Tulang belakang bengkok, terkejut ini keadaan kesihatan terkini Zamani

artis

Umum mengetahui, keadaan fizikal penyanyi Zamani yang semakin membongkok akibat penyakit scoliosis atau tulang belakang bengkok memerlukan operasi dengan kadar segera. Memetik Harian Metro, Zamani berkongsikan keadaannya buat masa ini berada di tahap agak teruk dan dia perlu makan ubat tahan sakit. Katanya lagi, dia kini menunggu proses operasi yang dijangka bakal dilakukan awal November depan. “Kesihatan saya buat masa ini pada tahap agak teruk. Tulang belakang dah mencucuk tulang rusuk dan menghimpit jantung. Jadi saya perlukan operasi. Sekarang ini 24 jam saya sakit dan perlu makan ubat tahan sakit. Memang tak ada ubat lain.

“Sakit pula datang tak kira waktu. Kalau kena tu, tulang rasa macam ditarik-tarik. Kadang ketika tidur pun sakit boleh datang dan menjadi kejang. “Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sakit saya ini datang dengan teruk. Sebab ketika itu saya duduk di rumah saja dan tak bekerja,” katanya. Dalam pada itu, Zamani berkata sebelum ini dia dimaklumkan peluang untuk sembuh tiada namun selepas membuat ujian imbasan, pihak hospital memberi jaminan peluang untuk sembuh tinggi. “Dulu saya dimaklumkan peluang untuk sembuh tak ada. Rupanya informasi itu tak tepat. Selepas saya buat semua ujian imbasan, doktor maklumkan peluang nak sembuh tinggi. Namun, tidaklah boleh kembali kepada normal. “Sekarang ini sudah ada dua pusat perubatan dalam senarai untuk saya buat operasi. Doktor kata Oktober ini dah boleh buat, cuma saya ada beberapa komitmen kerja perlu diselesaikan dulu. Jadi, insya-Allah mungkin awal November.

“Dari segi kos operasi dianggarkan lebih RM100,000. Pusat perubatan di Ampang anggaran dalam RM80,000 hingga RM100,000. Yang lagi satu tu mungkin murah sikit,” katanya. Kata Zamani lagi, operasi itu dijangka mengambil masa lapan hingga 10 jam serta berharap segalanya berjalan dengan lancar. “Saya bukan takut nak dioperasi, tapi berdebar. Kalau nak tahu operasi adalah pilihan terakhir saya. Sebelum ini saya dah pergi banyak tempat dan rawatan alternatif lain. “Difahamkan operasi ini memakan masa lapan hingga 10 jam. Nak sembuh pula ia bergantung pada badan saya. Kalau semuanya okay, selepas dua minggu dah boleh memandu selain perlu menjalani fisioterapi,” katanya. Sumber, rotikaya

Paknil Dah Pun Serahkan Duit Sumbangan RM200k Buat Rawatan Zamani, Sekali Zamani Dedah Ada Sesuatu Yang Buat Dia Risau. “Saya rasa terpanggil untuk mengadakan kutipan ini kerana memikirkan bagaimana Zamani ingin buat persembahan.” kata Datuk Aznil Nawawi. Menerusi rakaman video yang dimuat naik pengacara yang mesra disapa Pak Nil di laman Instagram itu Aznil turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM122,052.93 menerusi hasil kutipan dana awam yang dilakukannya sekitar Jun lalu. “Mereka bukan sahaja menyumbang wang ringgit, tetapi mendoakan agar kesihatan Zamani pulih. Saya lakukannya dalam diam dan bersyukur dalam tempoh yang singkat, ramai tampil membantu. Biarpun ada yang menyumbang 50 sen sekalipun. Penerbit Datuk A Aida juga tampil menyumbang RM5,000. Terima kasih juga saya ucapkan kepada mereka yang membantu Zamani,” kata Aznil. Terdahulu Zamani terpaksa akur apabila tiada alternatif lain melainkan perlu menjalani operasi bagi merawat sakit skoliosis atau masalah tulang belakangnya itu.

Ini kata-kata Zamani selepas Paknil serahkan duit sumbangan

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 51, berkata, dia risau untuk melalui operasi terbabit kerana bimbang dengan kesan sampingan yang perlu ditanggung di kemudian hari. “Kalau diikutkan saya tidak mahu membuat operasi, tetapi tidak ada cara lain melainkan makan ubat tahan sakit. Sampai bila harus bergantung kepada ubat dan akan menjejaskan buah pinggang. Sekarang saya berasa semakin tidak selesa sehinggakan sukar untuk tidur malam. Sekarang tulang semakin membengkok dan menghimpit rusuk kiri,” katanya. Menurut Zamani, sebelum melakukan operasi tulang belakang dia terlebih dahulu perlu menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan. “Buat masa sekarang saya perlu merujuk kepada pakar neurologi kerana ada banyak proses akan diambil kira sebelum melakukan operasi. Berdasarkan pemeriksaan X-ray dan MRI (Pengimejan Resonans Magnetik), saya difahamkan terdapat banyak kedudukan saraf sekitar kawasan tulang belakang jadi sedikit rumit untuk melakukan operasi,” kata penyanyi itu yang berkongsi mengenai perkembangan kesihatannya.

