara langsung ia mungkin akan memalukan dirinya sendiri. “Bagus Janna Nick pilih jalan selamat dengan miming. “Mujur Janna miming, kalau tak confirm langit pun meratap menangis hujan sebab terkejut dengan dia menyanyi,” k0men Warganet yang lain. Pada acara itu, Gatal me.bawa pulang trofi kategori Muzik Video Terbaik arahan Chuan L00i. Janna Nick Mohon Maaf, Ada Masalah Kesihatan. “Saya minta maaf kerana di anggap memalukan AIM23 kerana miming di pentas anugerah berprestij #AIM23 . “Peluang untuk menyanyi di pentas besar itu sebaris dengan penyanyi penyanyi hebat tanah air adalah satu impian yang memang dah lama saya impikan . “Ketika pertama kali ditawarkan saya sangat berbesar hati. “Akan tetapi sejak saya dijangkiti influenza 2 minggu lalu. Kesihatan saya amat terganggu. Saya meneruskan penggambaran #melastikkehatimu2 ,kerja kerja di jakarta & memenuhi undangan di Singapura walaupun telah dinasihati oleh doktor untuk berehat.
Tanpa saya sedar pilihan saya memakan diri.

“Thanks to @warnermusicmy @efryarwis @sabrina.azman sebab sama sama usaha kembalikan suara saya. Segala kesulitan amat saya kesali,”-JANNA NICK. SUMBER, MSTAR 0NLINE. Apa Pendapat Anda, Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggung.jawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung.jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.