Dah ggur 2 kali dan mimpi ular tedung nak patuk, isteri Zul 2 By 2 tampil dedah sesuatu

Viral

Isteri kepada penyanyi dan komposer Zul 2 By 2, Intan Maya mendedahkan telah mengalami keggvran dua kali sejak mendirikan rumah tangga pada Februari lalu. Jelas Intan Maya yang juga bekas anggota kumpulan The Girls, sebelum keguguran kali pertama dia mengalami mimpi aneh hampir dipatuk ular tedung berwarna hitam dan merah.

“Mula-mula saya tak datang bulan, saya fikir eh sangkut (hamil) ker ni? Kemudian saya beritahu suami, kenapalah tak sedap badan. Masa tidur saya bermimpi, ketika tersedar saya rasa bahagian bawah perut sakit sangat, dah tak tahan sangat. Saya mimpi ular tedung warna hitam dan merah. Suasana tu di perkampungan orang asli dan saya terjatuh dari lereng bukit, ada air terjun. Masa nak bangun tu, saya terpegang ular, dia dah hampir patuk dah. Saya lafaz ‘Ya Allah tolonglah aku, selamatkan aku’. Kemudian ia pergi. Bangun pagi tu dapat tahu dah keguguran,” ceritanya.

Kejadian keggvran kali kedua pula tambah Maya dia berdepan situasi aneh di sebuah kedai makan

“Pada malam sebelum kejadian saya di bilik jahit, dengar macam orang menjerit marah. Saya berlari ke bilik tanya suami, kami panik siapalah yang menjerit kat ruang tamu. Kami tutup pintu… Tengah baring-baring rasa mengantuk, tiba-tiba masa terbuka mata ada lembaga Ya Allah buruknya muka dia, dengan serabai datang ke arah saya. Kemudian kami ke kedai makan untuk sarapan pagi, tiba-tiba ada lipan datang patah balik ke arah kami. Padahal kami baru saja duduk, kemudian saya bunuh pakai kerusi. Balik rumah rasa bisa-bisa badan. Saya keguguran pula kali kedua… Tak apalah, kami anggap belum rezeki lagi,” ujarnya.

Kata Zul antara ikhtiar yang dilakukan mereka adalah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan tidak berputus asa. “Siapa yang tak kecewa kan? Cuma kami boleh ikhtiar dengan buat solat hajat dan mengamalkan bacaan Yasin. Saya pun masih cuba memahami insiden yang berlaku dan paling penting ambil tahu apa gangguan yang dialaminya untuk mengawal keadaan,” katanya. Pasangan itu ditemui pada sidang media pelancaran single pertama penyanyi Aiden Daniel, Sampai Masa di Arina SkyView, Kuala Lumpur pada Ahad. Lagu itu merupakan ciptaan Zul 2 By 2 sendiri. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.