Baru je dibebaskan, kini wanita tersebut telahpun ditahan semula dan ini sebabnya

Viral

Wanita tular yang didkwa mengh.na Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi, Siti Nuramira Abdullah ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas dibebaskan hari ini. Siti Nuramira ditahan penguatkuasa JAWI selepas menandatangani Borang Jamin dengan ditemani peguamnya, Ramesh Chandran di Kaunter Jaminan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi ini.

Mengikut prosedur, wanita itu akan ditahan oleh JAWI selama 24 jam sebelum dijangka dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah esok untuk ditdvh mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jnyh Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya.

Seksyen itu membabitkan kesalahan mengh.na atau menyebabkan agama Islam dipandang h.na yang mana jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali. Semalam, Nuramira dan teman lelakinya, V Alexander Navin membayar wang jaminan masing-masing berjumlah RM20,000 melalui hasil kutipan sumbangan orang ramai.

Pada 13 Julai lalu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam ketika melakukan persembahan di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu. Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali, yang membenarkan Siti Nuramira, 26, diikat jamin RM20,000 oleh seorang penjamin, memberi amaran kepadanya supaya tidak mengulas mengenai kes itu.

Pada hari sama, Navin, 38, mengaku tidak bersalah atas dua pertdvhan memuat naik kandungan mengh.na di media sosial. Bagi pertdvhan pertama, Navin didkwa berkongsi di akaun Instagramnya pada 5 Jun dengan niat untuk mengh.na orang lain. Sementara bagi pertdvhan kedua, dia didkwa berkongsi kandungan melalui akaun YouTubenya pada 16 Jun dengan niat untuk mengh.na orang lain. Sumber, Bharian Online

Tampil Buka Tudung Dan Baju Dan Dikatakan Hna Islam, Kini Wanita Terbabit Telah Pun Ditahan Dan Ini Yang Berlaku Pada Kelab Komedi Di TTDI KL

Polis menahan wanita yang didakwa mengh.na Islam ketika persembahan di kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, semalam. Sumber berkata, wanita berusia 28 tahun itu ditahan pada 10.45 malam di Petaling Jaya.

“Suspek yang mendkwa berasal dari Kuala Kangsar, Perak, itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Polis turut merampas beberapa barangan termasuk baju kurung, tudung, skirt pendek dan telefon bimbit yang dipercayai dipakai wanita berkenaan semasa membuat persembahan itu,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 12 Julai ini bagi membantu siasatan. “Suspek kini ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields ketika ini dan siasatan masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Sebelum ini, video berdurasi 54 saat menunjukkan seorang wanita ketika persembahan di kelab komedi di TTDI mendkwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.

Operasi kelab komedi digantung sementara

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantung sementara operasi sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini susulan satu klip video tular dipercayai menghina agama Islam. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, tindakan itu sebagai mesej jelas bahawa pihaknya dan DBKL tidak akan sama sekali bertoleransi dengan apa jua aktiviti yang melanggar mana-mana sensitiviti membabitkan agama, bangsa dan kedaulatan negara.

“Isu ini juga turut mendapat kritikan daripada penduduk berhampiran dan warganet di media sosial yang berpendapat bahawa, video tular tersebut jelas dan terang merupakan perbuatan yang bertujuan mengh.na serta mencemarkan imej agama Islam. Justeru, sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kuala Lumpur, DBKL tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu-isu sebegini. DBKL telah membuat siasatan lanjut terhadap lesen premis berkenaan dan tindakan menggantung sementara pengoperasian premis berkenaan telah dilakukan secara serta-merta,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata, operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa, selain berharap orang awam melaporkan sebarang insiden bagi memastikan perkara sedemikian tidak berulang. Video berdurasi 54 saat itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai komen dalam kalangan netizen apabila seorang wanita yang bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya menghafaz 15 juzuk Al-Quran sebelum menanggalkan pakaian yang menutup aurat itu dan hanya meninggalkan pakaian yang mencolok mata.

Sementara itu, kelab tersebut, ‘Crackhouse Comedy Club House’ dalam catatan Facebooknya mengkritik sekeras-kerasnya kandungan video tular itu dan membuat laporan polis mengenai perkara itu di balai polis TTDI. “Individu terbabit dan pasangannya telah dilarang berada di venue berkenaan sebaik sahaja selesai persembahan,” katanya. Sumber,  Hmetro Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.