Leona dikatakan ada hubungan dengan suami orang, terkejut bila individu ni dedah dia kikis Rm3000 sebulan.

artis

ANAK kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki berstatus suami orang. Dakwaan tersebut dibuat oleh seorang wanita dikenali sebagai Nor Azira Osman Said yang mendakwa Leona memprdya suaminya untuk mendapatkan wang bulanan sebanyak RM3,000 sehingga menyebabkan duit simpanan mereka habis. Wanita tersebut membuat dakwaan itu secara terang-terangan menerusi ruangan komen di laman Instagram milik Azhar dan meminta aktor itu bertanggungjawab terhadap tindakan Leona cuba merampas suaminya. Leona kongsi perbualan Azhar bersama Azira. Malah individu itu turut menggt untuk membuat laporan polis sekiranya Azhar tidak memulangkan wang berkenaan.

“Tanya Kasih Iris Leona tentang wang yang digunakan sepanjang mempunyai hubungan dengan suami saya. “Kira semua jumlah wang yang telah dibelanjakan untuk bayar hotel, tiket penerbangan, makanan dan semua yang berkaitan dengan percutian ketika dia ada hubungan dengan suami saya. “Untuk pengetahuan, anak awak telah menghabiskan duit saya sebanyak RM3,000 sebulan. Minta dia kembalikan wang saya selepas mengambilnya dengan memperdayakan suami saya,” katanya. Dalam pada itu, individu berkenaan turut mendakwa Leona mempunyai hubungan sulit dengan suaminya tanpa ada sebarang niat untuk berkahwin dengannya. Malah Nor Azira turut menuduh Leona sebagai scmmr dan cuba memperdayakan suaminya. “Dia menipu suami saya tanpa ada niat untuk berkahwin dengannya atau saya akan buat laporan polis,” katanya lagi.

Tidak berdiam diri dengan tdhan itu, Azhar turut menghubungi dan menghantar pesanan mesej WhatsApp kepada wanita itu bagi meminta bukti tuduhan yang dibuat terhadap anaknya. Wanita itu memberitahu dia mengesyaki suaminya mempunyai hubungan dengan Leona gara-gara lelaki itu membuat ciapan semula (retweet) satu status dimuat naik Leona sebelum ini. Leona yang turut berkongsi tdhan tersebut di Twitter mendapat respons pengikut yang turut cuba menghubungi nombor telefon Nor Azira. Ramai mendakwa wanita tersebut adalah seorang scmmr dan sengaja mahu megambil kesempatan untuk mendapatkan wang. Leona turut menafikan segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya menerusi satu perkongsian Instagram Story miliknya. “Saya hanya mahu katakan ia 100 peratus tidak benar. Saya tidak pernah keluar atau berjumpa dengan suami orang lain. “Ibu bapa saya tahu dan mempercayai saya,” ujarnya. Kredit, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.