Pelakon Erin Malek ‘ditegur’ warganet apabila memuat naik beberapa keping gambar tidak mengenakan tudung ketika bercuti bersama keluarganya baru-baru ini. Menerusi akaun Instagram, Erin berkongsi beberapa keping gambar ketika bercuti di Korea bersama suami dan dua orang anaknya buat tontonan umum. Bagaimanapun, gambar tersebut mengundang cakap nakal warganet apabila Erin dilihat tidak mengenakan tudung tetapi sekadar memakai topi dan terlihat rambutnya. Menjengah ke ruangan balas, beberapa warganet mempersoalkan adakah Erin benar-benar sudah tidak bertudung atau sebaliknya. Malah, tidak kurang juga yang memandang dari sudut positif dan mendoakan Erin untuk terus beristiqomah. @tiezwa: “Sekejap pakai tudung sekejap tak, huhu.” @amieyraghazali: “Tudung mana tudung? Semoga istiqomah.” @ruantebella: “Doakan yang baik-baik sahaja,” antara komen yang ditinggalkan wargamaya. Sumber, Gempak


Harap Erin Malek kembali bertudung. SERONOK betul tengok ramai kenalan sudah mula keluar bercuti ke luar negara, maklumlah selepas lama terkurung kan. Tengah seronok belek gambar orang bercuti, Diva terpandang Instagram pelakon cantik manis, Erin Malek sewaktu bercuti di Dubai. Wah, destinasi percutian impian ramai sangat, termasuk Diva. Seronok tengok dia pergi tempat-tempat menarik di sana. Cuma apa yang tak seronoknya apabila ada warganet menegur Erin kerana dilihat tidak memakai tudung sebelum berlepas ke Dubai beberapa hari lalu. Dalam perkongsian foto dimuat naik pelakon itu, dia hanya mengenakan topi sebab telinga dan lehernya jelas kelihatan.
Warganet yang melihat pun apa lagi, laju sajalah tulis komen. Ada yang bertanya, mana terbang tudung Erin? Kebanyakannya dalam nada memerli. Tapi tetap ada yang memberi teguran baik dengan berkata, Erin sebenarnya sangat cantik saat bertudung penuh seperti sebelum ini. Diva faham, bukan mudah untuk istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara. Tak semestinya dalam konteks bertudung semata-mata, bahkan kita manusia yang tak sempurna ini sangat sukar istiqamah melakukan kebaikan. Doa Diva agar Erin dilimpahkan perkara yang baik-baik. Erin pun sudah cukup matang untuk memikirkan hal yang baik dan buruk.