Terus tanya siapa sebenarnya Ira Kazar pada dia, tapi ini respon Syamsul Yusof sampai buat Pak Nil tergamam

Viral

Ramai yang sudah tahu mengenai kontroversi yang melanda rumahtangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana. Kedua-duanya memiliki nama dalam industri hiburan tanah air. Dikatakan rumah tangga mereka mempunyai masalah disebabkan oleh orang ketiga iaitu seorang wanita dikenali sebagai Ira Kazar. Kontroversi ini bersambung dan kini Puteri Sarah Liyana sendiri sudah pun mengfailkan smn terhadap orang ketiga tersebut.

Bagaimanapun menerusi rancangan Hard To Heart Syamsul Yusof hadir dalam sesi rakaman. Untuk info, rancangan ini adalah berkonsepkan bual bicara yang dikendalikan oleh Datuk Aznil Bin Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil. Dalam rancangan ini Pak Nil tanya Syamsul Yusof tentang kontroversi yang melandanya kini. Berikut antara paparan yang dikongsikan semula oleh pengguna TikTok dan telah meraih perhatian ramai.

Rakaman Pak Nil tanya Syamsul Yusof tentang kontroversi tersebut bagaimanapun telah membuatkan warganet tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan. Mungkin ada sebab mengapa jawapan figura pengarah tersohor ini sebegitu. Di ruangan komen, rata-rata warganet tinggalkan reaksi mereka mengenainya seperti berikut:

“Kalau lah betul, moga sampai satu tahap kebenaran akan terbongkar. Kita sebagai orang luar, doa baik2 je. Tak jawab tapi hadirkan diri dalam program Pak Nil dah tentulah dia tahu dalam program ni dia akan ditanya soalan sama macam Shuk peliknya dia datang tapi tak jawab. Aku ingat aku je tak faham rupanya Pak Nil pun tak faham huhu sol sol”. Sumber, HimpunanCeritaLawak

Kecoh Syamsul Yusof Dan Ira Kazar Bertunang, Tapi Ini Pulak Reaksi Syamsul Yusof

Pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof, 38, menafikan dia sudah bertunang dengan wanita dikenali Ira Kazar seperti didkwa warganet di media sosial. “Hahaha. Ngaruikk (mengarut).” Itu reaksi Syamsul ketika dihubungi Harian Metro menerusi WhatsApp mengenai dakwaan itu.

Sebelum itu satu hantaran di forum gosip mendkwa suami pelakon Puteri Sarah itu sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita yang kini hangat dikaitkan dengannya. Menerusi perkongsian hantaran dibuat di media sosial oleh seorang pengguna dengan nama, HannahMontana pada jam 4.24 pagi hari ini, pihak terbabit memaklumkan bapa dua anak itu sudah pun bertunang.

“Syamsul dan Ira Kaza sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!!!!!!!,” tulisnya. Sebelum ini, pada Mei lalu muncul desas-desus mengatakan Syamsul sudah berkahwin senyap-senyap dengan Ira dan usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan Syamsul tidak dibalas apabila dia berdiam diri. Bagaimanapun, ketika pratonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan baru-baru ini, bapa Syamsul iaitu pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam, 68, ketika ditemui enggan masuk campur berhubung desas-desus berkaitan perkahwinan yang timbul itu.

“Perkara ini memang susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terbabit. Benda ini kalau saya komen akan disalah tafsir, serba salah dibuatnya,” katanya kepada media pada majlis itu. Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5; dan Summayah, 3. Sumber, Hmetro Online

Ira Kazar Dan Syamsul Dikatakan Akan Berkahwin Tak Lama Lagi, Sekali Ini Respon Mengejut Datuk Yusuf Hasslam

Desas-desus mengatakan pengarah filem Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi dengan seorang wanita yang dikenali sejak empat tahun lalu dalam waktu terdekat semakin mendapat perhatian. Namun adakah berita itu benar atau ia spekulasi semata-mata? Bagaimanapun bapa pengarah kacak itu, Datuk Yusof Haslam ternyata amat terkejut dan berharap berita yang diperkatakan itu tidak menjadi kenyataan. “Saya tidak tahu tentang hal ini dan terkejut apabila mendengar cerita, jadi saya malas hendak komen lanjut. “Perkara ini belum sahih. Jika sudah terjadi nanti barulah saya akan komen. Tetapi saya harap ia tidak terjadi,” kata beliau ketika dihubungi mStar pada Rabu. Terdahulu, sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon drama veteran.

Biarpun tidak menulis nama, namun ramai yang mengesyaki gosip itu merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar. Laporan itu yang memetik sumber melaporkan, pengarah tersebut dikatakan sudah berjumpa bakal bapa mentuanya bagi membincangkan hasrat berkenaan. Dalam pada itu, Yusof berkata, dia berasa kasihan dan bimbang berita sebegitu bakal mengganggu perasaan dan emosi cucu-cucunya. Perkara ini belum sahih. Jika sudah terjadi nanti barulah saya akan komen. Tetapi saya harap ia tidak terjadi. Dalam pada itu, Yusof juga tidak mahu menimbulkan salah faham dalam kalangan keluarga. “Saya hanya doakan yang terbaik untuk keluarga saya. Kasihan kepada menantu saya (Puteri Sarah) jika cerita ini diperkatakan. Saya harap semua faham,” ujarnya.

Konflik rumah tangga Syamsul dan pelakon isterinya, Puteri Sarah Liyana mula menjadi perbualan apabila aktres tersebut mula mendedahkan hubungan mereka diganggu orang ketiga iaitu Ira Kazar yang juga merupakan anak kepada pelakon Kazar Saisi. Yusof ketika menghantar Sarah mengerjakan umrah Ramadan lalu. Dalam tembual bersama mStar sebelum ini, Sarah ada memberitahu dia reda dan berdoa yang terbaik untuk rumah tangganya ketika mengerjakan ibadah umrah pada Ramadan lalu. Sarah juga sebelum ini telah melantik peguam untuk mengambil tindakan terhadap Ira namun tindakan tersebut dibatalkan. Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2. Sumber, Mstar

PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.