Tampil sokong Puteri Sarah, sekali Nad Zainal dedah pesanan untuk mereka yang hadap suami orang

Viral

Pelakon Nad Zainal memberikan sokongan kepada rakannya iaitu Puteri Sarah Liyana yang kini berdepan masalah pergolakkan rumah tangga dengan pengarah tersohor, Syamsul Yusof. Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, berkata, dia berada di pihak Puteri Sarah dan baginya aktres itu berhak untuk menyuarakan apa yang berlaku.

“Secara peribadi saya tidak terlalu mengenali dia (Puteri Sarah) mahupun suami dan individu ‘ketiga’ itu secara dekat. Namun, saya tetap memberikan sokongan 100 peratus kepada isteri dan ibu teraniaya. Sekiranya berkelapangan saya akan menghantar mesej kepadanya dengan memberikan kata-kata semangat dan memintanya bersabar berdepan dengan ujian,” ujarnya.

Nad Zainal bersama barisan pelakon drama Dendam Seorang Isteri.

Nad ditemui semasa majlis Tayangan Episod Akhir Drama Dendam Seorang Isteri bersama peminat dan media yang diadakan di Panggung Asia, Kuala Lumpur pada Khamis. Nad memberi reaksi itu bagi mengulas siaran langsung (live) di Instagram antaranya dengan Puteri Sarah pada 6 Julai ini. Bagaimanapun, Nad enggan mengulas lanjut mengenai status hubungan Puteri Sarah kerana disifatkan terlalu peribadi dan tidak sesuai untuk diperkatakan secara peribadi.

“Saya ini orang luar, jadi tidak berani untuk masuk campur. Biarlah itu masalah rumah tangga mereka, lagipun kita sendiri mempunyai masalah masing-masing,” jelasnya. Dalam pada itu, Nad berharap wanita di luar sana harus lebih memahami perasaan wanita lain lebih-lebih yang sudah berumah tangga.

Nad Zainal harap wanita di luar sana harus lebih memahami perasaan wanita lain lebih-lebih yang sudah berumah tangga.

“Walaupun lelaki itu memburukkan kekasih, tunang atau isteri seharusnya kita kena ingat bahawa perkara itu tidak semestinya betul. Kalau betul mungkin dia akan berubah sekiranya kita tidak campur tangan dalam hubungannya. Jadi kita kena ambil kira semua perkara-perkara dan bersedia untuk pergi! Kita juga tiada hak untuk mengambilnya lebih-lebih lagi apabila lelaki itu sudah mempunyai anak. Sekiranya betul-betul ingin berkahwin juga dengan lelaki itu, minta dengan cara baik. Pergi jumpa keluarga dan mengatakan sanggup untuk menjaga anak. Berani untuk hadap semua itu. Mungkin ia akan ambil masa yang lama dan sukar, tetapi lakukan dengan cara yang baik-baik,” tambahnya lagi. Sumber, Mstar

Terlalu Teruja Mempromosikan Sesuatu Sehingga Lupa Akan Perkara Sensitif, Nad Zainal Memberi Peringatan Agar Lebih Berjaga Jaga Selepas Ini

Baru baru ini Malaysia dikhabarkan dengan kontroversi panas yang melibatkan pelakon Zul Ariffin sejak minggu lalu telah membuka mata ramai pihak. Ada rakan artis yang mengkritik namun ada juga mengambil itu sebagai peringatan untuk lebih berhati-hati. Nad Zainal dijemput untuk memberi komen tentang babak panas kini. Bagi aktres Nad Zainal, 32, dia menyatakan berkemungkinan Zul terlampau teruja untuk berkongsi bahan promosi sehinggakan ‘terlepas’ content sensitif. Kata pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin, dia menjadikan insiden itu sebagai peringatan untuk lebih berhati-hati selepas ini. Kadang-kadang kita terlepas pandang, apa yang kawan-kawan kita buat mungkin rasa keterujaan mereka nak share. Cuma bila kita terlalu excited sampai lupa bahawa ada perasaan yang kita perlu jaga. Ini pengajaran kepada kami juga untuk lebih berhati-hati.

Katanya artis hanya ikut apa saja yang diberi. Dalam pada itu, pelakon drama Dendam Seorang Isteri turut diaju soalan sama ada dia akan memilih babak lakonan sebelum dikongsikan kepada umum. Jawab Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014, dia akan menuruti arahan pihak berkaitan kerana yakin sudah diteliti semua kandungan. Saya mengikut apa saja yang pihak produksi atau stesen yang bagi. Bila dah dapat kelulusan, kami akan post mengikut jadual yang telah diberikan. Saya akan mengikut sahaja. Saya yakin mereka dah teliti terlebih dahulu.

Pada Jumaat lalu, media sosial digemparkan dengan sebuah video yang memaparkan beberapa babak panas lakonan Zul bersama pendatang baru, Siti Hariesa. Selepas teruk dikritik warganet, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 tampil membuat permohonan maaf di Instagram Stories pada Isnin. Anak kelahiran Taiping, Perak itu juga telah hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya pada Selasa. Sumber, oh bulan.

