Anggap masalah dengan balu abam dah pun selesai, kali ni Ali Puteh tampil luahkan sesuatu

Viral

Setelah melalui pelbagai episod kontroversi, pelawak Ali Puteh berkata dia kini lebih matang dan mahu memberikan fokus sepenuhnya terhadap kerjaya seni. Menurut Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, dia kini lebih tenang hadapi apa jua kritikan warganet selepas menerima nasihat dari rakan rakan.

“Jadi kawan kawan nasihat saya mereka cakap Ali ingat Allah itu ada sabar lah jangan tindak melulu lagi. Sebab kalau kita terlalu memikirkan benda tu dia akan jadi masalah pada kita, betul apa yang mereka cakap. Macam contoh Muzikal Lawak Superstar ini kalau saya memikir kan perkara tu sampai saya boleh hilang fokus untuk program buat apa. Jadi saya ambil langkah untuk enjoy dengan apa yang nak jadi sekarang untuk pertandingan macam ini saya perlu fokus sebab saya tahu ada mulut yang perlu saya suap,” katanya. Dalam pada itu, Ali berkata dia enggan lagi terlalu terbuka bercerita mengenai hal peribadi terutamanya hubungan dengan balu arwah Abam iaitu Nor Hidayah. Sumber, Mstar Online

Hidayah Dah Mampu Beli Velffire , Tapi Ada Pula Warganet Yang Ungkit Isu Dengan Ali Sekali Ini Respon Ali Puteh

KEMELUT membabitkan pelawak Ali Puteh dan balu kepada Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali yang pernah berlaku sebelum ini masih menjadi perbualan warganet di media sosial. Terbaharu, Ali menerima kritikan daripada warganet selepas Hidayah berkongsi kejayaan membeli sebuah kereta baharu. Tidak cepat melatah, Ali, 33, dilihat tenang dengan kata-kata tersebut, malah turut mengucapkan terima kasih kerana ini membuatkan dia lebih bersemangat dan kuat. Warganet guna akaun palsu lempar kata-kata hina untuk Ali. “Terima kasih atas ucapan itu. Betul, saya buat-buat baik selama ini. Ramai yang cakap begitu. Terima kasih atas kata-kata yang membina. “Semangat dan terus kuat bila diperkatakan,” katanya. Sebelum itu menerusi ruangan komen di beberapa hantaran yang dibuat oleh Ali, seorang pengguna media sosial mengkritik tindakan Ali menjual kereta milik abangnya.

Individu yang dipercayai menggunakan akaun palsu itu juga melemparkan kata-kata hina kepada Ali selain mempersendakan rupa fizikalnya. “Eh, hitam, kau post ini nak raih simpati ke? Kau ingat orang lupa apa yang kau dah buat. Karma itu ada, Allah pasti balas apa kau buat. “Kau tu dah la hitam, hati pun hitam. Jangan nak bertopengkan syaitan,” tulis individu tersebut. Sementara itu, ramai juga dalam kalangan warganet yang memberi kata-kata semangat buat Ali apabila dia berkongsi perkara tersebut. “Masing-masing ada kehidupan sendiri. Doa baik-baik sahaja untuk kedua-dua pihak. “Terus kuat dan semangat. Jangan peduli apa yang orang cakap. Teruskan perjuangan Abam. “Sudah-sudahlah. Aku rasa Ali pun dah insaf. Berilah peluang untuk dia,” komen warganet. Kemelut antara Ali dan Hidayah mula tercetus selepas Abam pergi menghadap illahi pada 10 Februari 2020.

Hidayah juga sebelum ini pernah memfailkan sama terhadap Ali kerana atas tuduhan memfitnah dan mahkamah pada Februari lalu memutuskan dia menang kes tersebut. SAYU… terdahulu sebuah video yang dikongsi balu Allahyarham Abam iaitu Noor Hidayah Mohd Ali mengundang simpati waganet apabila dia meluahkan rasa sedih melihat kereta yang pernah dimiliki oleh mereka di jalan raya. Menerusi perkongsian di laman TikTok miliknya, Hidayah memberitahu kereta jenis Toyota Vellfire itu hanya tinggal kenangan selepas ia dibeli oleh orang lain. “Hanya tinggal kenangan kereta arwah suami. Bila Hamzah dah besar nanti, inilah kereta ayah. “Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya,” ujar Hidayah. Meninjau ruangan komen ramai dalam kalangan warganet yang turut simpati dan sedih dengan perkongsian itu.

Dalam masa sama, ada juga yang mengutuk tindakan adik kepada Abam iaitu Ali Puteh yang sebelum ini dikatakan menuntut hak kereta tersebut sebelum menjualnya. Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya “Insya Allah ada rezeki, kami sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga.
“Hidayah kuat, pasti berjaya. Saya sokong Hidayah dari belakang. “Susah juga kalau ada waris tamak.
“Sedih zaman sekarang tak tahu apa fungsi faraid dalam Islam. Harta yang diambil itu sepatutnya diamanahkan untuk menjaga anak yatim,” tulis warganet. Abam dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Syed Uthman Hamzah Al Juffrey yang kini berusia dua tahun. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan pergi menghadap illahi pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.

Selepas pemergian Abam, timbul perbalahan antara Hidayah dan Ali berkaitan tuntutan faraid. Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab. Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, pada Februari lalu mahkamah memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000. Menerusi laporan mStar pada 1 Januari lalu, Ali meminta Hidayah bersemuka dengannya bagi menyelesaikan isu faraid. Kredit, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.