Akhirnya bapa mertua jelaskan sesuatu, sekali Yusof Haslam dedah hanya satu harapan yang dia harapkan

Viral

Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam meminta anaknya, Syamsul Yusof serta menantu, Puteri Sarah Liyana segera menjernihkan kemelut melanda rumah tangga mereka sejak empat tahun lalu. Yusof berkata dia terkilan dan sedih dengan perkara itu serta berharap ianya dapat diselesaikan dengan cara baik.

“Secara peribadi, saya rasa tidak adil jika rumah tangga mereka berakhir dengan perpisahan. Itu adalah perkara yang amat menyedihkan dan saya tidak melihat apa-apa kebaikan di situ. Saya dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka, anak-anak dan besan kami. Demi anak-anak dan nama baik keluarga, selesaikanlah dengan cara yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof berharap anak menantunya itu dapat menyelesaikan segala apa yang berlaku kerana dia tidak mahu melihat mereka berpisah. “Saya bangga dengan apa yang dicapai Syamsul ketika ini. Saya hormat dia. Cuma saya harap dia tak lupa asal usul. Dalam hal rumah tangga, saya minta dia dan Puteri Sarah perbetulkan keadaan. Saya dan isteri tak mahu melihat mereka berpisah,” katanya. Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Puteri Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didkwa sebagai kekasih Syamsul, Ira Kazar. Sumber, Utusan Online

Ada Yang Persoalkan Filem Mat Kilau Tiada Perempuan Cantik, Sekali Respon Syamsul Yusof Buat Ramai Yang Terdiam

Sudah sebulan filem Mat Kilau ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan sehingga kini masih lagi berada di tangga pertama carta. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan dalam industri perfileman tanah air apabila kutipan tiket mencecah RM 90 juta selama 33 hari tayangan. Mendapat respon yang positif daripada mereka yang sudah menonton filem tersebut selain bangga dengan usaha serta kerja keras Syamsul Yusof dan para pelakon. Sebelum ini, wargamaya memuji lakonan mantap daripada para pelakon seperti Dato Adi Putra, Beto Kusyairy dan Fattah Amin serta pelakon lain yang menjayakan filem tersebut. Terbaharu, Syamsul sebagai pengarah ditanya mengenai pelakon wanita yang ditampilkan dalam filem Mat Kilau. “Hari tu Beto ada datang kat saya punya studio, saya kata dekat dia kenapa filem Mat Kilau tiada wanita ‘cantik’.

“Dia kata Zarina tu cantik, maksud saya bukan cantik – cantik, kenapa you tak guna ‘sx appeal’ dalam filem tu?” tanya Dj Nazz. Jelas Syamsul, meskipun filem Mat Kilau tidak menampilkan wanita cantik dan menjolok mata, filem dia mampu pergi jauh. “Syamsul bukan ustaz, saya pun taknak, saya bukan film maker yang menjaga ‘Kita harus jaga’… “ “Tujuan nak bagitahu tanpa benda tu semua filem boleh pergi jauh jugak, itu je. “Dan its proven berkali – kali, korang masih lagi nak buat babak – babak yang… drama hari ni.. “Saya kece’wa sebenarnya, apa yang berlaku, jangan biarkan pemikiran luar tu masuk. Ada benda yang kita tidak boleh melampaui batas,” ujar Syamsul.

Tambahnya, pemakaian anak tudung dalam filem tersebut juga dia yang mahukan dan orang lain boleh terima apa yang dia buat. “Zaman dulu mana ada inner, tapi aku nak, just break jela. Macam mana kau terima filem Blloywood, macam tu lah juga kau terima benda tu. “Doakan sayalah, harap saya istiqamah terus, so far Alhamdulillah.” tambahnya lagi. Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet beretuju dengan apa yang Syamsul katakan dan tinggalkan pelbagai komen. “Mat kilau filem aksi dan filem sejarah.. tak perlu dedah dedah pun dah kutip 84 juta” “Ketenangan jiwa nie mahal lgi mahal isi seluruh atas muka bumi nie.. xkan dapt dgn wang ringgit.” “Serius andai ada elemen tu, org x kan pi tengok ulang2 sampai 3,4 kali,sbb dialog semua berkisar kpd perjuangan mengangkat martabat Islam” “Betul, tanpa itu semua boleh ja pergi jauh.. Dah lebih bernilai sebenarnya” “Terbaik Syamsul…xpa wanita cntik pon…masih blh laku filem” “Biar la dia dengan kesilapan dia. asbab ni die memperjuangkan sesuatu yg org lain xbuat. salute bro”

Ramai setuju lakonan Ellie Suriaty dalam Mat Kilau beri kesan, “Awal2 sy dah menangis”. Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty yang mana lakonannya dalam filem Mat Kilau juga menerima pujian ramai penonton dengan kesan yang ditinggalkan oleh wataknya. Melalui sumber pula, pelakon ini yang membawakan watak sebagai Ibu Yassin meluahkan rasa syukur dengan penerimaan penonton filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof itu dan komen-komen positif terhadapnya. “Kenalah tonton, barulah boleh setuju atau tidak ia beri impak atau sebaliknya.” Ujarnya disamping meluahkan rasa syukur dan berterima kasih. Dalam pada itu meskipun Ellie Suriaty muncul hanya dua babak sahaja, penonton filem Mat Kilau ada yang meluahkan rasa sedih dengan kesan lakonannya itu.

Menjengah pula keruangan komen di Media Hiburan nampaknya ramai memuji lakonan pelakon legend tersebut yang dikatakan tidak pernah gagal dalam lakonannya dan dalam pada itu, watak Ellie Suriaty itu disetujui ramai tinggalkan kesan kepada penonton. “Kalau dalam lakonan saya minat dia, apa-apa watak pun menjadi”

Leave a Reply

Your email address will not be published.