Perlu cekap membuat pilihan, Jadual harian Nad Zainal makin padat. MENITI fasa berkeluarga, jadual harian pelakon Nad Zainal semestinya kini lebih padat. Di samping sibuk menjalani penggambaran, dia harus menguruskan seisi rumah terutama dua cahaya matanya, Fahad Ibrahim, 5, dan Budi Kalsom yang kini berusia tujuh bulan. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin mengakui ia bukan tugas mudah. Dalam segala hal, dia perlu memikirkan pelbagai implikasi sebelum berbuat sesuatu. Namun, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu sangat bahagia menikmati setiap detik serta pengalaman baharu dipelajari.

Menurutnya, dia semakin cekap menjadi wanita serba-boleh. “Keluarga semestinya menjadi fokus utama dalam aktiviti harian sekarang. Saya sudah tidak boleh letak diri sendiri saja sebagai nombor satu pada masa sekarang. “Disebabkan itu, setiap masa yang terluang akan saya dedikasikan dengan mengurus keluarga. Hal itu mengajar saya jadi lebih penyabar dan paling penting pandai ‘multi-task’ dalam segala hal. “Seronoknya, saya kini boleh hasilkan ‘content’ kekeluargaan pada masa sama dalam kerja. Pandai membahagikan masa adalah kunci utama untuk cekap dalam kerjaya dan jaga keluarga,” katanya.

Mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirullah pada 2015, Nad kian peka dalam menjaga rapi hal peribadi keluarga. Baginya, tanggungjawab besar digalas untuk pastikan nama keluarga dijaga baik. Justeru, dia mengakui dirinya semakin berwaspada apabila berbuat sesuatu dalam kehidupan harian. Apatah lagi status selebriti memungkinkan segala perkara termasuk implikasi negatif berbalik padanya. “Berbanding zaman remaja dulu, kini saya perlu titikberatkan setiap gerak-geri dan percakapan kepada umum. Sebagai wanita berkeluarga dan ibu, amat penting untuk saya fikir masak-masak dalam lakukan sesuatu tindakan. “Saya paling bimbang kalau sedikit kesilapan mampu memberi implikasi tidak baik kepada anak-anak saya. Baik di media sosial mahupun di mana-mana, sekarang setiap perkara boleh ditular,” katanya.

Dalam kesibukan berkeluarga, Nad tidak pernah campur aduk peribadi dengan kerjaya seni. Lakonan masih dijadikan periuk nasi utama dan dia enggan status sekarang jadi alasan dalam kerjanya. Misinya sebagai pelakon masih sama seperti sejak awal pembabitannya dulu. Dia mahu pastikan tenaga serta kualiti kerja sentiasa pada tahap terbaik sebaik masuk ke set penggambaran. “Alhamdullilah, berkeluarga tidak jadi batasan pun untuk saya terus aktif berlakon. Saya memang tekankan untuk tidak pernah campur aduk dan mahu cemerlang dalam kedua aspek penting itu. “Sebelum keluar bekerja, saya akan persiapkan apa yang patut di rumah. Saya tidak mahu fikiran jadi tidak tenteram sebalik keluar dari rumah atau tengah bekerja. “Sebaik masuk set penggambaran, saya mahu fokus untuk berikan hasil lakonan paling bagus. Kena pastikan segalanya selesai dengan jayanya, barulah pulang rumah dengan rasa tenang,” katanya.

Profil lakonan Nad sememangnya tidak disangkal cukup kukuh dan dikenali sebagai pelakon berkualiti tinggi. Dia sudah membuktikannya dalam pelbagai drama dan bakatnya sentiasa dipuji. Bagaimanapun, tiada langsung rasa ingin mendongak wajah dengan pencapaian diraihnya itu. Sebaliknya, ia menjadi motivasi buatnya terus memburu tawaran watak yang lebih mencabar kemampuannya. “Tiada sekali pun terasa seperti misi saya sebagai pelakon sudah tertunai. Banyak lagi watak-watak diidamkan yang masih belum berpeluang untuk saya lakukan setakat ini. “Buat masa sekarang, saya mahu ketepikan imej watak wanita sedih, teraniaya dan seumpamanya. Saya mahu tonjolkan sisi lain corak watak yang belum penonton lihat boleh saya lakukan. “Itulah misi jangka masa panjang saya dalam lakonan sebagai anak seni. Saya dambakan watak seperti wanita ‘psiko’, imej baik tapi jahat, dan sebagainya yang mampu memberi impak kepada penonton,” katanya.

Dalam pada itu, Nad juga tidak menafikan terbit rasa mencuba bidang produksi sebagai pengarah atau penulis karya pada masa akan datang. Itu antara pelan jangka masa panjangnya sebagai anak seni. Menariknya, dia mendedahkan sudah pernah dirisik untuk mencuba bakat dalam belakang tabir. Cumanya, dia belum terbuka hati untuk ke arah itu kerana banyak lagi ingin diterokai dalam lakonan. “Saya ada menetapkan, pada usia 35 tahun ingin cuba buat skrip untuk program TV. Tapi untuk pengarahan, saya rasa masih belum ada keyakinan besar dan mahu bermula dari bawah dulu. “Ada yang sudah bertanya sekiranya berminat untuk lakukannya namun terpaksa tolak. Antara kerisauan saya adalah tawaran berlakon jadi kurang pula jika fokus bercanggah kepada produksi pula,” katanya. Nad kini sibuk dengan penggambaran sebuah drama berjudul Harith Fayyad untuk siaran slot Samarinda TV3. Dia bergandingan dengan Adam Lee dan Hafidz Roshdi dalam naskhah terbabit. Sumber, harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.