Isteri tampil muat naik video di Youtube bersama suami, tapi Fattah Amin dedah pesanan berharga bapanya buat ramai puji

Viral

Sempena sambutan Hari Bapa baru-baru ini, pelakon jelita Nur Fazura ada memuat naik video di YouTube bersama suami tercinta, Fattah Amin. Apa yang menjadi perhatian, Fattah ada berkongsikan pesanan berharga daripada bapa buat dirinya ketika di awal perkahwinan. Menurut Fattah, bapanya berpesan dalam hubungan suami isteri jangan khi4nati pasangan atau berlaku cur.ng kerana ianya akan dibalas oleh Allah.

“Dalam hubungan suami isteri, jangan cur.ng dengan pasangan sebab apa sahaja perkara burvk yang dilakukan akan dibalas semula oleh Allah S.W.T,” katanya. Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang tersentuh dengan pesanan tersebut serta meluahkan rasa syukur Fazura dikurniakan suami seperti Fattah.

Komen warganet:

“From Pelakon Kayu Jadi Hawkeye Tanah Melayu” – Fattah Amin Trending, Lakonan & Skill Silat Dipuji Mantap!

Kemunculan Fattah Amin dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan ternyata memberikan perkembangan positif terhadap mutu lakonannya. Jika sebelum ini lakonan Fattah sering mendapat kritikan warganet sehingga ada yang menggelarkannya sebagai ‘pelakon kayu’ kini tanggapan dan senario itu sudah berubah. Membawakan watak Awang dalam filem tersebut, prestasi lakonan Fattah dipuji bagus oleh warganet sehingga namanya menjadi trending di Twitter pada Ahad.

Menerusi beberapa komen di media sosial, warganet mengatakan lakonan Fattah cukup tinggalkan kesan di hati mereka. Dalam perkembangan terbaharu, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang diarahkan oleh Syamsul Yusof telah mendapat kutipan 12 Juta dalam masa empat hari tayangannya. Sumber, dnq.pw

Beri Kejutan Pada Hari Jadi Pemaisuri Selangor, Sekali Ini Luahan Gembira Fazura

Bagai bulan jatuh ke riba, begitulah pepatah yang sesuai menggambarkan pengalaman pelakon popular, Fazura apabila dipilih menjadi antara hadiah kejutan pada majlis ulang tahun kelahiran Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman baru-baru ini. Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 38, mengakui sangat teruja apabila dia dan suami, Fattah Amin diamanahkan sebagai pembawa kek pada hari bersejarah tersebut.

Lebih manis, bukan hanya kehadiran mereka memberikan kejutan manis buat Tengku Permaisuri, bahkan Fazura sendiri berdepan kejutan dengan senyuman dan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Permaisuri Selangor itu kepada mereka berdua.

“Saya dan Fattah telah berpeluang menghadiri majlis sambutan peribadi untuk Tengku Permaisuri yang bertemakan Bollywood, sangat meriah. Kami adalah antara hadiah dengan misi membawa kek untuk memberikan kejutan manis kepada Tuanku Permaisuri.  Itulah cadangannya, namun ketika membawa kek menuju ke hadapan baginda sambil diiringi nyanyian Happy Birthday, dapat dirasakan yang sedang mengalami kejutan ialah kami berdua,” katanya.

Katanya yang terkenal menerusi drama Hero Seorang Cinderella itu, perasaannya semakin teruja apabila melihat kegembiraan yang jelas terpancar pada wajah Tengku Permaisuri Norashikin. “Sungguh dapat kami lihat Tuanku Permaisuri sangat berkenan dan sukacita dengan kehadiran kami serta Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut kurniakan senyuman. Sungguh besar jiwa baginda Tuanku berdua. Kami pulang dari majlis membawa pelbagai kenangan manis yang tidak akan dilupakan,” katanya.

Paling tidak boleh dilupakan, Fazura yang kini menyerlah sebagai usahawan tudung berjaya turut terinspirasi dengan kerendahan hati dan sikap romantis pasangan diraja itu, “Yang paling tersemat di hati ialah baginda Tuanku berdua merupakan pasangan yang sangat merendah diri dan romantis. Sangat kagum dan menjadi contoh kepada kami,” ujarnya. Terdahulu, Fazura juga pernah menerima beberapa barangan istimewa kiriman Permaisuri Selangor sebelum ini seperti syiling emas dan naskhah al-Quran. Sumber, K!Online

Fazura Dedah Rancang Timang Cahaya Mata Kedua, Fatima Pun Dah Besar Dan Sukakan Bayi

Pelakon Fazura akui merancang untuk menimang cahaya mata kedua pada penghujung tahun ini. Fazura memberitahu dia bersedia untuk menimang cahaya mata lagi selepas menyedari anaknya Fatima sudah sedikit besar dan sangat menyukai bayi. “Memang kami sedang merancang untuk mendapatkan cahaya mata kedua. Fatima pun dah nak masuk dua tahun. Dia juga selalu menonton video yang berkaitan dengan bayi. Jadi, saya tahu dia sangat sukakan bayi.

“Insya-Allah, sekarang saya masih lagi sibuk dengan urusan kerja. Jadi, penghujung tahun ini mungkin masa yang sesuai untuk kami mulakan usaha,”katanya. Fazura ditemui bersama suaminya Fattah Amin di rumah terbuka Universal Music pada Jumaat. Pelakon Pisau Cukur itu diminta mengulas mengenai isu anak selepas hantarannya di Instagram (IG) baru-baru ini memberi bayangan untuk menambah ahli keluarga baharu. Tambah Fazura lagi, dia juga merancang untuk mempunyai tiga orang cahaya mata di masa akan datang. “Insya-Allah, kalau ada rezeki, sebenarnya saya nak anak lelaki. Yelah mesti lah nak sepasang. “Tapi, pada masa sama, saya juga memohon dan berdoa semoga ada bayi nombor tiga pula sebab saya nak tiga anak. Kalau kembar, saya lebih suka kalau mereka memiliki rupa paras yang berbeza dan bukan kembar seiras,”kongsinya lagi. Sekadar info, Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Fatima pada 2 Oktober 2020. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.