Puteri Sarah dikatakan halang berpoligami, sekali Puteri Sarah tampil bertegas dan ini jawapannya

Viral

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan pihak ketiga yang didkwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bukan sahaja mengganggu dirinya tetapi juga ahli keluarga Syamsul Yusof. Dedah Puteri Sarah, 36, ketika bersiaran langsung bersama aktres Nad Zainal hari ini, dia sudah cuba untuk bertahan sejak diganggu wanita berkenaan empat tahun lalu bagi menjaga maruah suami dan keluarga.

“Semasa perkara ini mula berlaku empat tahun lalu, macam-macam saya nak buat tetapi demi memikirkan aib suami dan keluarga, saya bertahan. Namun, lama-kelamaan, bila terlalu kerap diganggu secara mental, rasa cukup-cukuplah. Jika saya ini mulut jahat, saya sudah canang kepada semua,” katanya.

Menjelaskan kepada umum, tindakan saman yang difailkan tempoh hari terhadap wanita berkenaan adalah bagi mempertahankan maruah dan haknya sebagai seorang isteri. “Bila orang tanya kenapa nak saman-menyaman, saya lakukannya bukan kerana nak rampas hak atau suami semula tetapi mahu tuntut hak sendiri dan anak-anak. Saya sudah failkan aduan dan saman, harap anda semua doakan kes ini jatuh sebagai jnyh. Banyak sebenarnya kes isteri balas semula perbuatan perampas seperti diganyang dan sebagainya tetapi kali ini terbalik, saya pula yang kena dan teraniaya,” jelasnya.

Biarpun diganggu orang ketiga, namun pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu mengakui tidak menolak kemungkinan untuk menerima wanita tersebut dalam hidupnya sekiranya memperkenalkan diri secara baik. Namun, sebaliknya pula berlaku apabila wanita berkenaan dikatakan mengganggu ahli keluarga mentuanya termasuk adik-beradik Syamsul.

“Kalau awal-awal mungkin marah tetapi saya boleh pertimbangkan. Namun awal-awal pun dia sudah s.rang ibu mentua dan ganggu adik-adik Syamsul. Orang cakap saya halang poligami tetapi saya nak tegaskan, Nabi Muhammad SAW berkahwin lain selepas Saidatina Khadijah wafat. Para lelaki dengar baik-baik. Jadi, anda semua jangan main cakap lelaki boleh kahwin empat. Fahamkan dulu. Jika nak berpoligami, carilah keturunan dan bakal isteri yang baik-baik,” katanya lagi.

Episod keretakan rumah tangga pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu bersama Syamsul kembali menjadi buah mulut ramai sejak tahun lalu apabila dia mendedahkan kerap diganggu wanita yang didkwa sebagai orang ketiga. Tidak sanggup lagi emosinya terganggu, dia seterusnya mengambil keputusan memfailkan saman dan aduan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Selangor pada 30 Jun lalu.

Sebelum ini, dia juga mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul, malah mendakwa suaminya tahu kenapa dirinya bersikap ‘dingin’. Syamsul yang kini sedang meledak dengan filem Mat Kilau juga pernah dilaporkan mengaku tidak tinggal sebumbung dengan isterinya tetapi tidak bermaksud mahu berpisah. Sebagai info, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Sumber, K! ONLINE

Ada Yang Tertanya Apa Tindakannya Kalau Suami Pertahankan Orang Ketiga, Tapi Ini Jawapan Tekad Puteri Sarah

Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Puteri Sarah, memfailkan saman di Mhkamah Sesyen di sini terhadap seorang wanita. Menerusi siaran langsung saluran televisyen Astro, hlive, pelakon itu berkata, t.indakan s.man dibuat kerana t.indakan wanita tersebut menyebabkan maruahnya tercalar. Menurut Puteri Sarah, i.su itu tidak akan berlarutan jika beliau tidak diganggu pihak ketiga yang terus mencabar.

Sebelum ini saya ada kongsi di Instagram, pihak berkenaan mencabar dengan menyatakan bila nak s.man, cepat sikit, suruh peguam kau buat kerja, kitorang dah meluat. Jadi inilah harinya, saya failkan dua s.man, saya buat untuk diri dan keluarga saya, sampai bila nak kena pijak, sampai bila. Insya-allah, lepas ini sesiapa yang nak menyo.ndol, mungkin boleh lebih berhati-hati,” tegasnya.

Selama ini, beliau berkata, sudah ada niat untuk bertindak tetapi ketika itu dia masih memikirkan kesan yang akan dihadapinya termasuk natijah terhadap perkahwinan serta keluarganya. Katanya, timbul perasaan was-was dan ragu-ragu dengan hala tuju yang akan diambil. Bagaimanapun selepas pulang dari umrah dan menunaikan solat istikharah, Puteri Sarah yang pernah berlakon dalam filem Lu Fikirlah Sendiri DeMovie dan drama Sabarlah Duhai Hati itu mendapat suatu kekuatan selain dibantu oleh peguam.

“Saya buat semua ini bagi memperjuangkan perkahwinan dan hak saya. Sudah ambil orang punya, duduk diam-diam. Jangan ambil orang punya, kemudian nak canang sana-sini dan k.acau keluarga serta orang sekeliling,” katanya. Dalam s.man berkenaan, Puteri Sarah diwakili peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader, Umi Kartini Abd Latiff dan Siti Natasha Basheer Hassan.

Sementara itu, Siti Natasha berkata, s.man difailkan pada 16 Jun lalu dengan menamakan Faghira Fatini Kazaruddin selaku defendan tunggal. Menurutnya, s.aman berkenaan telah diberi melalui serahan tangan dan penerimaan diakui sendiri oleh defendan. Selain itu, katanya, defendan juga sudah menerima perintah injuksi interim, pada Selasa dan menfailkan satu t.ndakan berhubung gng.guan di m.hkamah sama.

“P.rintah in.junksi interim ini bagi menghalang defendan, ejen-ejen defendan atau wakil yang mempunyai kaitan, hubungan, p.roksi daripada mengganggu atau mengeluarkan sebarang kata-kata yang berunsur gngg.van, u.gvtan, a.ncman dan atau ha.svtan suami Puteri Sarah plaintif, iaitu Mohd Syamsul Mohd Yusof, ahli keluarga dan beberapa pihak lain. Ia sama ada secara lisan, tulisan, mesej elektronik, kenyataan di media sosial termasuklah Facebook, Instagram dan Twitter,” katanya. M.hkamah menetapkan pengurusan k.es seterusnya pada Isnin depan.

Warganet Tanya Apa Yang Dia Akan Buat

Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah bersama suaminya, Syamsul Yusof did.kwa dil.nda m.asalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah mend.dahkan seorang wanita mengganggunya sejak empat tahun lalu. Dia mend.kwa, individu itu melakukan gng.guan dengan bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial p.alsu. Sumber, Online Malaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.