Syamsul Yusof mesra dengan Kazar di kedai emas, sekali ramai yang luah kecewa dengan Syamsul Yusof

Viral

Sepotong video yang viral di TikTok sejak semalam menimbulkan spekulasi dalam kalangan warganet terhadap hubungan sebenar antara pengarah Syamsul Yusof dan pelakon Kazar. Menerusi video berkenaan, kelihatan Syamsul sedang merakamkan content (kandungan) untuk sebuah kedai emas dan berpura-pura ingin membeli barang kemas yang berada di sana. Begitupun, selain Syamsul, kelibat Kazar, iaitu ayah kepada Ira Kazar yang dikatakan kini bergelar kekasih Syamsul juga ada dalam video berkenaan. Dan hal tersebut menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan warganet.

“Kalau dah tak mampu nak bahagiakan isteri, cukup-cukuplah menyakiti. Tak kisah lah lakonan ke tak, tapi tetapi sakitkan hati Sarah bini dia… Tak ke sakit hati bini dia tengok ni. Kalau ye pun berlakon siap panggil abah macam menganjing time isu tengah hot ni.” No wonderlah scandal boleh kacau Puteri Sarah. Husband sendiri pun sama naik.”

Bagaimanapun, ada yang mendkwa video tersebut hanyalah content untuk mempromosikan kedai emas berkenaan. Namun, apabila diperiksa, video tersebut telah dipadamkan daripada platform asal. Dalam perkembangan terkini, peguam yang mewakili Puteri Sarah memaklumkan yang Ira Kazar perlu memasukkan pembelaannya dalam saman yang dikemukan oleh pelakon itu dalam tempoh sebulan.

“Mhkmah sudah arahkan pihak defendan (Ira Kazar) untuk memasukkan pembelaan dalam masa satu bulan. Jika perlu jawab kita (plaintif) akan jawab, jika tidak mahkamah akan tetapkan tarikh bicara,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan selebriti itu berlarutan sejak empat tahun lalu selain Puteri Sarah mengesahkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul gara-gara gangguan orang ketiga. Puteri Sarah sebelum ini mendedahkan Ira berterusan mengganggunya dan Syamsul sejak tahun 2019 lagi. Pelakon berkenaan juga mendkwa individu terbabit melakukan gngguan-gngguan tersebut dengan bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial palsu yang diciptanya. Sebelum ini, tular dalam media sosial yang mengatakan pengarah filem Mat Kilau itu sudah pun berkahwin dengan Ira, namun dinafikan Syamsul. Sumber, Gempak

Kali Ni Tular Video Syamsul Yusof Dengan Kazar Dekat Kedai Emas, Sekali Ini Pula Komen Warganet

SpekuIasi yang melibatkan pengarah filem Syamsul Yusof dan anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira bakal berkahwin dalam masa terdekat masih jadi tanda tanya. Puteri Sarah Liyana juga turut mendedahkan satu kiriman mesej yang mendakwa Syamsul dan Ira sudah bertunang namun tidak didedahkan bila. Puteri Sarah dengan tenang memberi peringatan agar tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap dua cahaya mata mereka. Terbaru, tular pula video Syamsul Yusof berada di kedai emas sedang memilih emas mungkin untuk dibelikan buat seseorang. Paling menarik perhatian, apabila ada penampakan Kazar yang berada di bahagian dalam kedai emas tersebut. Tidak tahu apa tujuan sebenar mereka di sana, tapi rata-rata warganet bersimpati tentang apa yang berlaku terhadap Puteri Sarah dan mendoakan Syamsul membelikan emas tersebut buat satu-satunya isterinya, Puteri Sarah. Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Antara komen dari warganet:

Sumber, haqtv

Leave a Reply

Your email address will not be published.