Kerja keras sepanjang 5 tahun, kini Alieff Irfan dedah beli kereta sport 720S yang berharga jutaan ringgit

Viral

Akhirnya Alieff Irfan mampu beli kereta idaman. Impian personaliti media sosial, Alieff Irfan ingin memandu kereta sport jenama McLaren 720S akhirnya tercapai apabila dia berjaya memiliki kenderaan itu. Meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki itu, Alieff atau nama sebenar Muhd Aliff Irfan Aziki, 25, menganggap ia merupakan satu kejayaan buat dirinya selepas bertungkus lumus bekerja keras selama ini. Kata Alieff, sepatutnya pembelian kereta mewah itu dilakukan sebelum Hari Raya Aidilfitri, namun berdepan kelewatan atas beberapa faktor.

“Syukur dan Alhamdulillah apa yang saya impikan selama ini tercapai. Awalnya nak pakai hari raya lepas, tetapi dapat masa hari raya haji. Kereta ini juga menjadi pembakar semangat untuk saya yang tiada apa-apa sebelum ini. Ini juga merupakan sebahagian daripada kerja keras selama lebih lima tahun ini,” katanya.

Alieff bersama isteri, Bella dan kereta McLeren 720S mereka.

Sebelum itu, Alieff berkongsi kegembiraan dan keterujaannya memiliki kenderaan berwarna hitam itu menerusi laman Instagram pada malam Isnin. Dalam pada itu, YouTuber terkenal ini menjelaskan tujuannya memuat naik rakaman video dan foto di media sosial adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan pengikut.

“Dalam dunia ini tidak mengira sama ada kita berbuat baik atau jahat, semuanya akan menjadi buah mulut orang. Namun, bagi saya ini adalah satu pencapaian yang dapat saya buktikan mengenai usaha keras selama ini. Saya memuat naik gambar itu dengan niat untuk berkongsi dan berterima kasih kepada mereka yang selama ini banyak menyokong,” jelasnya. Menerusi carian di laman web jualan kereta wapcar, harga kenderaan tersebut dianggarkan bernilai lebih RM2juta.

Pasangan ini teruja menantikan kelahiran cahaya mata kembar mereka sekitar September depan.

Dalam dunia ini tidak mengira sama ada kita berbuat baik atau jahat, semuanya akan menjadi buah mulut orang

Dalam pada itu, Aliff turut berkongsi perkembangan terkini isterinya, Nurul Nabilah atau mesra disapa Bella yang kini sedang hamil anak kembar. “Alhamdulilah, isteri sekarang sedang mengandung tujuh bulan dan insyaAllah sekitar September depan nanti akan bersalin anak sulung kami. Doakan yang baik-baik dan dipermudah semua urusan. Buat masa sekarang kami tidak membuat banyak persiapan, tetapi insyaAllah segalanya akan diselesaikan sebelum Hari Raya Aidiladha nanti,” jelasnya yang masih merahsiakan jantina anak. Sumber, Mstar

Alieff Irfan pertama kali beraya didampingi isteri, peminat… banyak perancangan perlu dilupakan tetapi bukan soto!

Alieff buat pertama kalinya beraya sebagai suami pada tahun ini. “Berubah 360 darjah.” Demikian kata YouTuber terkenal kelahiran Kelantan, Alieff Irfan yang bakal meraikan Aidilfitri buat pertama kali sebagai suami pada tahun ini. Mesra disapa Alieff, dia dan isteri, Nurul Nabilah Aliah Hazman bagaimanapun tidak dapat meraikan hari mulia itu sebagaimana dirancang disebabkan CvdI9 yang melanda negara.

“Persiapan jauh berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. Satu, sebab dah berumahtangga, kedua, sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini tahun pertama kami beraya sebagai suami isteri. Tapi tak rasa benar-benar beraya disebabkan PKP. Kami beli dua pasang baju raya sahaja. Ikut tema warna pink belacan dan emerald green,” ujar jejaka berusia 23 tahun itu kepada mStar.

Alieff dan isteri selamat diijabkabulkan pada Februari lalu.

Menurut Alieff, dia merancang untuk beraya di Kelantan sebelum berangkat ke kampung isterinya di Segamat, Johor pada lebaran kedua. Namun, semuanya tinggal angan-angan kerana larangan rentas negeri oleh kerajaan, memaksa mereka hanya beraya di Kelantan sahaja. “Kami di Kubang Kerian, rancangannya nak balik Johor pada hari raya kedua. Sebelum kahwin kami dah rancang nak buat rumah terbuka raya tahun ni.

Situasi sambut raya dah berbeza. Kalau dulu pergi menziarahi rumah sesiapa, kita borak-borak. Sekarang ada yang ajak bergambar. Tapi saya OK sahaja. Tanpa sokongan mereka siapalah saya.

“Tapi tak boleh nak dilaksanakan. Walau macam mana pun, hidangan soto wajib ada. Saya memang akan cari soto pada hari raya. Biasa mak yang buat, kali ni nak minta isteri belajar masak soto pula,” ujarnya yang baru berkahwin pada Februari lalu. Menurut Alieff, situasi sambutan raya juga banyak berbeza sebelum dia bergelar YouTuber dan selebriti media sosial.

Alieff akui sambutan raya berubah 360 darjah kerana statusnya sebagai suami dan situasi semasa yang kini melanda negara.

Jika dahulu raya hanya diraikan bersama keluarga dan teman, kini ditambah pula dengan kehadiran peminat. “Situasi sambut raya dah berbeza. Kalau dulu pergi menziarahi rumah sesiapa, kita borak-borak. Sekarang ada yang ajak bergambar. Tapi saya OK sahaja. Tanpa sokongan mereka siapalah saya? Mungkin ada orang nampak saya sombong, tapi itu karakter dalam video sahaja. Saya tak pernah tolak kalau ada orang ajak bergambar,” ujar Alieff lagi.

Alieff dan isteri beraya di Kelantan pada tahun ini.

Bercerita mengenai perkembangan kerjayanya, Alieff berkata dia dan isteri sibuk dengan perniagaan masing-masing. Malah, jumlah video yang dihasilkannya juga berkurang kerana PKP yang dikuatkuasakan sejak Mac lalu. “Kena kreatif. Dulu boleh keluar, sekarang rakam video di halaman rumah sahaja. Tapi kuantiti video kurang berbanding sebelum ini. Tapi Alhamdulillah video-video lama masih lagi menjana wang buat saya,” ujar Alieff lagi. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.