Dah dapat notis saman, terkejut sekali ini pula kata kata individu yang buat spekulasi tentang rumahtangga Puteri Sarah

artis

SUSULAN pelakon Puteri Sarah Liyana memfailkan notis saman fitnah terhadap seorang pengguna media sosial, individu tersebut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka pada malam Isnin. Individu tersebut dalam kenyataan terbukanya memohon maaf kepada Sarah disebabkan perkongsian di Instagram pada 17 Julai lalu yang memberi komen tentang rumah tangga selebriti itu dengan pengarah Syamsul Yusof. “Di sini saya dengan ikhlas hati ingin memohon maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah disebabkan perkongsian Instagram saya pada 17 Julai 2022 yang memberi pendapat mengenai isu rumah tangga beliau. “Saya telah menerima LOD (Letter of Demand) yang meminta saya untuk meminta maaf secara terbuka dan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Puteri Sarah atau pun keluarganya,” katanya.

Dalam permohonan maaf itu juga, individu tersebut turut mendoakan agar pelakon itu diberikan ketenangan dan kebahagiaan serta dipermudahkan semua urusan. Sarah yang mengulang siar kenyataan berkenaan di Instagram Story mengucapkan terima kasih atas permohonan maaf yang dibuat individu tersebut. Terdahulu, tindakan Sarah itu dilihat bermula apabila individu berkenaan membalas satu kenyataan yang pernah dikongsi pelakon ini di media sosial dan menunjukkan dia seperti disrng dengan kenyataan balas memburukkan dirinya. “Ini semua sebab suami dia kaya. Sebab itu dia pertahankan rumah tangga walaupun suami tak setia. “Isteri dia takkan lepaskan sebab suami kaya. Jadi apa-apa pun ‘penyondol’ yang salah. Terang-terangan dia tak nak dimadukan dan provoke satu Malaysia untuk benci skndl suami dia,” tulis komen berkenaan.

Saya telah menerima LOD (Letter of Demand) yang meminta saya untuk meminta maaf secara terbuka dan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Puteri Sarah atau pun keluarganya. Melihat ia sebagai satu kenyataan ftnh, Sarah mengambil tindakan memfailkan notis samn menerusi peguamnya Natasha Basheer and Associate. Menerusi perkongsian sebelum ini, Sarah menjelaskan apa dilakukan adalah sebagai pengajaran buat mana-mana pihak agar tidak mudah membuat spekulasi tentang dirinya. “Pengajaran kepada orang luar, jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan apa yang anda lihat dan dengar tanpa bukti kukuh. “Jangan buat ftnh fasal saya dan sila jaga kata-kata serta keluarga sendiri,” katanya

RESPON WARGANET:

Sumber, mStar via https://bartasangbad.site/

Leave a Reply

Your email address will not be published.