Rupanya bukan setakat pasangan ini saja diganggu, Puteri Sarah dedah ini individu yang turut Ira Kazar ganggu

Viral

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan pihak ketiga yang didkwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bukan sahaja mengganggu dirinya tetapi juga ahli keluarga Syamsul Yusof. Dedah Puteri Sarah, 36, ketika bersiaran langsung bersama aktres Nad Zainal hari ini, dia sudah cuba untuk bertahan sejak diganggu wanita berkenaan empat tahun lalu bagi menjaga maruah suami dan keluarga.

“Semasa perkara ini mula berlaku empat tahun lalu, macam-macam saya nak buat tetapi demi memikirkan aib suami dan keluarga, saya bertahan. Namun, lama-kelamaan, bila terlalu kerap diganggu secara mental, rasa cukup-cukuplah. Jika saya ini mulut jahat, saya sudah canang kepada semua,” katanya.

Menjelaskan kepada umum, tindakan saman yang difailkan tempoh hari terhadap wanita berkenaan adalah bagi mempertahankan maruah dan haknya sebagai seorang isteri. “Bila orang tanya kenapa nak saman-menyaman, saya lakukannya bukan kerana nak rampas hak atau suami semula tetapi mahu tuntut hak sendiri dan anak-anak.

“Saya sudah failkan aduan dan saman, harap anda semua doakan kes ini jatuh sebagai jnyh. Banyak sebenarnya kes isteri balas semula perbuatan perampas seperti diganyang dan sebagainya tetapi kali ini terbalik, saya pula yang kena dan teraniaya,” jelasnya.

Biarpun diganggu orang ketiga, namun pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu mengakui tidak menolak kemungkinan untuk menerima wanita tersebut dalam hidupnya sekiranya memperkenalkan diri secara baik. Namun, sebaliknya pula berlaku apabila wanita berkenaan dikatakan mengganggu ahli keluarga mentuanya termasuk adik-beradik Syamsul.

“Kalau awal-awal mungkin marah tetapi saya boleh pertimbangkan. Namun awal-awal pun dia sudah s.rang ibu mentua dan ganggu adik-adik Syamsul. Orang cakap saya halang poligami tetapi saya nak tegaskan, Nabi Muhammad SAW berkahwin lain selepas Saidatina Khadijah wafat. Para lelaki dengar baik-baik. Jadi, anda semua jangan main cakap lelaki boleh kahwin empat. Fahamkan dulu. Jika nak berpoligami, carilah keturunan dan bakal isteri yang baik-baik,” katanya lagi.

Episod keretakan rumah tangga pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu bersama Syamsul kembali menjadi buah mulut ramai sejak tahun lalu apabila dia mendedahkan kerap diganggu wanita yang didakwa sebagai orang ketiga.

Tidak sanggup lagi emosinya terganggu, dia seterusnya mengambil keputusan memfailkan saman dan aduan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Selangor pada 30 Jun lalu. Sebelum ini, dia juga mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul, malah mendkwa suaminya tahu kenapa dirinya bersikap ‘dingin’. Syamsul yang kini sedang meledak dengan filem Mat Kilau juga pernah dilaporkan mengaku tidak tinggal sebumbung dengan isterinya tetapi tidak bermaksud mahu berpisah. Sebagai info, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Sumber, K! Online

Tular Syamsul Yusof Dan Ira Kazar Dah Bertunang, Kini Ira Kazar Pulak Tampil Seolah Olah Beri Bayangan

Sebelum ini, kecoh di rata-rata media sosial khabar angin mengenai pengarah serta pelakon, Syamsul Yusof yang didkwa sudah bertunang dengan Ira Kazar telah menimbulkan tanda tanya orang ramai tentang kesahihan berita tersebut. Baru-baru ini, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi itu telah memuat naik beberapa hantaran video di laman Instagram miliknya. Menerusi video tersebut, Ira Kazar dilihat memberi ulasan peribadi tentang filem yang ditontonnya namun secara tiba-tibe seperti memberi hint tentang khabar angin itu.

“I enjoy the movie.. oh by the way, I masih single okay!”

Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin telah memaklumkan bahawa dirinya masih single sambil berbisik. Pengakuannya itu sekaligus dapat menjelaskan tentang segala spekulasi yang berlaku. Terdahulu, Syamsul Yusof turut tampil menjawab perkhabaran terbabit dengan berkata dia sedang dalam proses untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga yang sedang dilaluinya dan memilih untuk mendiamkan diri kerana enggan menyinggungkan perasaan mana-mana pihak. Sumber, BeautifulNara

Kecoh Syamsul Yusof Dan Ira Kazar Bertunang, Tapi Ini Pulak Reaksi Syamsul Yusof

Pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof, 38, menafikan dia sudah bertunang dengan wanita dikenali Ira Kazar seperti didkwa warganet di media sosial. “Hahaha. Ngaruikk (mengarut).” Itu reaksi Syamsul ketika dihubungi Harian Metro menerusi WhatsApp mengenai dakwaan itu.

Sebelum itu satu hantaran di forum gosip mendkwa suami pelakon Puteri Sarah itu sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita yang kini hangat dikaitkan dengannya. Menerusi perkongsian hantaran dibuat di media sosial oleh seorang pengguna dengan nama, HannahMontana pada jam 4.24 pagi hari ini, pihak terbabit memaklumkan bapa dua anak itu sudah pun bertunang.

“Syamsul dan Ira Kaza sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!!!!!!!,” tulisnya. Sebelum ini, pada Mei lalu muncul desas-desus mengatakan Syamsul sudah berkahwin senyap-senyap dengan Ira dan usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan Syamsul tidak dibalas apabila dia berdiam diri. Bagaimanapun, ketika pratonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan baru-baru ini, bapa Syamsul iaitu pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam, 68, ketika ditemui enggan masuk campur berhubung desas-desus berkaitan perkahwinan yang timbul itu.

“Perkara ini memang susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terbabit. Benda ini kalau saya komen akan disalah tafsir, serba salah dibuatnya,” katanya kepada media pada majlis itu. Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5; dan Summayah, 3. Sumber, Hmetro Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.