Ibu sakit sehinggakan lupa namanya, Fikry Ibrahim kongsi kesihatan terkini ibunya sehinggakan menangis

Viral

“Isteri boleh ganti, kawan boleh cari, anak boleh buat anak baru, mak hanya ada itu satu sahaja..” Itulah jawapan aktor kacak Fikry Ibrahim apabila ditanya mengenai keadaan dirinya yang sering berulang-alik daripada Kuala Lumpur ke Jitra, Kedah bagi menjaga ibunya yang sedang sakit. Menurut Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 28, dia berasa sayu setiap kali menceritakan kesihatan ibunya yang menderita serangan strok ringan sejak dua tahun lalu.

“Sekarang kalau orang tanya saya, duit tak boleh beli kebahagiaan tu, saya percaya. Kalau satu hari nanti dia (ibu) dah tiada, duit yang saya kerja tu sia-sia. Bila dia sakit, kadang-kadang dia kembali ke zaman dia muda, jadi dia lupa. Pada satu masa, dia pernah lupa nama saya. Sepanjang hidup, tak pernah mak lupa nama saya. Jadi bila pertama kali dia kena m.1nor str.0ke, dia lupa nama saya, saya tak mahu benda tu jadi dah,” cerita Fikry sehingga menitiskan air mata.

Membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga, Fikry akui dia akan mengambil peluang menjaga dan memberi tumpuan pada ibunya setiap kali waktu cuti. “Saya cuba padatkan jadual saya, bila saya cuti, saya terus balik Kedah. Saya dah jarang main media sosial sebab saya banyak bahagikan masa untuk diri sendiri dan keluarga. Saya kena fokus pada mak saya. Saya nak, selagi dia hidup, saya tak mahu menyesal satu hari nanti. Saya ada adik-beradik lain, pakcik, makcik yang jaga mak jugak tapi kita gilir-gilir. Saya bersyukur keluarga saya sangat baik, semua pun berebut nak jaga mak, nak cari pahala,” jelasnya.

Fikry ditemui pada majlis pengumuman 16 finalis Dewi Remaja yang diadakan di Z Botanica by Nicsmann, One Utama, Petaling Jaya pada Khamis. Akan pulang ke Jitra bagi menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga, pelakon drama bersiri popular Nusyuz Berkiblat Cinta itu menganggap tugas menjaga ibunya adalah tanggungjawab yang mesti dipikul oleh seorang anak.

“Saya minta maaf, bab mak saya sedih sikit. Menjaga ibu tu satu kewajiban pada saya. Mungkin bukan pengorbanan besar mana pun tapi saya tahu dulu bila saya nak baju, kasut, mak saya cuba belikan. Sekarang bila saya dah besar, dah kerja, apa yang dia minta saya tak mahu cakap tak boleh, saya nak bolehkan apa sahaja. Dia nak apa, saya akan belikan. Walaupun masa PKP saya tiada tawaran kerja, mungkin berkat saya jaga mak ke apa, ada je duit sampai sekarang, tak pernah putus,” katanya lagi. Dalam perkembangan lain, Fikry bakal menggalas tugas sebagai pengacara bagi program pencarian Dewi Remaja edisi 2022 yang akan mula bersiaran pada 16 Julai, setiap Sabtu jam 9 malam di saluran Astro Ria (104). Sumber, Gempak

Wajah seiras tanda jodoh, peminat mula usik Fikry Ibrahim dan Rita Nadira

Fikry dan Rita dikatakan punya wajah seiras. Perkongsian pelakon Fikri Ibrahim mengenai drama terbaharunya berjudul Kerana Dia Suka, segelintir peminat mula mengusik dia dengan gandingannya iaitu Rita Nadira. Enggan salah faham berlaku, Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 28, memberitahu kemesraan dia dan Rita menjadi bukti keserasian mereka dalam membawakan watak masing-masing. Dia juga menyifatkan Rita sebagai seorang pelakon baharu yang sangat bijak dan mempunyai potensi besar untuk terus berkembang dalam industri seni.

“Mungkin sebab wajah kami hampir seiras orang katakan ada jodoh antara saya dan Rita. Semua itu adalah keserasian kami sahaja untuk drama terbaharu. Saya dan Rita hanya berkawan rapat. Rita seorang bakat baharu yang sangat bijak dan memudahkan saya untuk bekerjasama di lokasi. Dia berpotensi untuk terus berkembang,” katanya.

Fikry menjawab persoalan tersebut pada sidang media Kerana Dia Suka secara atas talian yang berlangsung pada Rabu. Dalam masa sama, Fikry berkata, dia belum memikirkan soal jodoh kerana melihat perjalanan kerjaya masih jauh untuk diuruskan.

Namun jika ada orang asyik bercakap soal jodoh bagus juga. Mungkin itu petanda ia semakin dekat

“Belum fikir soal kahwin lagi buat masa sekarang. Perjalanan saya masih jauh lagi. Saya mahu beri tumpuan kepada kerjaya dahulu. Namun jika ada orang asyik bercakap soal jodoh bagus juga. Mungkin itu petanda ia semakin dekat,” jelasnya.

Gandingan Fikry dan Rita dalam drama berjudul Kerana Dia Suka

Drama lakonan Fikry dan Rita itu bakal ditayang di slot Lestari TV3 bermula 9 Mac ini pada pukul 9 malam. Menarik tentang drama 20 episod ini ia mengetengahkan budaya dan makanan istimewa negeri Perlis yang menjadi lokasi penggambaran. Selain Fikry dan Rita, drama ini turut menampilkan pelakon lain seperti Rozita Che Wan, Nasha Aziz, Aidit Noh dan Risyka Akira. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.