Leona sambung pengajian ke UK, Azhar Sulaiman tampil titipkan pesanan ini buat anaknya

artis

Sebut sahaja nama Kasih Iris Leona, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman sering menjadi perhatian kerana penampilannya yang agak seksi sehingga mengundang rasa kurang senang warganet. Umum mengetahui, Leona sudah pun berlepas ke UK untuk menyambung pengajian di sana. Malah, Leona berkongsikan videonya menangis-nangis kerana tidak bersedia untuk tinggalkan Malaysia. Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Facebook, bapa kepada personaliti media sosial itu ada berkongsikan momen perpisahan dengan Leona dan seorang lagi anaknya iaitu Andika Rees Pahamin. Difahmkan, Leona akan mengambil jurusan pengurusan manakala kembarnya itu pula akan mendalami ilmu Undang-undang Maritim.

Menerusi satu entri, Azhar turut menitipkan pesanan kepada anak-anaknya itu supaya rajin belajar serta tidak tinggalkan solat. Kata Azhar lagi, dia tidak sedih anak-anaknya belajar di luar negara kerana mereka sudah biasa menggembara. Namun apa yang lebih menjadi perhatian, Azhar berharap supaya anaknya itu akan tampil dengan imej baru dalam tempoh tiga tahun memandangkan cuaca di sana sejuk. “Mami tak rasa sedih sangat mungkin sebab dorang dari kecik dah biasa travelled all over the world sebab sertai event Jamboree Pengakap /Girl Guides Dunia. “3 tahun tak lama dan cukup masa untuk Leona balik dengan Image baru….UK kan sejuk…..hahahahaa,” seloroh Azhar. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, Rotikaya

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.