Tambah Zamani, dia pernah menonton proses operasi terbabit di YouTube dan mengakui proses itu amat rumit. “Saya memang takut untuk membuat operasi ini. Saya juga ada melihat di YouTube dan mengakui operasi itu bukan sesuatu yang mudah. Saya juga fikir untuk melakukan operasi secara robotik iaitu dengan cara penebuk lubang dan masukkan besi pada tulang belakang. Tetapi, walaupun menebuk lubang, hal itu tetap satu operasi yang agak menakutkan,” kata Zamani yang mula menyedari sakit dihadapi sekitar 2015 selain pernah jatuh terlentang ketika berada di rumah. Sumber, Hmetro Online

Duit Sumbangan Rm100k Belum Ambil Dari Pak Nil Belum Ambil, Sekali Pengurus Zamani Dedahkan Sebabnya. Kuala Lumpur, Pengurus Zamani Slam, Aalan Ahmad memaklumkan penyanyi terbabit belum mengambil wang berjumlah lebih RM100,000 sumbangan peminat yang disalurkan menerusi dana bantuan diwujudkan oleh Datuk Aznil Nawawi bagi membiayai operasi tulang belakangnya. Aalan berkata, Zamani mahu menunggu terlebih dahulu kerana mahu membuka akaun berasingan agar tidak mahu mencampurkan dengan wangnya yang lain. “Dia sedang tunggu proses itu sahaja. Dari segi rawatan pula, dua minggu ini kami memang sibuk berulang alik ke hospital untuk urusan selanjutnya. “Tinggal lagi nak buat perbincangan lanjut dengan doktor di Hospital Kuala Lumpur. Kita ada dua tempat samada di HKL atau Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, mereka belum menetapkan akan melakukan operasi di mana kerana sedang menyiapkan laporan perubatan terlebih dahulu. “Kemudian kita akan pilih hospital mana yang sesuai. Che Puan Sarimah Ibrahim pun ada hubungi kami minta pergi ke tempat kawannya iaitu ALTY Orthopaedic Hospital. “Semuanya dalam penilaian kerana kita tak tahu sama ada nak buat di hospital kerajaan atau swasta. Kalau kerajaan mungkin kena tunggu giliran tapi kosnya taklah besar, manakala swasta pula mungkin mahal. “Dalam masa sama, jadual Zamani pula penuh sampai awal Disember. Deposit pun dah ambil jadi dia kenalah menyanyi. Kalau nak buat pun dalam Januari tapi kenalah secepat mungkin kerana keadaannya makin teruk. Aalan berkata, Zamani masih lagi menyanyi seperti biasa kerana sudah lama bersetuju dan mengambil deposit.

“Itu pun periuk nasinya dan dia kena ambil. Takkanlah dia nak stop macam itu sahaja. Cuma sebelum operasi, kami rancang nak anjurkan konsert khas iaitu Zamani & Friends di Kuala Lumpur dan Johor Bahru,” katanya. Terdahulu Zamani mengakui mengalami sakit selama 24 jam membabitkan perut dan bahagian belakang akibat penyakit tulang belakang atau Skoliosis. Operasi terpaksa dilakukan memandangkan rawatan serta ubatan tradisional sudah tidak lagi memberikan kesan kepada dirinya. Penyanyi Zamani memaklumkan dia sudah berjumpa dengan tiga orang pakar perubatan di sebuah pusat ortopedik di Kuala Lumpur bagi mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut berhubung penyakit skoliosis yang dihidapi selama ini. Kata Zamani, 51, dia tidak pernah berputus asa untuk kembali pulih dan kini lebih yakin untuk meneruskan rawatan selepas mendengar maklumat lanjut daripada barisan doktor tersebut.

“Saya telah pergi banyak tempat termasuk yang menawarkan rawatan tradisional. Namun belum jumpa yang betul-betul meyakinkan saya untuk meneruskan rawatan. Zamani berkongsi masalah yang dihidapi dalam satu temubual bersama Sarimah. “Sebelum ini saya rasa takut dengan diri sendiri sebab tidak mendapat input (maklumat) yang lengkap. Selepas mendengar nasihat dari tiga orang pakar saya mula yakin rawatan ini boleh dilakukan,” katanya.Zamani berkongsi perkara tersebut dalam satu temu bual bersama pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim yang dimuat naik menerusi laman Instagram. Rakaman itu dikongsi selepas penyanyi lagu Gerimis Mengundang ini melakukan pemeriksaan imbasan X-ray di pusat perubatan berkenaan.

Zamani yang mengalami sakit berkaitan tulang belakang sejak tahun 2015 itu turut meluahkan rasa bimbang jika rawatan yang diterimanya kelak boleh memberi kesan sampingan kepada dirinya. Dalam masa sama, vokalis kumpulan Slam ini juga memberitahu keluarga menjadi kekuatan untuk dia mendapatkan rawatan supaya boleh menjalani kehidupan yang lebih baik. “Sebelum ini ada yang kata jika buat operasi keadaan akan bertambah buruk sehingga boleh lumpuh dan terpaksa duduk atas kerusi roda. Apabila mendengar ayat-ayat seperti itu saya jadi takut. Selepas mendengar nasihat dari tiga orang pakar saya mula yakin rawatan ini boleh dilakukan

“Keluarga adalah faktor utama yang membuatkan saya kuat dan mahu terus menerima rawatan. Saya sudah beristeri dan dengan keadaan kesihatan begini agak sukar menjalani kehidupan harian,” jelasnya. Dalam sesi tersebut, doktor turut memberi jaminan Zamani boleh melakukan pergerakan seperti biasa selepas dua minggu menjalani operasi. Zamani bagaimanapun belum menetapkan waktu sesuai untuk dia menjalani operasi tersebut. Dalam istilah perubatan, Skoliosis adalah keadaan di mana tulang belakang bengkok sama ada ke sebelah kiri atau ke sebelah kanan. Kredit, mstar, hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.