Nam Ron tampil dedahkan realiti sebenar kisah wayang, Fauziah Nawi tampil beri komen buat ramai terkedu

Viral

“Tsun4mi filem Malaysia!” Itu kata pengarah Syamsul Yusof apabila kutipan filem Mat Kilau sudah mencecah RM30 juta setakat malam ini iaitu memasuki hari kesembilan ditayangkan. Malah, filem itu juga meraih kutipan RM3.5 juta untuk tempoh sehari iaitu semalam, selain menjadi filem nombor satu di Brunei. Namun, di sebalik kegembiraan tersebut, pelakon dan juga pengarah tersohor, Nam Ron membuka cerita realiti sebenar nasib pihak produksi filem tanah air.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Nam Ron merungkai ‘kisah sl4I’ yang ramai masih tak sedar. Menurutnya, setiap kutipan jualan tiket wayang haruslah dikongsikan dengan pihak panggung wayang mengikut peratusan. Bahkan, peratusan ini akan meningkat naik dari minggu ke minggu filem tersebut ditayangkan.

Perkongsian dari Nam Ron tular di laman Facebook: Kisah wayang sl4I tak ramai yang tahu. “Sebuah filem ditayangkan di panggung wayang. Minggu pertama, panggung wayang mengambil 50% dari kutipan. Minggu ke dua, panggung wayang mengambil 60% dari kutipan. Minggu ke tiga dan seterusnya, panggung wayang mengambil 70% dari kutipan. Kerajaan mengambil 25% dari keseluruhan kutipan. Orang ramai terhibur menonton wayang. Panggung wayang senang senang buat untung.
Kerajaan tak kisah yang penting cukai 25% tak boleh kurang. Penerbit buat kira kira baki kosong kosong. Itulah kisah diluahkan penerbit filem yang ramai orang tak tahu. Anak wayang terus ditekan kiri kanan depan belakang.

Fauziah Nawi Masuk Komen

Rata-rata warganet terkejut dengan pendedahan tersebut dan menyifatkan ianya satu perkara yang tidak adil buat anak seni tanah air. Bahkan Pelakon Lejen tanah air, seperti Fauziah Nawi turut meninggalkan komen di posting berkenaan. “Ingat yg atas tu peduli ke nasib sl4I penerbit atau nasib sl4I karyawan? Tak pernah. Pandai pandailah kita nak hidup. Siapa suruh jd org wayang kata mereka?” – komen Fauziah Nawi

Untuk rekod, Nam Ron juga merupakan salah seorang tonggak utama dalam filem Mat Kilau di mana beliau memegang watak sebagai Haji Sulong. Filem itu turut disokong bintang hebat termasuk Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah, Beto Kusyairy sebagai Wahid, Khir Rahman sebagai Usup, Fattah Amin sebagai Awang dan Johan As’ari membawa watak sebagai Yassin. Tak ketinggalan Datuk Rahim Razali, Shaharuddin Thamby, Ellie Suriaty, Farah Ahmad dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga. Terdahulu Mawi turut melahirkan pandangan yang sama

‘Mat Kilau belum balik modal’ – Mawi

Penyanyi, pengarah dan juga penerbit, Mawi mahu penonton terus memberi sokongan kepada filem arahan Syamsul Yusof iaitu Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mula ditayangkan di pawagam sejak 23 Jun lalu. Ini kerana, Mawi, 41, menjelaskan kutipan filem Mat Kilau yang sudah melebihi RM12 juta ketika ini masih belum balik modal kos RM8 juta yang dikeluarkan pihak produksi.

“Perkara ini ramai tak tahu dan ini berdasarkan pengalaman saya sebagai penerbit filem. Saya nak beritahu kalau berjaya dapat RM12 juta dengan modal RM8 juta, bermaksud untuk penerbit masih belum balik modal. Saya jelaskan, yang pertama sekali apabila filem itu ditayangkan di pawagam maka perlu bayar cukai hiburan sebanyak 25 peratus. Untuk minggu pertama tayangan, perjanjian antara pihak penerbit dan panggung wayang pembahagian adalah 50/50 bermaksud separuh perlu bayar. Jadi, selepas bayar cukai hiburan sebanyak 25 peratus, jumlah yang tinggal itu perlu dibayar sebanyak 50 peratus pula kepada pihak panggung wayang,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Dalam hantaran sama, Mawi juga menjelaskan pengiraan dan jumlah keuntungan bersih yang berjaya diperoleh pihak penerbitan filem Mat Kilau setakat ini. “Sekarang kita cerita mengenai Mat Kilau pula, RM12 juta itu perlu tolak sebanyak 25 peratus untuk bayar cukai hiburan dan jumlah bayarannya adalah RM3 juta. Jadi, baki mereka adalah RM9 juta. RM9 juta itu pula perlu bahagi dua antara pihak penerbit dan juga pihak panggung wayang. Selepas bahagi maka tinggallah RM4.5 juta. Jadi, masih belum balik modal sebab modal nak buat RM8 juta. Itu baru saya cerita tentang minggu pertama. Untuk minggu seterusnya dah lain kira pula. Minggu-minggu seterusnya pihak panggung wayang akan ambil lebih lagi dari 50 peratus.

“Minggu kedua pihak panggung wayang akan ambil 55 peratus, minggu ketiga mereka akan ambil 60 peratus. Manakala minggu keempat pula mereka akan ambil 65 peratus dan pembahagian itu akan tetap sampai habis tayangan,” katanya. Sumber, dnq.pw

Leave a Reply

Your email address will not be published.