Berpisah sebab bekas isteri tak larat nak hadap sakit, lama menyepi akhirnya Bad Indigo tampil bersuara buat ramai yang terdiam

artis

Ramai yang tuduh punca perpisahan adalah disebabkan Ashira dah tak tahan nak hadap masalah kesihatan Bad Indigo. Namun Bad menolak sekeras-kerasnya tdhan tersebut. Kata penyanyi ni walaupun dah buat pengumuman bulan lepas namun sampai sekarang ramai pihak tak puas hati sebab tak mengetahui punca utama mereka berpisah. “Dia sebenarnya nak tolong saya, tapi saya yang tak izinkan daripada awal lagi. Dia nak tolong ambilkan air, bawa saya ke bilik air atau cuci luka pun saya kata tak perlu ikut biar saya buat sendiri. “Saya ada beritahu kalau ditakdirkan kita tidak bersama dia pasti tidak dapat nak tolong saya dan takkan ketika itu saya nak kelam-kabut seorang diri. Jadi biarlah saya ajar diri saya.

“Tiada istilah kami berpisah sebab dia tak tahan untuk jaga saya pun. Warganet akan mencari punca sebab bagi mereka cerita kami ini tergantung, lebih-lebih lagi kami buat pengumuman berpisah dan sehingga kini masih berkawan baik. Mungkin mereka tak suka pengakhiran yang begitu, nak ada kontroversi. “Masalahnya memang tiada. kalau ada benda apa-apapun saya tidak akan sesekali mendedahkannya sebab itu adalah aib. Kenapa kami boleh berkawan baik, rasanya orang luar boleh fikir sendiri. Maknanya kami tidak saling membenci dan lebih elok menjadi kawan daripada mempunyai ikatan serta tak perlu nak putuskan silaturahim,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Bad, “Saya bersyukur dapat semua ujian ini. Saya rasa lagi bertuah daripada orang lain kerana apa yang terjadi kepada saya termasuk kegagalan dalam perkahwinan dan sak1t, Allah nak bagi kita yang lebih baik sebab Dia yang merancang. “Dia ambil bahagian depan kaki saya, ia bukan kepunyaan saya tapi milik-Nya. Dalam pada saya duduk diam begini, tiba-tiba saya dilimpahkan rezeki apabila dapat kerusi roda elektrik, sumbangan serta dapat kerja baru. “Saya ada terfikir mungkin kehidupan saya akan lebih teruk tapi sebenarnya lagi senang dapat kerja. Dalam kekurangan saya, lebih banyak kelebihan yang saya dapat. “Malah bila jadi begini ramai rakan yang datang bertanya khabar kerana bimbang saya tertekan atau mengalami kemurungan. Ialah bila kena begini mungkin ramai yang fikir saya tak boleh terima hakikat, rasa kenapa saya tapi sebenarnya saya reda.” Semoga yang baik-baik sahaja untuk Bad dan Ashira. Sumber, CARI

PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.