Bayaran Johan dekat Hot Fm mencecah setengah juta, sekali ini pula respon dari tuan badan

artis

Pelawak dan penyampai radio, Johan tidak memberi komen apabila ditanya mengenai bayaran diterima didakwa mencecah RM500,000 untuk berhijrah ke stesen radio Hot FM. Memetik Harian Metro, Johan bagaimanapun mengaku dia bekerja untuk mendapatkan duit demi isteri dan anak-anaknya. “Soal bayaran saya ‘no comment’. Saya bekerja untuk duit, untuk anak bini saya. Sebelum ini bekerja sendiri, apabila mti saya tak tinggalkan apa-apa, cuma tinggalkan tanah perkbrn saja. “Jadi, saya memang bekerja untuk duit. Saya memang akan pastikan orang bila dah bayar saya, berbaloi dengan hasil kerja saya. “Sebab itu saya tak peduli, saya datang dengan ‘barang’ (pengalaman dan pengetahuan) saya, kita buat ini, buat itu. Minta maaf cakap, saya agak tegas dengan AG dan Fafau (Fara Fauzana),” katanya. Hampir 11 tahun berkhidmat di radio Era, Johan berkata dia tahu bagaimana pun menjadikan perbualan lebih menarik dalam masa sama menarik pendengar.

“Saya pelawak, saya faham macam mana perbualan itu nak bagi menarik. Di mana nak ‘punch line’, siapa nak bawa ‘story’ itu, perkara ini saya bentangkan kepada mereka. “Mereka adalah penyampai radio, saya satukan sebagai pelawak dengan penyampai radio supaya ia tak bertindih dan ia berjalan lancar,” katanya. Dalam pada itu, Johan berkata dia menerima tawaran berhijrah itu kerana mahu menjadikan Hot FM stesen radio nombor satu. “Saya tamat kontrak dengan stesen radio lama pada 30 Jun lalu. Ketika itu saya merancang untuk berehat dahulu dan fokus pada perniagaan dan menguruskan anak-anak. “Namun, selepas menerima tawaran daripada Hot FM selain mengenangkan hubungan baik yang terjalin antara saya dengan ‘boss’ (Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran yang mana pernah menjadi majikan saya dulu serta beberapa peluang lain, itu saya terima,” katanya. Johan Tekankan Ilmu Tauhid Untuk Anak-Anak.

Pelawak dan penyampai radio, Johan berkongsikan ia menjadikan Tauhid (ilmu mengenal Allah) sebagai pendidikan asas yang diterapkan dalam keluarga terutama dalam membesarkan anak-anaknya. Memetik Harian Metro, Johan berkata sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang bapa serta mendedahkan dia banyak meluangkan masa bersama anak-anak dengan mengajar ilmu agama. “Anak-anak saya semua ‘international school’ (sekolah antarabangsa), kalau tak pun sekolah Cina. Jadi saya bertanggungjawab untuk beri pendidikan agama mereka. Saya bagi yang terbaik apa yang saya ada dan yang saya belajar. “Saya cakap dengan anak-anak, harta saya boleh wasiat tapi ilmu kamu semua perlu tuntut. Nak tahu apa-apa tanya, belajar mengaji dengan saya dan saya akan bagi. Itulah saya banyak luangkan masa dengan mereka dari segi sekolah, main dan belajar,” katanya.

Dalam pada itu, Johan berkata Tauhid adalah perkara penting dan menjadi keutamaan bagi umat Islam memandangkan ia adalah ilmu asas menjadi panduan seseorang yang bergama Islam dalam mengenal Pencipta.“Tauhid itu dulu. Itu yang paling penting. Tauhid itu kenal Allah dulu. Sebab sama jugalah kalau nak kenal agama kita kena kenal pencipta dulu. Masa kita budak-budak, kita kenal diri kita dulu ke kita kenal mak ayah dulu? Kita akan kenal mak ayah kita dulu. Kita akan kenal diri kita selepas kita kenal mak ayah kita. “Tanda tanya itu akan berbalik pada kita semula. Perkara sama dalam agama, kau kenal Tuhan dulu. Macam mana nak kenal Tuhan? Mengaji. Dalam Al-Quran Allah berkata-kata. Dari situ kau kenal Tuhan,” katanya. Sumber,rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.