Tular wanita dra budak kini telah ditahan, ketua polis daerah Kajang tampil beri penjelasan

Viral

Pihak polis Kajang telah bertindak menyelamatkan seorang kanak-kanak yang dipercayai did.ra oleh seorang wanita di sebuah taman perumahan di Beranang, Selangor sekitar pukul 2.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan menerusi kenyataan rasmi berkata, pihak berkuasa bertindak menyelamatkan mgsaaa selepas menerima laporan berkaitan kes pend.raan dan melukakan kanak-kanak pada hari yang sama.

“Siasatan awal mendapati kejadian disebabkan mgsaaa tidak suka makan nasi dan suspek memaksa mgsaaa untuk telan nasi sehingga termuntah selain kanak-kanak tersebut dikatakan hyper-aktif. Mgsaaa merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia sekitar 4 tahun, merupakan anak kepada warganegara Indonesia, di mana kelahiran mgsaaa tidak pernah didaftarkan dan tiada apa-apa dokumen pengenalan diri. Mgsaaa telah diserahkan kepada suspek untuk dijaga sejak bulan April 2022 kerana ibu kandungnya tidak mampu untuk menjaganya. Mgsaaa juga dikatakan dipukul oleh pasangan tersebut menggunakan penggantung baju, kayu penyapu dan kadang-kadang dicucuh dengan pemetik api,” ujar Zaid.

Dalam pada itu, Zaid turut memberitahu yang Polis Kajang bertindak menyelamatkan mgsaaa dan membuat tangkapan ke atas pasangan suami isteri berkenaan. “Selepas menerima laporan kejadian, pihak kami telah bertindak menyelamatkan mgsaaa dan telah melakukan tangkapan ke atas seorang wanita berbangsa Melayu dan seorang lelaki warganegara Singapura berumur lingkungan 28 hingga 30-an di sebuah rumah di taman perumahan di Beranang, Selangor. Mgsaaa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan dan doktor mengesahkan mgsaaa mengalami luka di beberapa bahagian badan. Kes disiasat di bawah Sek 31(1)(a) Akta Kanak kanak 2001,” katanya lagi. Pihak berkuasa meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubung mana-mana balai polis terdekat atau menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Suresh A/L Krishnan ditalian 017-433 3795. Sumber, Gempak

Tampil Buka Tudung Dan Baju Dan Dikatakan Hna Islam, Kini Wanita Terbabit Telah Pun Ditahan Dan Ini Yang Berlaku Pada Kelab Komedi Di TTDI KL

Polis menahan wanita yang didakwa mengh.na Islam ketika persembahan di kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, semalam. Sumber berkata, wanita berusia 28 tahun itu ditahan pada 10.45 malam di Petaling Jaya.

“Suspek yang mendkwa berasal dari Kuala Kangsar, Perak, itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Polis turut merampas beberapa barangan termasuk baju kurung, tudung, skirt pendek dan telefon bimbit yang dipercayai dipakai wanita berkenaan semasa membuat persembahan itu,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 12 Julai ini bagi membantu siasatan. “Suspek kini ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields ketika ini dan siasatan masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Sebelum ini, video berdurasi 54 saat menunjukkan seorang wanita ketika persembahan di kelab komedi di TTDI mendkwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.

Operasi kelab komedi digantung sementara

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantung sementara operasi sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini susulan satu klip video tular dipercayai menghina agama Islam. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, tindakan itu sebagai mesej jelas bahawa pihaknya dan DBKL tidak akan sama sekali bertoleransi dengan apa jua aktiviti yang melanggar mana-mana sensitiviti membabitkan agama, bangsa dan kedaulatan negara.

“Isu ini juga turut mendapat kritikan daripada penduduk berhampiran dan warganet di media sosial yang berpendapat bahawa, video tular tersebut jelas dan terang merupakan perbuatan yang bertujuan mengh.na serta mencemarkan imej agama Islam. Justeru, sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kuala Lumpur, DBKL tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu-isu sebegini. DBKL telah membuat siasatan lanjut terhadap lesen premis berkenaan dan tindakan menggantung sementara pengoperasian premis berkenaan telah dilakukan secara serta-merta,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata, operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa, selain berharap orang awam melaporkan sebarang insiden bagi memastikan perkara sedemikian tidak berulang. Video berdurasi 54 saat itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai komen dalam kalangan netizen apabila seorang wanita yang bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya menghafaz 15 juzuk Al-Quran sebelum menanggalkan pakaian yang menutup aurat itu dan hanya meninggalkan pakaian yang mencolok mata.

Sementara itu, kelab tersebut, ‘Crackhouse Comedy Club House’ dalam catatan Facebooknya mengkritik sekeras-kerasnya kandungan video tular itu dan membuat laporan polis mengenai perkara itu di balai polis TTDI. “Individu terbabit dan pasangannya telah dilarang berada di venue berkenaan sebaik sahaja selesai persembahan,” katanya. Sumber,  Hmetro Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.