Filem Mat Kilau dapat kutipan mencecah RM90 Juta, sekali Puteri Sarah bongkarkan sesuatu disebalik cerita tu

artis

Biarpun rumah tangga sedang bergolak, pelakon Puteri Sarah Liyana melayangkan ucapan tahniah kepada suami tercinta, Syamsul Yusof, apabila jualan tiket filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mencecah RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan di seluruh negara, Singapura dan Brunei. Ketika ditemui OhBulan!, Puteri Sarah menyatakan dia menjadi saksi melihat proses pembikinan filem epik mega itu. Kata aktres berumur 36 tahun, biarpun ketika itu sedang hamil anak kedua iaitu Sumayyah, dia gagah diri turun ke set penggambaran untuk memberi sokongan. Saya nak ucapkan berbanyak-banyak tahniah kepada Mohd Syamsul dan juga team Mat Kilau sepanjang menyiapkan filem yang kini menjadi naskah paling laris dalam sejarah perfileman tempatan.Kalau nak ikutkan, saya baru mengandungkan Sumayyah ketika itu. Jadi, saya ada pergi ke set, bagi sokongan. Dan saya tahu proses-proses yang dilalui mereka ketika penggambaran.

Ada msalah dekat set dan proses suntingan pun dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Puteri Sarah berkata demikian ketika majlis Meet & Greet Puteri Sarah dan Rossa Sera anjuran Inayah Beauty Trading yang diadakan di Avante Hotel Bandar Utama, pada Isnin. Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut menghargai usaha keras barisan pelakon dan kru yang menjadi tonggak utama. Berbanyaklah tahniah kepada pelakon, team kru yang paling penat sekali dan juga pengarah. Alhamdulillah syukur rezeki dapat RM90 juta sebab ramai yang berdoa.Kepada producer Studio Kembara yang bakal dapat RM90 juta itu, tahniah! Ditanya sama ada dia bakal menerima keuntungan daripada hasil kutipan tiket, pelakon drama Melastik Ke Hatimu menjawab, “Kalau saya Studio Kembara, saya dapat.

Ditayangkan sejak 23 Jun lalu, filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd diterajui ramai pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Khir Rahman, Fattah Amin Johan As’ari dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian. Menerusi Instagram Stories, Emi mengingatkan warganet agar berhati-hati dalam berbicara bagi mengelakkan timbul fitnah. Bukan nak jadi batu api tapi nak pesan, dalam apa jua keadaan, jaga jari. Jangan tulis sampai lupa diri. Baca dan reserve your comments sebab bukan kita yang hadap. Damage had been done. Moga pihak sana jadikan pelajaran. Dalam pada itu, Emi turut menyelar tuduhan yang mendakwa pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin enggan berpisah disebabkan kekayaan suaminya. Tegas Emi, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu seorang yang gigih mencari rezeki atas usaha sendiri.

Saya yang duk kira duit dia. Saya tau la dia tak heran (kisah) pun title ‘kaya’ tu. Tetapi dia bekerja sangat keras untuk berada di tempat dia sekarang. Tahap kerajinan dia boleh kalah orang lain. Mak tabik yang tu sangat-sangat. Jadi yang tak tau, jangan main redah tulis sampai makan diri. Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung gangguan serta pemerasan yang diterimanya daripada Ira Kazar. Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul. Sekadar info, Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah. Sumber, Instagram @puterisarahliyana

Leave a Reply

Your email address will not be published.