Bekas isteri kacau sarang, sekali Fizi Ali tampil buka mulut dan dedahkan sesuatu dan ini yang buat ramai tertanya

Viral

Enggan mendedahkan punca perpisahan, penyampai radio, Fizi Ali, 33, masih menjaga aib bekas isterinya, pelakon Shakilla Khoriri. Memetik laporan BH Online, Fizi mempunyai sebab tersendiri apabila bertindak ‘naik hantu’ terhadap bekas isterinya.

“Tahap kesabaran saya benar-benar teruji. Saya juga manusia biasa. Ramai orang menganggap saya meroyan seorang diri. Ada juga terkejut kenapa saya tiba-tiba naik angin. Jujurnya, saya bukan nak meroyan tanpa sebab. Selama ini, adakah saya marah-marah? Saya takkan kacau hidup orang kalau hidup tidak diganggu. Apa yang berlaku seolah-olah nak menjolok sarang tebuan. Masalahnya, bekas isteri kacau ‘sarang’ saya. Memang pelik dan tertanya-tanya kenapa buat saya sampai tahap ini. Lagi tak masuk akal, suruh wartawan tanya kenapa saya suka meroyan,” katanya.

Mengulas komen dakwaan Shakilla memadam komen di Instagram, Fizi mengakui aktres terbabit melakukan perbuatan tersebut. “Dari dahulu, saya bukan jenis mengamuk tidak tentu fasal. Tetapi, tak fikir kenapa saya nak naik hantu? Shakilla tahu apa yang dilakukannya. Kenapa nak komen, kemudiannya padam? Mungkin nak nampak saya jahat dan dipersalahkan 100 peratus. Kami berhubung hanya sebab tanya giliran menjaga anak. Berbual soal lain memang tiada. Perkara ini bukan masalah pun. Kami tiada jadual nak ambil giliran anak secara khusus. Ada masa saya bersama Ameena dan sebaliknya. Apapun, kami tetap ibu bapa Ameena,” katanya yang menolak dakwaan merancang merujuk semula dengan bekas isteri.

Ingatkan sudah insaf, tahniahlah buat si perampas – Fizi Ali

Tiada angin tiada ribut, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali, tiba-tiba memuat naik status sindiran berhubung percintaan dengan suami orang. Hantaran yang dikongsikan menerusi akaun Insta Story milik Fizi Ali secara tidak langsung mengundang tanda tanya daripada pengikutnya. Bagaimanapun, Fizi tidak menyatakan secara terus siapakah individu yang dimaksudkan atau kepada siapakah status itu ditujukan.

“Memang sekarang trend bercinta dengan suami orang eh? Takutnya. Ingatkan sudah insaf. Sambung balik, tahniahlah si perampas, sesuailah dua-dua perampas,” coretnya ringkas. Terdahulu, Fizi pernah melepaskan rasa kesal dan amarahnya terhadap bekas isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Shakilla Khoriri.

Sebagai informasi, Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari 2018 dan bercerai tiga tahun selepas itu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nurul Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun. Fizi menikahi Shakilla pada 18 Februari 2018 dan akhirnya bercerai tiga tahun kemudian. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Nurul Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun. Sumber, BH Online

Teruk Dikritik Warganet Kerana Cepat Move On, Rupanya Ini Yang Berlaku Pada Fizi Ali

Umum lagi memang kita ketahui dengan penyampai radio terkenal Suria FM Fizi Ali ini. Fizi sentiasa memikirkan anaknya, Ameena. Dia turut menurut dikritik warganet dikatakan cepat ‘move on’ selepas berpisah, penyampai radio Suria FM Fizi Ali berkata, dia tidak mahu hidup dalam kesedihan selama bertahun-tahun. Menurut Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, ibunya hampir membawa dia ke hospital sakit jiwa gara-gara keadaan mental yang teruk selepas berpisah. Kata Fizi, dia pernah bercakap seorang diri ketika memandu kereta dan kerap menangis apabila pulang ke rumah kerana tidak dapat menerima kenyataan sudah berpisah dengan aktres Shakilla Khoriri.

Fizi enggan bersedih lama.

Katanya lagi “Ikutkan, kita nak tunggu berapa lama? Setahun, dua, tiga tahun macam itu (tak move on). Orang tak tahu apa kita rasa. Orang nampak dekat radio saya happy tapi dalam hati asyik fikir fasal anak. “Sampai bila saya nak bersedih, tiap-tiap malam nak menangis. Jujurnya saya cakap, masa baru berpisah mak saya sampai nak bawa pergi hospital g1la. “Sebab saya bercakap sorang-sorang, bawa kereta cakap seorang, balik rumah menangis. Takkan orang nak nampak kita macam itu sampai bila-bila,” katanya kepada mStar. Menerusi laporan mStar sebelum ini, Fizi mendedahkan dia sedang mengenali dengan seorang wanita namun hubungan tersebut masih di fasa berkawan.

Ikutkan saya memang tak buat persiapan apa pun untuk raya

Bagaimanapun, kenyataan Fizi itu disalah erti sehingga menyebabkan warganet beranggapan penyampai radio tersebut mudah meneruskan kehidupan selepas berpisah. Berkongsi mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri pula, Fizi memberitahu dia terpaksa berjauhan dengan anaknya iaitu Ameena Sofia yang kini bersama bekas isterinya. Cerita penyampai radio 34 tahun itu, dia langsung tidak membuat persiapan untuk beraya disebabkan mengenangkan nasib tidak bersama anak seperti tahun sebelum ini. “Ameena beraya bersama ibunya dahulu, saya pun faham sebab dia pun masih kecil dan lebih memerlukan ibu. Saya beri peluang Ameena bersama ibunya.

Fizi beri peluang anaknya beraya bersama Shakilla.

Katanya lagi “Ikutkan saya memang tak buat persiapan apa pun untuk raya. Masa Ramadan, saya sampai terlupa nak balik kampung, tak beli pun baju lagi dan saya janji nak beli baju untuk ibu pun lupa. “Orang nampak macam okay tak ada masalah, tapi jauh di sudut hati memang sedih. Orang nampak saya happy tapi sebenarnya sakit dekat dalam. Macam mana pun, kehidupan perlu diteruskan,” ujarnya. Untuk rekod, Fizi mendirikan rumah tangga dengan Shakilla, 32, pada 18 Februari 2018 dan pasangan ini dikurniakan cahaya mata Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun. Pada Disember tahun lalu, Fizi memaklumkan dia dan Shakilla mengambil keputusan untuk berpisah selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Sumber, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.